Monday, December 17, 2012

See Me In ICU - Part 3 (FINALE)


SAMBUNGAN DARI PART 2...

Hari ke-3 di ICU, hari Selasa. baru aku sedar. tapi itu pun still blur lagi. doctor cakap tu effect dari antibiotic n antivirus yang still ada dalam badan, itu yang macam bengong bengong sikit. lapar? mestilah! nak makan sendiri tak boleh, bersuap lah apa lagi. bila lagi nak manja-manja dengan mama ye dak, time ni la kan. tak kan nak suruh akak nurse pulak tolong suapkan, kang ada makan nasi lauk jarum injection pulak jadinya. dah 3 hari tak makan, faham faham je lah kebulur dia macam mana. tapi agak agak lah, takde lah sampai pinggan mangkuk tu pun aku nak telan. oh ya, makanan kat sini tak best langsung. ya, langsung! semuanya nak tawar. rasanya makan nasi lauk cekedis mister potato lagi best dari makan lauk hospital.

Ramai yang tanya, 'weh, masa engko koma hari tu ada mimpi pelik-pelik tak? ada tak dapat petunjuk masuk syurga ke neraka ke apa ke?' wohhhh...takde la sampai tahap macam tu. entah la, time tu tak sedar apa. seriously rasa macam tidur je, takde nak mimpi pelik-pelik ni. kalau ada pun maybe aku dah lupa. mimpi ni bukan boleh ingat lama-lama sangat pun ye dak, bangun tidur kejap je dah lupa. cuma masa koma hari tu, dengar cerita air mata aku menitis (womboi ayat...) n mata aku terbuka pandang atas time mak sedara aku sorang tu baca yassin n mengucap dekat telinga ni. tapi time tu pun aku langsung tak ingat. yang aku start ingat n sedar balik ialah aku terbangun n nampak mama n adik aku, time tu aku lapar gila. masa sedar, tengok keadaan sekeliling tu memang dah boleh agak aku dalam wad hospital tapi takde lah bajet sampai boleh masuk ICU. setahu aku kes-kes ICU ni semuanya yang kritikal sangat dah.

Actually rasa pelik jugak, sebelum ni pun aku mana pernah ada rekod-rekod pasal masalah kesihatan yang kronik macam ni. Bukan apa, rekod masuk hospital pun takde, inikan pula penyakit kronik. Setakat terseliuh kaki, cramp otot, luka terjatuh time main futsal tu ada lah. Bila agak-agak dah stabil sikit, pada petang tu jugak aku dipindahkan ke wad biasa di tingkat 7. Totally ada la dalam 6-7 hari kot dalam wad biasa ni, lebih kurang la. Dalam wad ni agak santai sikit sebab dekat dengan katil orang sebelah n orang depan, so takdelah sunyi sangat even diorang semua ni dah standard-standard atok dah gayanya. Ok lah dari langsung takde orang ye dak.

Kat wad biasa ni doctor n nurse juz kasi ubat antibiotic n antivirus bila timing dah sampai. Biasanya dalam 1 hari tu ada la 2-3 bag jugak kot dari pagi sampai ke malam. Lengan dah macam mat pet dah. Habis urat kat lengan ni diorang inject, ada la dalam 20+ injection sepanjang 10 hari check-in kat hospital ni. Itu tak termasuk yang practical student tersalah inject lagi, tak jumpa urat katanya. Peh... diorang juz cakap sorry-sorry jek, ingat ni video clip Super Junior ke apa, aku yang sakit ni diorang tak tahu.

Selepas beberapa hari doctor datang buat checkup, aku pun tanya la apa problem sebenarnya. Katanya...aku ni disuspek menghidap meningoencephalitis atau shortform nya ialah meningitis. Mengikut wikipedia maknanya :

Meningoencephalitis is a medical condition that simultaneously resembles both meningitis, which is an infection or inflammation of the meninges, and encephalitis, which is an infection or inflammation of the brainMeningitis is inflammation of the protective membranes covering the brain and spinal cord, known collectively as the meningesThe inflammation may be caused by infection with virusesbacteria, or other microorganisms, and less commonly by certain drugs. Meningitis can be life-threatening because of the inflammation's proximity to the brain and spinal cord; therefore, the condition is classified as a medical emergency.

