Friday, July 27, 2012

Gemuk Dan Kerja

Kerja merupakan perkara wajib bila dah habis study mahupun bagi yang dah taknak study. Tak kerja, mana nak dapat duit? takde duit acane nak makan? nak top up handset? beli biskut raya? bayar bil Astro? isi minyak motor? nak menderma? atau lebih sadis lagi acane nak kahwin? Namun bukan senang nak dapat kerja yang diidam-idamkan. Biasanya kerja yang diidamkan ni memerlukan tuntutan ilmu serta usaha yang lebih. Contoh senang, nak kerja jadi doctor lah misalnya, memerlukan kelulusan yang disahkan. Lainlah kalau korang memang dari kecik bercita-cita nak kerja jadi tukang urut ke, pengedar tiket carpark ke, jual token kat funfair ke, yang tu korang tak payah masuk tadika pun rasanya boleh dah. Sebaiknya, jangan terlalu memilih, memilih sikit-sikit tu takpe, boleh dimaafkan.

Bagi aku yang tengah mencari kerja ni, observation dari senior-senior aje lah yang boleh dijadikan panduan. Salah satu benda yang aku observe pada diorang yang dah kerja ni ialah pasal berat badan. ya, kejayaan bukan diukur melalui berat badan, namun pepatah Uganda ada berkata, "boroi itu lambang kemewahan". Aku perhati je member-member yang dah grade dulu dari aku, pastu start kerja. Sememangnya berbeza jugak diorang berbanding zaman study dulu. Kebanyakkan, bukan semua, tapi kebanyakkannya semakin berisi. Mungkin atas faktor mood barangkali. Mungkin semakin happy bila dah kerja berbanding stress sewaktu zaman study dulu, siapa tahu kan.

So aku mula terpikir, acane pulak aku nanti? Bagi badan yang senang naik macam aku ni mungkin payah sikit nak control. Ketika zaman study dulu, dapat jugak dibalancekan dengan exercise pada waktu free petang-petang lepas kelas. Aku rasa, pada zaman kerja nanti mungkin masa untuk beriadah semakin limited. Pagi-pagi lepas subuh keluar pergi kerja, abis office hour pukul 5, sampai rumah dah nak maghrib. bagi yang  buat OT tu silap-silap boleh tertidur kat ofis. Malam nak berfutsal lagi? itu ikut mood jugak lah. kang excited sangat terajang bola, terlajak tidur, masuk ofis kena terajang ngan boss pulak pagi esoknya kan. abis tu, bila nak exercise? register apply masuk Celebrity Fitness, attend gym tiap-tiap hujung minggu? womboi... semangat betul. rasanya betul cakap zoul, bila dah kerja nanti ada 2 aktiviti je pada hujung minggu, tidur puas-puas untuk recover balik penat kerja seminggu atau luangkan masa dengan member dan famili. kalau aku, aku buat dua-dua.

Rasanya, kesuntukan masa untuk exercise ni lah antara punca utama kenaikan berat badan time kerja nanti. Selain tu, faktor tak kawal makan pun  boleh jadi jugak. iyalah kan, dulu zaman study tak cukup duit asik makan maggi je. Sekarang dah kerja, ada duit, makan la apa nak makan pun. Asal tak makan penampo dah la. Lagi satu, kalau korang punya company tempat kerja tu selalu boss buat seminar, kompem-kompem la dia buat kat luar ofis. Hotel terkemuka mahupun resort-resort tu sudah semestinya. Katakan 3 hari 2 malam punya trip. mesti la siang hari tu je ada meeting, malam-malam ada party makan-makan. Dah boss yang open table, tak kan makan roti nan cheese mamak aje, paling tak pun unta golek, tak pun western punya menu ke, italian ke, jepunian ke, jawanian pun boleh. Makan free beb, tak kan korang nak pura-pura puasa sunat pulak kan. So, bila dah makan benda sedap dan jarang dapat ni, kasi la bantai betul-betul. Berbalik ke ofis semula, bila dah habis meeting tu, jangan ditanya dari mana datangnya 7 dulang Pizza-hut ni. Stay cool, bismillah, makan!

