Thursday, December 29, 2011

Diari Konklusi-ku 2011 Part 2

...kesinambungan cerita dari Diari Konklusi-ku 2011 Part 1.

aku mulakan dengan cerita bola dulu. sorry coz Part 2 ni lebih kepada bola jek. lepas habis semua pasal bola baru sambung dengan cerita bukan bola pula. bola ni memang favourite aku sejak kecil lagi. tengok update status and tweet aku pun banyak pasal bola. kira okay apa update pasal bola dari update pasal skim pyramid , MLM haram jadah semua tu. okay, sambung balik,






kenangan 2011 x lengkap kalau x cerita pasal team bola Civil FC atau CFC ni. xtually aku join team ni sejak part 5 lagi tapi disebabkan masalah teknikal pihak pengurusan UiTM, banyak tournament ditunda. so yang ada hanyalah friendly2 dengan team lain. asik training tapi xda tournament pun boring jugak. masuk part 7 ni baru la ada official tournament. tercapai jugak la cita2 nak sarung jersey rasmi fakulti. main untuk team UiTM memang x la kan, ramai lagi star player kat Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi tu. dapat join team fakulti pun dah kira best dah. dan lagi best bila dapat sarung nombor keramat merangkap favourite number aku, #7. kenangan training sesama, kalah menang sesama memang sukar dilupakan. lepas ni aku still boleh main lagi 1 sem. itu pun kalau x busy and x injurd. InsyaAllah~ hehe


dalam karier futsal bersama-sama dengan team housemate atau lebih dikenali sebagai SNSD FC, rasanya tahun 2011 merupakan tahun paling kemuncak. highest-peak kitorang rasanya bila jadi Juara Futsal Terbuka Civil Edisi 2011. setelah 4 season mencuba, Alhamdulillah tahun ni milik kitorang. dah hampir 4 tahun bersama, masing2 pun dah tahu cara permainan masing2, chemistry makin kuat, so confident level tu agak okay la compare dengan dulu2. aku memang suka and salute team ni. korang memang best. walaupun kita bukan the best team, individual skill pun biasa2 je, tapi kita boleh ngam apa. pernah jadi champion untuk tournament2 lain tapi personally, tournament ni paling bermakna kot. futsal or football is about the team-work, it does't matter how skillful you  are. if there is no chemistry, its meaningless. tengok Messi kat Argentina sudah la, dia sorang power tapi xde chemistry dengan player lain pun payah jugak. kan beza bila dia main dengan Barca, semuanya sefahaman, semua ngam. sebab tu Barca power. anyway, i'm Manchester United tahu, GGMU! =p haa, promote sikit, jemput2 la like SNSD FC punya FAN PAGE kat facebook...hehe ^^v









2 tahun lepas Manchester United dah datang Malaysia untuk Asia Tour diorang, time tu aku join jugak tapi gambar x banyak sangat la. tahun ni Arsenal, Liverpool and Chelsea punya turn. tapi aku join yang Arsenal jek. x berbaloi rasanya aku spend duit untuk tengok 2 team yang aku menyampah tu. pengalaman tengok live Arsenal training and friendly dengan Malaysia XI memang best even Malaysia kena ayam-ayam time tu. tapi xpa, Malaysia Boleh! hopefully lepas ni dapat tengok Real Madrid pulak datang Malaysia. teringin sangat nak tengok Cristiano Ronaldo aku tu. dulu time ManU datang, dia pula yang blah awal2. hadoi... okay, untuk full album photo, boleh usha kat facebook aku. klik SINI untuk Day 1 dan SINI untuk Day 2.





support2 team EPL, x lupa jugak team negara sendiri. game Malaysia paling syok dan paling emo tengok bila lawan Singapore untuk Kelayakan Piala Dunia 2014. syok nya bila ramai giler supporter Malaysia plus Ultras2 Harimau Malaya semua turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil, bukan full-house,ni full-stadium terus. kalau filem ni, dah kira box-office dah. tapi emo nya pulak bila tengok player Singapore mengada2 kat tengah padang. kena sentuh sikit, guling2 dia kalah cerita keling. ikat kasut pun setengah jam. ada ke logik tengah2 game keeper diorang tiba2 pening kepala? huh, memang 1 stadium lah maki Singapore. standard la kalau nak lengahkan masa kalau dah leading tapi agak2 la kan...hadoi. aku dengan Akmal punya la semangat buat fesyen line kat rambut. ni semua sebab nak tiru Aidil Zafuan lah konon...haha CR pun buat la weh! =p haa, lagi 1 game yang best ialah game negeri aku sendiri, Terengganu lawan Selangor kat Stadium Shah Alam untuk suku akhir kempen Piala Malaysia. memang syok tengok Terengganu menang 2-0! hoho




banyak sangat dah ni cerita pasal bola, kang muntah pulak. okay, cukup lah tu. sekarang cerita pasal kahwin pulak. ni la sorang je abang aku, so ni la first time majlis perkahwinan dalam family aku. pengalaman jadi pengapit kepada abang sendiri memang x boleh lupa. best tapi segan gak sebenarnya, maklum la first time, semua orang tengok je kita kat atas pelamin tu. memang awal2 dah plan nak jadi pengapit time bersanding kat rumah pengantin perempuan jek. aku xnak duk atas stage masa bersanding belah pihak lelaki ni coz time ni ramai member aku datang. so aku lagi nak join diorang kat bawah. x lupa, terima kasih aku ucapkan kepada member2 yang sudi datang. terutamanya member2 batch aku dr UiTM Shah Alam yang sanggup drive dari sana. kepada photographer x rasmi, merangkap member matrikulasi aku dulu, Redzuan Aziz, terima kasih la jugak ya! nanti sesapa yang nak jadi model, boleh la contact dia. haha =p

SH : settle Part 2, nantikan bahagian terakhir Diari Konklusi-ku Part 3 kejap lagi okay! ^^v 

2 comments:

Edy Fee said...

peteh ganu peteh!

Schafiq Hasyriq said...

ye ye...peteh jgn x peteh! =p