Monday, October 15, 2012

First Job. First Day

selamat malam. walaupun masih awal, tapi mata ni awal awal lagi sudah stim. tidak seperti malam malam biasa, pukul 3, pukul 4 baru terlelap. syabas kepada diri sendiri kerna berjaya menghabiskan hari pertama dengan biasa biasa sahaja, takdelah gilang gemilang mana pun.

setelah beberapa kali mencuba nasib ketika interview, akhirnya Joanne, amoi yang tak pernah ku lihat mukanya tapi melalui perbualan telefon aku yakin mukanya persis Taeyeon, call aku. perbualannya lebih kurang ini macam...

"halo, bla bla bla u sudah dapat itu keleja atau belom? bla bla bla hari tu u ada interview sama Atam dekat itu JB kan? bla bla bla yaaa..hari tu Atam ada kasi taw sama i haa, u mintak basic salary 2XXX kan? bla bla bla tapi HQ hanya boleh offer u 2XXX saja maa, u okay x?"

lama dengar amoi tu bebel sorang sorang, aku hanya iyakan aje. tapi aku tak bagi kata putus pada hari tu jugak, aku mintak masa sikit untuk aku fikirkan apa yang patut. okay, selasa depan amoi tu nak confirmation semula. dam dam dum, bunyi mercun. hari selasa telah tiba, disebabkan tiada panggilan dari company lain yang pernah diinterview, aku terima je lah offer company dari JB. katanya, Isnin depan start. aku okay je. setelah mengemas apa yang patut, petang Sabtu aku dah sedia nak gerak ke JB. Tiba-tiba...

"Halo aa..ini Shaaafiq aa? haa ini Miki lor...u ingat kan, yang u interview dulu? okay, ini macam, company ni maw ambik u keleja sini lor...u maw ka?"

Miki, merangkap tukang interview dan pengurus hal ehwal dalam syarikat di Puchong call. memang aku dah bajet takkan dapat kerja kat sini sebab dah lama sangat diorang tak call. interview pun dah sebulan lepas. halamak, aku dah dilema pulak nak memilih. tak tentu hala dibuatnya memandangkan time tu dah nak gerak ke JB. fikir punya fikir, call punya call, dan memandangkan hati dah lama berkenan ke KL, so 80% dah rasa nak gerak ke Puchong. balance lagi 20% tu mungkin sebab sayang dengan offer yang agak okay kat JB. okay, kita gerak ke Puchong!

tak payah lah cerita macam mana hari hari sebelum start first day ni, kita skip terus ke first day. 7.10 pagi, seperti yang disarankan oleh sedara aku bagi mengelakkan jammed, aku gerak dari rumah beliau. sampai di ofis lebih kurang pukul 7.40 setelah jammed jugak sikit tadi. bajet start kerja pukul 8, lupa pulak ini company private, start pukul 8.30 lah kan. fine, kita pekena nescafe anney dulu. tepat 8.30 aku naik ofis. 8.40, pintu still tutup. aku okay. 8.50, tutup lagi. eh, hari ni cuti umum ke macam mana?? 9.00, sorang budak cina sampai. aku syak dia ni kerja sini, aku pun start la borak dengan dia. so memang betul la dia kerja sini, tapi dah sebulan masuk. rupanya position dia sama dengan aku. kira okay la, papehal tak tahu aku suruh je budak ni settle nanti ye dak.

agak agak dalam pukul 9.15 gitu barulah wak indon serta boss sampai. Miki takde pulak aku nampak. busy jaga anak barangkali. takpelah, semua naik ofis. aku pun macam tak tahu apa nak buat, duduk atas kerusi, main pusing pusing sambil online kat handset. bla bla bla... budak cina tu ajak aku gi site kat Selayang Height. oh ya, nama dia Liew. Liew apa, haaa itu kita tak tahu. setelah diizinkan boss, aku pun gerak lah ke site naik kereta si Liew ni. banyak jugak cerita apek ni dalam kereta. aku layankan aje.

sampai disite yang agak jauh tu, rembat helmet engineer warna putih, kami pun pusing pusing la dalam bangunan sambil ditemani wak indon dan apek consultant yang tak tua mana sangat, tapi aku lupa nama dia. kulu, kilir, kulu, kilir. aku agak excited masuk site walaupun tak paham mana pun. memang betul kata orang, ternganga jugak bila first time masuk kerja site ni. berbeza dengan site visit zaman study dulu, bila dah kerja ni rasa macam real engineer habis. semua pekerja asing pun hormat je bila kita lalu. pak...pak... aku angguk dan sengih je bila ditegur diorang. hampir setengah jam check apa pun aku tak tahu, lepas tu masuk cabin untuk bincang dengan lebih lanjut tentang progress kerja site ni. lagi sekali aku tercengang. aku okay.

aku dah mula bosan. rimas dengan panas, rimas dengan bunyi bising, rimas dengan habuk. aku settle dengan Liew, ambik kunci kereta dia, aku gerak pergi kat kereta dulu sebab dia cakap nak ambil gambar site sekejap. disebabkan tak makan lagi, perkara pertama aku fikir bila Liew datang ialah ajak dia makan. ah sudah, ah sudah, dia ni cina, tak kan nak ajak makan nasi lauk kampung pulak. tak kan aku nak follow dia makan bak kut teh pulak ye dak. senang settle, pergi mekdi.

sepanjang perjalanan sebelum dan selepas makan, aku banyak tanya Liew pasal kerja, pasal company, dan pasal pasal lain lagi. dia okay, 1 aku tanya, 10 setengah dia jawab. mana datang lagi setengah? datangnya dari aaaaaaa dia tu. dia ni kadang kadang blur jugak. tapi bagusnya dia ni cuba jugak bagi pendapat walaupun tak berapa confident. lagi 1 yang aku perasan, dia ni 3 minit sekali mesti minum air mineral yang dia bawa dari rumah. mungkin habit orang cina mungkin. tapi berapa kali dia masuk toilet, itu engkorang fikir la sendiri.

aku pusing KL sebab nak settle pasal CIDB sikit. lepas tu baru balik ofis. Miki pun sudah ada kat ofis. lah, pregnant rupanya. takpelah, kesian jugak rasa hati ni tengok dia macam tu. tapi dia semangat terangkan kat aku macam mana nak fahamkan drawing pastu kira kira sikit. aku okay. tak perasan dah pukul 5.30, Miki pulak yang tanya, 'eh, u tak maw balik lagi ka? sudah boleh balik lor...". oh, lupa pulak. padahal aku buat buat lupa sebab tak sopan lah kalau first day aku pulak yang tanya boss bila aku boleh chow. so, drive lah aku sorang sorang. jalan jammed suam suam je.

hah, cenggitu lah. nampak macam simple, tapi entah kenapa letih dia lain macam. main fesbuk pun tak letih macam ni. mungkin sebab dah lama tak kerja mungkin. dah, nak tidur. k, bai!


SH : selamat hari Selasa!