Itu baru kerja, kalau yang dah kahwin tu, yang dah beranak tu lagi lah kan. Dulu sebelum kahwin, makan pun cutting-cutting, kononnya tak habis, sharing is caring. Tapi bila dah kahwin, anak tak habis makan, mak bapak pulak tolong habiskan. Normal lah tu, baru rezeki anak-anak ye dak. Mungkin dulu sebelum kahwin kita merasa perlu untuk menjaga badan bagi menjaga kehendak pasangan masing-masing. Cantik di mata pasangan anda hanya pasangan anda sahaja yang boleh nilaikan. Namun selepas disahkan oleh tok kadhi dengan lafaz 'Sah!' dan kompem dialah milik anda, mungkin prinsip jaga badan yang dipegang dulu sudah tidak relevan lagi. Itu hak kemanusiaan, hak masing-masing, suka hati korang lah kan. Tak kan sampai ke tua pun still nak diet, rugilah kalau tak cuba nikmat makan di dunia ni ye dak. Tuhan kasi nikmat, gunalah nikmat tu sebaik-baiknya, jangan sampai membazir sudah la.

So, senang cerita, bila dah kerja nanti, jagalah makan. Memang syok bila makan sedap-sedap ni, bila rezeki tengah ada, tapi jangan la sampai abaikan kesihatan. Jangan lupa bersenam. Aku rasa bersukan ni bukannya membebankan pun. Bila dah berpeluh tu, badan rasa ringan la sikit. Akhir kata, majulah sukan untuk negara walaupun aku tak tahu bila sukan bola sepak Malaysia nak maju-maju -.-"

SH : makan tido makan tido sama je macam makan online makan online. tak kemana pun.


Week 1. You Know What I Did At Home


Assalamualaikum! entry kali ni lebih kepada luahan emosi. so, abaikan je apebende yang aku merepek ni. jangan nak nangis-nangis pulak baca. taboh kang

tengah-tengah malam yang boring ni, sambil-sambil tengok match bola Olympic, aku rasa bosan. itu pun kira okay la ada bola, kalau tak lagi lah. actually dah seminggu aku berada kat rumah famili, status masih lagi penganggur. coz memang takde plan pun nak start kerja time puasa ni. kepada member-member yang dah dapat kerja, yang tengah apply kerja, yang tengah attend interview, yang busy hantar resume tu, aku wish good luck lah. so far aku sendiri pun takde rezeki lagi pasal kerja ni. rasa cuak n nerves nak kerja pun ada jugak coz rasa macam ilmu tak cukup lagi, dulu time study pun main-main. yang study dalam kelas tu pun bukan ingat sangat dah. study untuk exam, dah abis exam, abis lah lupa semua.

seminggu kat rumah. aku semakin stabil. stabil dari segi kesihatan, dari segi kewangan, dari segi...segala segi lah. yang paling penting dari segi kestabilan emosi. haha siyes tak tipu, masa aku mula-mula sampai rumah tu, rasa macam rindu semacam je kat life aku kat shah alam tu. semua benda lah aku rindu. rumah, budak rumah, isi rumah, tempat makan, tempat karok, tempat futsal, tempat shisha, semua lah senang cerita. masa drive balik rumah 3 jam tu pun aku bawak slow jek, tengok puas-puas pemandangan tepi jalan n highway shah alam.