... Aku tahu engkorang tak faham sangat kan? So secara simple nya boleh diterangkan sebagai jangkitan kuman pada selaput otak. Tapi doctor cakap jangan bimbang coz ni semua masih di peringkat awal n semuanya telah di cover dengan antivirus n antibiotic tadi tu. mmm dah macam laptop pulak ye dak. Ni antivirus Kaspersky 2013 yang latest ke macam mana? Haha

Tertanya-tanya jugak aku, macam mana boleh jadi macam ni ek? Doctor cakap, banyak faktor yang boleh jadi sebabnya. Maybe dari segi pemakanan, maybe dari segi masa rehat yang tak cukup, maybe persekitaran tempat kerja yang tak bersih dan berhabuk, maybe juga tekanan kerja. Entah lah, personally bagi aku lah kan, rasanya semua faktor tu ada kot. Ye lah, kerja construction site, makan tu for sure la tak tentu tempat n tak tentu masa, site berhabuk pulak tu, panas, bising, stress dengan main-cont n client lagi, balik kerja lewat malam, bangun pagi fikir kerja balik, waktu kerja 1 hari dah lebih 12 jam, so rest tak cukup. Bila rest tak cukup n otak pun jammed, badan jadi penat sangat sampai demam. Aku pulak jenis malas nak pergi klinik jumpa doctor selagi boleh tahan. Yelah, aku ingatkan demam biasa-biasa je, setakat ambil panadol acti-fast 2 biji pastu tidur boleh settle lah kan, buat apa pergi klinik. So disebabkan lama sangat tahan demam, lastly demam tu dah jadi bertambah teruk sampai lah jadi macam story kat Part 1 hari tu. Tapi mengikut pandangan tok imam, ustaz, ulamak dan orang-orang kampung pulak, aku ni diganggu oleh makhluk halus atau mungkin disantau oleh pihak yang tak puas hati. eh, aku ada musuh ke? cari makwe pun tak jumpa-jumpa, apehal pulak aku nak cari musuh ye dak. entah la, mungkin ada betulnya jugak cakap diorang tu. dah la masa tu seharian aku tak makan, tambahan pulak badan ni dah sememangnya lemah sebab demam berlanjutan, memang senang la 'benda' tu nak masuk dalam badan. kebetulan pulak time tu tengah maghrib, memang perfect timing lah kan. 'diorang' memang tengah active time-time cenggitu. kalau tak, tak kan tetiba aku nak menjerit sorang-sorang dalam bilik tu sebelum jatuh ye dak, pastu dalam kereta dah bengong macam orang kena histeria. totally time tu itu bukan aku, tapi 'benda' tu dalam badan aku.

Masa koma kat ICU selama 3 hari tu, aku dengar ramai yang datang melawat. kawan-kawan, sedara-mara, skandal, eh? entah la. aku pun tak sure. seriously aku tak ingat siapa n bila diorang datang. tapi ramai yang cakap time tu aku sedar, dah celik mata n siap boleh balas lambai lambai lagi ngan diorang. mmm tak tahu la. cuma kat sini aku nak cakap TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada SEMUA pihak, especially for my parents. mama, papa, adik, abang, family, abang arshad, naimi, sara, ahmad, n semua lah sedara yang dekat n yang jauh. nak mention semua kat sini memang tak larat. THANK YOU for your doa, solat hajat, n everything.  tanpa korang maybe aku dah takde. kepada kawan-kawan, thanx for your support. dengarnya kawan sekolah rendah kat Terengganu dulu pun datang melawat, sekolah menengah kat Muar ada, kawan Matrix Johor pon ada, kawan UiTM lagi...uish, memang aku terharu sangat dengan engkorang semua yang non-stop support aku dari hari first aku kat sana sampai sekarang. terima kasih sudi melawat n spend time ngan aku kat hospital, aku appreciate sangat. yang tak sempat tu takpe, aku faham engkorang busy dengan komitmen masing-masing, yelah dah kerja kan, aku tahu la busy macam mana. jangan risau, aku baca semua post n komen engkorang kat facebook, kat twitter semua tu. sorry la yang mana tak sempat nak reply tu ya. yang wish via SMS, WhatsApp semua semua tu pun thanx jugak. agak lama tak on phone, sekali on, mak aii...banyak gila missed call. haha sorry, battery kong time tu, tak sempat nak kisahkan pasal phone. kepada boss, main-cont n client, sorry project delay, tak sempat siap on time. suruh orang lain take over lah pulak okay, saya nak holiday 3 bulan! =p

