Sunday, January 22, 2012

Evo ku Ditarik Mael Lambung


Agak malang memulakan tahun 2012 apabila bertembung dengan Mael Lambung, si penarik kereta berhidung kembang. Namun apakan daya, benda dah jadi kan, mana mahu lari. 'Evo' ku ditarik sekitar Plaza Tol Bandar Saujana Putra, Exit 606 Highway Elite, Selangor.


Nak dijadikan cerita, macam tu lah intro dia. Tapi cerita sebenarnya memang lain, jauh beza. Bukan kereta kena tarik coz tak bayar monthly tapi kereta aku breakdown. Entah macam mana entah, time-time mak cik aku pinjam kereta ni lah dia nak breakdown. Time aku race malam-malam relax je takde pape. Mungkin silap aku jugak, lupa nak ajarkan dia cara-cara nak race pakai NOS. Mmm, tapi kira okay lah kalau dia bawa, nanti kos repair ni dia boleh cover separuh. Ceritanya bermula pukul 7.30 pagi, mak cik aku call cakap kereta tiba-tiba stop. Hadoi...dah la time ni aku baru abis mentelaah buku, baru nak lelapkan mata, alih-alih dah buat wake-up call. Lagi 2 hari nak last paper final exam, memang la aku takde feel nak kisahkan pasal kereta. Nak tinggalkan lama-lama kereta kat plaza tol tu pun memang tak boleh, kang hilang terus, lain pulak jadinya. So, nak tak nak, terpaksa jugak la pergi settle kan. Kebetulan breakdown hari Ahad, workshop mestilah banyak yang tutup. last-last, hari Isnin jugak pergi settlekan.



Punca sebenar kereta ni breakdown coz timing belt putus. Kalau tukar timing belt masa tak putus lagi, baru kena seratus lebih je, tapi ni dah putus time tengah drive, so dia effect la dekat engine sekali, tu yang lagi sakit tu. Dekat 1k jugak la kena bayar. First time terkena, aku pun blur sekejap fikir nak contact member-member kereta yang mana satu. Lastly, selamat member aku Echoot (baju belang-belang tu) boleh tolong settle kan coz dia ada member yang kerja kat workshop Proton. So, lepas call insurans, dapat la toe truck free, bawa kereta ni pergi workshop kat Bandar Baru Klang.




On the way ke workshop kat Klang, apek yang bawa lori ni punya la kecoh. banyak pulak story dia ni keluarkan. start dari kereta Malaysia dan kereta import, masuk sikit pasal bini dia kat rumah, pastu pasal politik sikit-sikit, last-last sampai la sembang pasal angpaw dan buah limau sempena Tahun Baru Cina dia tu. Aku layankan aje lah. Kang tak layan, kecik hati pulak apek ni. Buatnya ditinggalkan Evo aku tepi jalan camtu je, lagi teruk aku nak tarik sorang-sorang. lebih kurang setengah jam perjalanan, sampai la kitorang dekat workshop tu. Selamat ada insurans, kalau tak toeing ni pun dah makan seratus dua. huh



Selepas member Echoot kat workshop ni tolong check kan, memang betul la engine dah overhaul. Terpaksa la tinggalkan kereta kat workshop dua tiga hari. Tak kan nak tunggu pulak, esok lusa ada paper final lagi weh. So, habis je final, kereta ni pun da settle repair semua sekali. Walaupun bayar dekat 1k, tapi takde la risau sangat pun. Itu semua mak bapak aku yang tolong settle kan. hehe nak harapkan aku, memang tak la kan. Okay, kat sini aku nak ucapkan terima kasih kat Echoot dan kawan-kawan yang lain yang banyak tolong settlekan problem aku ni dari A sampai Z. Thanx weh!

SH : baru repair kereta Malaysia dah kecoh, macam mana nak pakai Skyline GT-R kalau macam ni...haeh!