seminggu kat rumah. feel rindu tu still ada tapi dah tak kritikal macam 2, 3 hari pertama aku kat sini la. time pegi bazaar ramadhan, nampak kuih batik, teringat kat panjang. tu kuih fevret dia tuh. kalau gi bazaar ramadhan ke, pasar malam ke, ada je kuih tu confirm dia rembat. petang tadi, jalan-jalan lagi, ternampak awek ada lesung pipit, teringat kan wan penang. alahai, sweetnye gua nih! kahkah =p malam tadi, selepas tarawikh, bapak aku ajak ngeteh kat warung. order char kuey teaw. teringat pulak Iskandarates, tempat lepak sambil layan shisha aku, akmal, pizi dan zarip. tapi char kuey teaw sini tak berapa best lah, x sedap macam kat sana. sana pure mami penang yang masak, sini tak tahu lah pure dari mana, letak perfume ambi pure agaknya. hakhak sambil ngeteh, bapak aku berasap dengan Dunhill beliau. time ni aku teringat kat helmi coz dalam rumah sewa aku memang dia sorang je yang berasap. tapi bukan Dunhill, dia Winston. itu time kaya, time sengkek, rokok apa pon dia sebat. lepas ngeteh tu, tengah drive, nampak pulak court futsal kat tepi jalan. ada lah 3, 4 team main. peh, time ni memang jiwa sentimental kejap, teringat kat SNSD FC. dalam hati "ah, tak power pon, tunggu la gua bawak team SNSD gua. heh!". tak semena-mena, aku teringat pekikan nik selaku captain team futsal aku, "weh, awal! awal! passing awal!". kahkah nik ni, kalau main futsal, kalau tak sound aku memang tak sah. tapi dah 4 tahun main sama-sama, so aku tak kisah pun. biasa la, itu dalam game je. kat rumah ni pulak, semua tidur awal. ini mengingatkan aku pada que. tak KL betul beliau ni, baru pukul berapa, malam masih muda, dah tidur. tapi okay jugak sebab que biasanya orang yang paling awal bangun untuk kejut kitorang budak rumah solat subuh. Itu lah budak rumah aku. sekarang hanya kenangan semua tu. mungkin entry lepas ni aku ceritakan pulak pasal member-member aku yang lain. mungkin. ya mungkin. nanti aku postkan sekali gambar mereka. so, jaga-jaga ...gambar beliau mungkin akan menganggu tidur anda serta mengundang mimpi ngeri. kehkeh

Seminggu kat rumah. hari-hari aku ulang benda sama je. bangun sahur sama-sama famili. hantar adik aku gi sekolah. ambik dia balik sekolah. tolong masak-masak kat dapur. berbuka sama-sama famili. tarawikh. online. boring. tinggal kat area baru ni amat mencabar sebab tak ada kawan. rasanya kalau famili aku stay lagi kat muar, rasanya okay kot. member sekolah pun ramai kat sana. sekarang, kat segamat ni, haeh...tak tahu lah nak pegi mana. jiran sebelah rumah pun tak sempat nak kenal lagi. harap-harap bila dah kerja nanti dapatlah aku cari member untuk buat team futsal balik. dah lama tak menyepak bola, gian jugak kaki ni rasanya. ahhhhh



SH : hoi, reunion bila? 


Monday, July 23, 2012

Ramadhan Tiba Lagi

Salam Ramadhan kepada semua? puasa x ni? aku x puasa sebab entry ini ditulis pada waktu tengah malam. Entry kali ni nak cerita pasal bulan puasa datang lagi, bukan iklan Tora datang lagi okay. haha cuma bezanya kali ni aku dah berpuasa kat rumah sendiri dan bukan lagi sebagai student macam tahun-tahun lepas. banyak bezanya bersahur dan berbuka di rumah sendiri bersama famili dengan rumah sewa bersama housemates.

Flash-back balik ke tahun lepas. Ramadhan tahun lepas aku sambut dengan 3 orang sahabat iaitu Zarip, Baan dan Mat Pait (bukan nama sebenar). Sepatutnya time cuti sem boleh je nak berpuasa kat rumah sendiri tapi disebabkan tugasan Final Year Project atau FYP yang memerlukan kitorang masuk lab setiap hari, so terpaksa lah stay bersama di rumah sewa area. Puasa kat sini memang beza dan tak lapar langsung. Bukan salah jam dinding atau alarm handset tak berfungsi, tapi biological cycle kitorang yang tak berapa nak betul. Lepas sahur tidur (lepas subuh untuk lebih tepat), sedar-sedar je dah bunyi bising sebab lauk berbuka tak beli lagi. Bazaar Ramadhan dah nak tutup baru kitorang sampai. Untungnya, kadang-kadang dapat harga offer tak pun makanan free. Tarawikh memang pergi walau buat 8 rakaat je sebab surau taman memang dekat tapi ikut tahap keimanan jugak la. Iman kan boleh naik turun, tak gitu? hehe