Okay, dah nak abis dah. sekarang doctor suruh relax dulu kat rumah, at least 3 months tak boleh buat kerja-kerja berat since tulang belakang tempat injection ni belum pulih sepenuhnya lagi. so, say bye bye dulu lah kat futsal. don't worry SNSD FC, i'll be back with you guys, soon. kerja pun aku dah resign, lepas ni tak tahu lagi mana arah tuju, belum decide. mungkin kahwin terus kot. eh, tak! tak! haha. mungkin sambung study atau mungkin kerja kat tempat lain atau mungkin kerja dalam bidang lain. entah, kita tengok lah nanti macam mana. doctor pesan, jangan serabutkan otak dengan masalah, jangan fikir banyak sangat sampai stress, cukupkan rehat n always be happy. haaa.. jadi engkorang kena lah buat aku happy sokmo okay! =p lastly, syukur masih lagi diberikan peluang untuk hidup. mungkin ada hikmah jugak disebalik apa yang terjadi ni, mungkin aku lalai n terlalu leka dengan kehidupan sampai lupakan Dia yang mencipta, Maha Segalanya. mungkin ada kesalahan dan kesilapan yang aku sendiri tak sedar. maafkan aku. untuk itu, sama-samalah jadikan peringatan dari-Nya ini untuk kita perbaiki diri. Bersihkan hati, bersihkan jiwa, dekatkan diri dengan-Nya.


SH : actually sampai sekarang aku still fikir apa aku buat hari last sebelum koma tu, mana aku pergi, makan apa, dengan siapa...hmmm





Saturday, December 15, 2012

See Me In ICU - Part 2


SAMBUNGAN DARI PART 1...

First time aku masuk hospital, biasa melawat orang je. pukul berapa sampai sana tu tak pula aku tanya sedara aku, tapi kalau dari Puchong tu takde lah jauh mana, dalam setengah jam je la kalau tak jammed. so, kat situ lah aku disemadikan atas stretcher. kereta betul-betul stop depan wad kecemasan. terus datang nurse nurse dengan stretcher nak angkut aku masuk dalam. agak ramai jugak yang pegang aku time tu coz tengah meracau tak ingat dunia. dah macam orang kena histeria. terus dibawanya aku masuk dalam wad cepat-cepat coz ramai orang awam ada kat situ time tu. lepas tu entah apa yang diorang buat kat aku pun aku tak tahu. entah apa yang diorang inject sampai aku terdiam pun aku tak tahu. totally koma.

cuma seorang sahaja sedara mara yang boleh teman sekali kat dalam bilik rawatan time tu, yang lain kena tunggu luar. so, sedara aku tu sorang je la yang tunggu. dia cakap time tu aku dah tak gerak. badan aku dah penuh dengan wire. mulut pun dah masuk tube. doctor pernah cakap tu tube oxygen. tapi apehal dia masuk ikut tekak, itu aku x sure lah. sebab tu sampai sekarang suara aku still serak-serak Ramli Sarip coz dalam tekak dah luka disebabkan tube yang besar tu.

beberapa famili terdekat yang tinggal area KL ni dah pun sampai n tunggu kat luar wad. sedara aku yang dalam bilik rawatan ni pun keluar, tunggu sekali dengan diorang. malam tu, agak ramai orang yang ada kat wad kecemasan, biasa takde la sangat. semuanya tengah tunggu sedara masing-masing yang still kat dalam bilik rawatan dalam wad kecemasan macam aku ni. setahu aku, bila doctor dah umum kan nama pesakit pakai mic, baru ahli keluarga ni boleh bangun dari tempat menunggu n terus dapatkan pesakit yang telah dirawat tu. alah, macam tunggu nombor giliran kalau engkorang pergi bank tu. haa, cenggitu la lebih kurang. wad kecemasan ni ada beberapa zon. semua yang sakit malam tu semuanya ada dalam zon kuning. cuma aku sorang je yang berada dalam zon merah. kiranya zon merah ni zon paling bahaya la. doctor ada cakap kat sedara aku tu yang chance aku nak survive malam tu juz 50-50. kalau hidup, alhamdulillah, kalau ajal dah sampai, nak buat macam mana, redha je lah ye dak. so, agak lama jugak diorang tunggu kat situ, aku still tak keluar, nama still tak dipanggil dengan mic. sementara tu diorang discuss jugak dengan famili aku yang baru sampai kat situ, macam mana nak bagitau parents aku pasal ni. kang bagitau straight to the point kang, tak pasal pasal diorang pulak yang masuk ICU. time tu, papa aku tengah kerja kat Johor. Mama n adik aku pulak tengah cuti, so diorang dah seminggu balik kampung kat Kelantan. last-last, famili belah papa aku pon call papa, slow-talk. then papa pun call mama kat sana.

