Thursday, December 29, 2011

Diari Konklusi-ku 2011 Part 2

...kesinambungan cerita dari Diari Konklusi-ku 2011 Part 1.

aku mulakan dengan cerita bola dulu. sorry coz Part 2 ni lebih kepada bola jek. lepas habis semua pasal bola baru sambung dengan cerita bukan bola pula. bola ni memang favourite aku sejak kecil lagi. tengok update status and tweet aku pun banyak pasal bola. kira okay apa update pasal bola dari update pasal skim pyramid , MLM haram jadah semua tu. okay, sambung balik,






kenangan 2011 x lengkap kalau x cerita pasal team bola Civil FC atau CFC ni. xtually aku join team ni sejak part 5 lagi tapi disebabkan masalah teknikal pihak pengurusan UiTM, banyak tournament ditunda. so yang ada hanyalah friendly2 dengan team lain. asik training tapi xda tournament pun boring jugak. masuk part 7 ni baru la ada official tournament. tercapai jugak la cita2 nak sarung jersey rasmi fakulti. main untuk team UiTM memang x la kan, ramai lagi star player kat Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi tu. dapat join team fakulti pun dah kira best dah. dan lagi best bila dapat sarung nombor keramat merangkap favourite number aku, #7. kenangan training sesama, kalah menang sesama memang sukar dilupakan. lepas ni aku still boleh main lagi 1 sem. itu pun kalau x busy and x injurd. InsyaAllah~ hehe


dalam karier futsal bersama-sama dengan team housemate atau lebih dikenali sebagai SNSD FC, rasanya tahun 2011 merupakan tahun paling kemuncak. highest-peak kitorang rasanya bila jadi Juara Futsal Terbuka Civil Edisi 2011. setelah 4 season mencuba, Alhamdulillah tahun ni milik kitorang. dah hampir 4 tahun bersama, masing2 pun dah tahu cara permainan masing2, chemistry makin kuat, so confident level tu agak okay la compare dengan dulu2. aku memang suka and salute team ni. korang memang best. walaupun kita bukan the best team, individual skill pun biasa2 je, tapi kita boleh ngam apa. pernah jadi champion untuk tournament2 lain tapi personally, tournament ni paling bermakna kot. futsal or football is about the team-work, it does't matter how skillful you  are. if there is no chemistry, its meaningless. tengok Messi kat Argentina sudah la, dia sorang power tapi xde chemistry dengan player lain pun payah jugak. kan beza bila dia main dengan Barca, semuanya sefahaman, semua ngam. sebab tu Barca power. anyway, i'm Manchester United tahu, GGMU! =p haa, promote sikit, jemput2 la like SNSD FC punya FAN PAGE kat facebook...hehe ^^v









2 tahun lepas Manchester United dah datang Malaysia untuk Asia Tour diorang, time tu aku join jugak tapi gambar x banyak sangat la. tahun ni Arsenal, Liverpool and Chelsea punya turn. tapi aku join yang Arsenal jek. x berbaloi rasanya aku spend duit untuk tengok 2 team yang aku menyampah tu. pengalaman tengok live Arsenal training and friendly dengan Malaysia XI memang best even Malaysia kena ayam-ayam time tu. tapi xpa, Malaysia Boleh! hopefully lepas ni dapat tengok Real Madrid pulak datang Malaysia. teringin sangat nak tengok Cristiano Ronaldo aku tu. dulu time ManU datang, dia pula yang blah awal2. hadoi... okay, untuk full album photo, boleh usha kat facebook aku. klik SINI untuk Day 1 dan SINI untuk Day 2.





support2 team EPL, x lupa jugak team negara sendiri. game Malaysia paling syok dan paling emo tengok bila lawan Singapore untuk Kelayakan Piala Dunia 2014. syok nya bila ramai giler supporter Malaysia plus Ultras2 Harimau Malaya semua turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil, bukan full-house,ni full-stadium terus. kalau filem ni, dah kira box-office dah. tapi emo nya pulak bila tengok player Singapore mengada2 kat tengah padang. kena sentuh sikit, guling2 dia kalah cerita keling. ikat kasut pun setengah jam. ada ke logik tengah2 game keeper diorang tiba2 pening kepala? huh, memang 1 stadium lah maki Singapore. standard la kalau nak lengahkan masa kalau dah leading tapi agak2 la kan...hadoi. aku dengan Akmal punya la semangat buat fesyen line kat rambut. ni semua sebab nak tiru Aidil Zafuan lah konon...haha CR pun buat la weh! =p haa, lagi 1 game yang best ialah game negeri aku sendiri, Terengganu lawan Selangor kat Stadium Shah Alam untuk suku akhir kempen Piala Malaysia. memang syok tengok Terengganu menang 2-0! hoho




banyak sangat dah ni cerita pasal bola, kang muntah pulak. okay, cukup lah tu. sekarang cerita pasal kahwin pulak. ni la sorang je abang aku, so ni la first time majlis perkahwinan dalam family aku. pengalaman jadi pengapit kepada abang sendiri memang x boleh lupa. best tapi segan gak sebenarnya, maklum la first time, semua orang tengok je kita kat atas pelamin tu. memang awal2 dah plan nak jadi pengapit time bersanding kat rumah pengantin perempuan jek. aku xnak duk atas stage masa bersanding belah pihak lelaki ni coz time ni ramai member aku datang. so aku lagi nak join diorang kat bawah. x lupa, terima kasih aku ucapkan kepada member2 yang sudi datang. terutamanya member2 batch aku dr UiTM Shah Alam yang sanggup drive dari sana. kepada photographer x rasmi, merangkap member matrikulasi aku dulu, Redzuan Aziz, terima kasih la jugak ya! nanti sesapa yang nak jadi model, boleh la contact dia. haha =p