Menambah lagi zaman jahiliah serta zaman kegelapan pada masa tu, lepas je tarawikh bukannya diajak lepak  kat surau bersama abang-abang tabligh, tapi menuju ke bintang. bukan Bintang Di Surga lagu Peterpan tapi Bintang Gemilang untuk mengasah bakat. Kalau tak silap aku, Panjang mula rosak time-time ni lah. Berbekalkan pengalaman karok bersama company tempat beliau praktikal, Panjang semakin ligat karok bersama kami. Bagus betul amalan di bulan Ramadhan pada masa ni. ish ish ish hingus ni asik meleleh jek. sori selesema sket .*ambik tisu*

Selain itu, pengalaman berbuka beramai-ramai amatlah meriah. Biar pun beli sorang sedikit, tapi bila di cutting-cutting, semua orang boleh merasa. nampak tak betapa utuhnya ukhuwah antara kami? ehhe. Makan ramai-ramai ni syiok, tak sama macam makan ramai-ramai bersama famili di rumah. tak tahu lah apa yang lainnya, tapi best la. Bab sahur memang payah sikit kalau member ni tidur mati. Nak kejut punyalah payah. Bila dah tersedar, mulalah kelam kabut tengok waktu imsak dah dekat. Disebabkan time tu ialah cuti sem, so kat komersial seksyen 7 tu tak banyak pun kedai yang bukak. Hari-hari kalau tak pergi Hakim, kitorang pergi restoran Nasi Lemak Sayang Kita bak kata Mat Pait. Kedai tu tak kira masa memang penuh je memanjang, mungkin pakai ilmu halus barangkali. ahha

Itu dulu, sekarang aku kat rumah famili. So Ramadhan kali ni sama jugak macam korang. Petang-petang masuk dapur pastu keluar pergi bazaar Ramadhan. Best? Mesti la! Fully-sponsor beb. hehe

SH : Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dah penuh berkat dari Ramadhan yang lepas. Amin~


Tuesday, July 17, 2012

Study? Cukup Cukup Sudah

tanggal 13 haribulan Julai 2012. hari Jumaat.

berakhirlah perjalanan aku sebagai seorang student civil engineering Universiti Teknologi Mara Shah Alam. hari tu hari last untuk final exam batch matrix, paper Water Resource, course code ECW 541. jawab pon macam nak tak nak je, iya lah kan, paper last of the last orang kata. kalau next sem ada lagi, itu lain cerita lah. 

jam 5.45 petang, bila pengawas peperiksaan lelaki cina ntah sapa nama tu buat announcement, "okay, time up. please put down your pen.", rasa macam nak menjerit je dalam exam hall tuh. kalau dulu time SPM memang ramai ramai bakar mercun baling kat pengawas dalam exam hall tu. tapi skang mana boleh, behave la sikit. time tu macam macam feel ada. campur campur. 30% happy and balance lagi 70% tu aku sedih. sedih dia kali ni lain macam. lain gila. jiwa kosong, macam lagu Najwa Latif tu. kosong, kosong, ko...song~ haha sori sket, aku bukan Ultras Najwa okay. bukan apa, start dari masa tu tanggungjawab untuk jadi student tu dah habis. macam tak caya pon ada. mungkin korang pon pernah rasa macam ni atau mungkin akan mengalaminya sendiri.

short entry kali ni just nak share apa yang aku feel time tu je. kenapa sekarang baru nak cerita? sebab baru sekarang dapat feel lonely selepas seorang demi seorang housemate aku dah balik kampung memasing. biasa pukul 3-4 pagi camni ada je Helmi tu tengah main game DOTA kat laptop sebelah katil tu. kusyuk dengan rokok Winston kat mulut. sekarang, kemas pulak katil tu aku tengok. takde bersepah macam hari hari biasa.

lepas ni dah bukan lagi seorang student, dah decide taknak sambung master dalam masa terdekat ni. insyaAllah ada rezeki masa depan mungkin akan sambung study semula, mungkin. biarlah merasa fasa baru dalam hidup. karier sebagai civil engineer baru nak bermula. kat mana ada rezeki, kat situ lah aku mulakan. fighting!

SH : kepada member member yang dah habis study, selamat bekerja aku ucapkan. aku doakan korang semua berjaya dalam apa saja yang korang ceburi nanti. doakan aku berjaya di dunia dan juga akhirat. orait!