Tiba-tiba nama aku dipanggil melalui mic, aku dibawa keluar dari bilik rawatan wad kecemasan. dup dap dup dap jugak time tu. mana taknya, doctor tu usung aku atas stretcher lepas tu cover 1 badan sampai muka pakai kain putih macam orang dah mati tu, memang la semua orang terkejut. bila ditanya balik doctor tu, dia cakap takde pape, aku okay, juz taknak bagi orang awam yang ada dalam wad tu terkejut tengok keadaan aku ni bila lalu depan diorang. rupanya, diorang nak pindahkan aku masuk wad ICU pulak kat tingkat berapa entah, 4 kot, entah,

Jam menunjukkan pukul 2 pagi, papa aku sampai kat Hospital Serdang. dengar cerita baru abis kerja, terus drive gerak sini dengan abang aku. Mama n adik pulak sampai pukul 9 pagi, naik flight dari Kota Bharu. Drama air mata tu memang dah confirm lah kan, yang tu tak perlu lah kot aku cerita kat sini, engkorang imagine lah sendiri. Selepas ambil tanda tangan pengesahan dari mama, doctor terus ambil sample air tulang belakang. orang cakap memang sakit coz kena tebuk tulang belakang, tapi bila dah koma tu, takde lah rasa sakit mana pun. juz effect dia still ada sampai sekarang. rasa macam cepat lenguh sikit. that's why la kena minum Anlene selalu mungkin. he'eleh. actually sample air tulang belakang tu diorang nak test, coz dia macam ada kena mengena sikit la dengan saraf otak ni. nak faham lebih, engkorang gi tanya bebudak fakulti medik lah. lepas tu, diorang scan otak, check darah, check jantung, test tu, test ni, banyak lah. aku redha je, buat lah apa engkorang nak buat pun -.-"

BERSAMBUNG... PART 3


SH : 3 hari koma, engkorang akan rasa macam tidur 1 hari je.









Friday, December 14, 2012

See Me In ICU - Part 1

kuatkan radio...kuatkan radio...andaaaa...eh, tak payah. tak payah kuatkan radio, tutup terus pun takpe. ini bukan lagu Najwa Latif dengan Sleeq, ini aku nak cerita balik pasal koma tempoh hari. ye lah, tak kan setiap kali orang tanya aku apehal setiap kali tu aku nak buka cerita dari A sampai Z ye dak, kang bagi sinopsis je kang, ramai pulak tak paham. okay lah, aku cerita je kat sini, settle. Lagi pun suara aku dengan Ramli Sarip dah takde beza sangat pun sekarang ni, tak sedap pulak nak borak depan depan.

Gini lah, kita mulakan dengan bismillah. okay, rasanya ada baiknya aku mulakan cerita dengan hari last aku bekerja. hari Jumaat bersamaan 23 November 2012. Actually 2-3 hari sebelum tu aku dah start tak sedap badan, tak sedap kepala, tak sedap semua lah. tapi aku relax lagi. cuma klimaks nya mungkin petang Jumaat tu kot. hari tu aku balik awal, sampai rumah pukul 6 lebih macam tu. biasanya selagi pak imam x habis sembahyang isyak kat surau, memang aku x sampai rumah, masih tersangkut dalam jammed kat highway Damansara nuh. standard pukul 9-10 malam baru sampai depan pintu rumah. alang-alang balik rumah awal, sedara yang aku tumpang rumah dia tu pun dah balik, aku pun saja la report kat dia yang aku rasa x sedap badan hari tu. oh ya, untuk pengetahuan engkorang, aku kat Puchong ni menyewa dengan sedara aku seramai 4 orang termasuk 2 orang yang dah berfamili. so kitorang decide lepas maghrib nak keluar cari makanan untuk makan malam dan panadol sekali. ye lah, aku bajet macam demam biasa-biasa je, makan panadol, tidur, bangun tidur esoknya dah hilang. tapi lain pulak jadinya. sampai je rumah, lepas telan panadol 2 biji, aku tidur je la terus, takde nak kisahkan pasal tv, facebook kejadah semua tu. zzz

24 November 2012, Sabtu (bukan bapak aku). alarm handphone aku berbunyi lagu Justin Bieber. bukan apa, lagu yang tak best ni lagi senang buat kita bangun sebenarnya, ibarat pencemaran bunyi. jam menunjukkan pukul 7 pagi. macam biasa lah, aku terus nak ke toilet coz nak sembahyang subuh sebelum mandi pastu siap-siap pergi kerja. (jujur lah weh, memang subuh gajah. eh, tapi kenapa gajah yang dapat nama ek?) entah macam mana, hari tu aku rasa macam tak larat nak meninggal untuk bangun. aku juz sempat buka mata, pastu nampak sedara aku tu tengah bersiap-siap, sikat rambut kat meja solek sebelum dia keluar bilik. aku try nak bangun dari tilam, tapi cam...ahhhh. aku tak boleh bangun, kepala aku berat. lagi berat dari sport rim 17". tak macam hari biasa. actually hari ni sepatutnya aku kerja. tapi disebabkan problem ni, aku tak pergi kerja. tanpa notis pulak tu. tak dikira MC, boleh dianggap memonteng kot. tik tok tik tok...
sedar-sedar je dah petang nak maghrib dah, time tu aku mamai gila, langsung tak tengok jam pukul berapa. itu pun sedara aku yang kejut coz dia dah balik kerja n nak ajak aku pergi klinik since dia tengok aku dah macam apa ntah. aku bangun, terus ke toilet untuk cuci muka dan sembahyang maghrib. on the way ke toilet tu memang dah rasa semacam pening dia. jalan pun dah macam mat pet. kiri kanan, kiri kanan, nak langgar kerusi, meja, dinding semua. pastu rasa nak muntah n pahit tekak. tapi bila muntah tak keluar pape pun. ye lah, dah seharian tak makan, nak keluar apa ye dak. lepas ambik air sembahyang, aku masuk bilik, lepas tu...ntah! aku dah x ingat apa jadi.

Untuk part seterusnya, seriously aku sendiri pun tak tahu apa yang jadi. yang aku tahu ni pun dari mulut-mulut orang sekeliling yang jadi saksi time tu, termasuk lah dari sedara yang tinggal sekali dengan aku tu. katanya...

time tu, selepas dia kejutkan aku untuk sembahyang maghrib, dia pun tunggu lah aku dalam kereta dia coz nak bawa aku pergi makan malam lepas tu pergi klinik sekali. katanya dia nampak aku jalan gi toilet time nak ambil wudhu' tu pastu aku masuk bilik balik. agak lama dia tunggu dalam kereta tapi aku tak keluar keluar jugak. dia rilex lagi. lepas tu dia dengar ada orang menjerit. dia ingatkan itu budak-budak yang naik basikal ke surau sebelah rumah tu yang kecoh, dia rilex lagi. lepas tu baru dia teringatkan aku yang lama sangat kat dalam bilik. terus dia masuk bilik, tengok tengok aku dah terbaring. berpeluh-peluh badan aku time tu tapi tak panas. dah la tak x pakai baju, tapi sempat la pakai seluar jeans. mungkin time tu aku dah siap sembahyang kot, maybe tengah siap-siap nak keluar. mana lah aku tahu coz time tu memang aku dah tak sedar n tak ingat apa yang jadi. nak diangkatnya aku memang dia x larat. kebetulan, ada pak cik jiran sebelah tu baru balik dari pasar malam, so dia panggil la pak cik tu tolong. so time tu ada la 3-4 orang yang tolong angkat tapi semua tak larat coz diorang cakap time tu badan aku jadi berat gila sedangkan badan diorang tu lagi besar. tapi last-last dapat jugak. diorang letak aku kat seat belakang kereta bersama sedara aku kat sebelah. sedara yang pegang aku tu cakap time tu aku dah meracau macam orang histeria. mata dah jadi merah. badan pun dah kuat macam John Cena mungkin sampai dia pun tak larat nak pegang. kemana kita? Hospital Serdang! lokasi hospital paling dekat untuk disinggah.


BERSAMBUNG... PART 2


SH : Masuk hospital tak best langsung, jangan lah korang nak sesaja nak check-in kat sini.