SH : settle Part 2, nantikan bahagian terakhir Diari Konklusi-ku Part 3 kejap lagi okay! ^^v 

Wednesday, December 28, 2011

Sekolah Baru!

sempena tahun baru ni yang dah nak start ni, budak2 yang still bersekolah mesti rasa malas giler nak menapak masuk gate sekolah semula kan. tengok iklan "mari-mari, jom ke sekolah!" dan "back to school mega sale!" pun dah naik menyampah. memang la ada yang semangat, tapi berapa kerat je yang rajin tu. aku dan korang pun pernah bersekolah, so semua tahu rasa nak start sekolah balik tu macam mana kan. mane x nya, dah sedap makan tidur makan tidur tengok cerita kartun, cuti sekolah da lama giler, tetiba nak bangun pagi2, masuk kelas balik, tengok buku? leceh dow.

xtually pagi tadi aku temankan adik n mak aku pergi sekolah baru adik aku coz nak daftarkan adik aku ni. baru pindah Segamat, standard la rasa x best. aku sendiri pun pernah pindah banyak kali zaman sekolah rendah dulu. start darjah 1 sampai darjah 5 sekolah kat Terengganu, pastu darjah 6 pindah Johor Bahru, lepas 4 bulan pindah Muar pulak. sekolah menengah kira okay la coz 1 sekolah je sampai abis form 5. mak bapak polis, standard la kalau kena transfer tempat kerja ni. aku memang x suka duk hostel, so better ikut je family pindah memana. tadi masuk2 je area sekolah tu, tetiba rasa macam nak je balik zaman sekolah semula. lalu je gate depan, pak guard tu dah sound, ingat aku masuk nak merompak agaknya. lepas slow talk, baru la dia senyum2 tunjuk kat mana bilik guru, huh! masa on the way nak ke bilik guru tu, ada la budak2 form 5 tu jeling2. hallamak, ingat aku ni budak sekolah lagi ke apa, abang2 dah nak grade la adik2, x payah la nak buat muka kerek pulak hadoi. dah, lupakan, aku terus jalan dan 'pandang ke depan' bak kata Zoul. tapi kan, memang syok ah bila dapat masuk sekolah ni, feel dia still sama macam zaman sekolah dulu2.

pindah sekolah ni kadang2 ada bestnya jugak. nak2 kalau korang masuk time lambat2 sikit, maksud aku bila sesi persekolahan dah start, agak2 dalam seminggu 2 camtu. kalau dah sebulan 2 dah x best dah. sebabnya nanti korang masuk je sekolah, semua orang jeling2 usha2 korang coz diorang tahu korang budak baru. yela, kalau budak lama mestilah masuk sesame dengan diorang. so, peluang untuk awek2 usha line agak tinggi disitu. so secara tidak langsung awek2 nak kenal2 dengan korang coz diorang tahu korang sure xde kawan ramai lagi.  kalau masuk lambat sangat pun x best, semua dah ada partner, korang pulak yang rasa tersisih nanti.

second thing yang korang dapat ialah RESPECT. nak2 kalau korang dah memang star kat sekolah lama, pastu masuk sekolah baru yang x berapa nak star sangat ni, so korang dengan senangnya akan mendapat respect. budak star, siapa xnak kawan kan. x kisah la korang star dalam pelajaran ke, dalam sukan ke, apa2 lah. kalau korang star gaduh2 atau dah memang top gangster kat sekolah lama, so dengan senangnya korang boleh pegang title abang besar kat sekolah baru. dah nama pon otai pailang, apa nak takut, sure nama korang up kejap je.

biasanya, budak baru ni akan jadi student favourite cikgu kelas. mana2 pergi mesti kena aim. dengan cikgu kena aim, dengan student lain pun kena aim. bila jalan lalu kelas2 lain, semua pandang macam korang jalan x pakai pape. kalau dalam kelas, cikgu tanya soalan, mesti student baru yang kena jawab. apa celaka pun xtaw, asik2 budak baru je kena. maybe masa pendaftaran tu mak bapak dah pesan kat cikgu kelas agaknya, suruh tengok2 kan. nah ambik, memang setiap masa dia tengok! selamat x follow pergi tandas sekali. ingat2 balik, paling syok bila first time masuk kelas, kena diri kat depan kelas, perkenalkan diri. peh, sume ternganga jek dengar. kalau cakap klentong pun diorang percaya jek, bukannya diorang tahu.

kalau korang skema, so better pilih la kawan yang skema. kalau silap pilih member, memang senang nak rosak. dulu zaman aku tukar2 sekolah, selamat dapat member2 yang okay. mana x nya, hari first masuk sekolah dah ada member payung makan. aku x mintak, diorang yang sponsor, so takde hal lah kan. bukan nya dia bagi nasi kangkang ke, letak dadah ke apa. lagi best kalau korang dapat member yang loaded. aku x ajar korang memilih okay, aku cakap kalau je. haha ^^v. contoh macam aku dulu berkawan dengan anak tauke burger, so hari2 la bapak dia sponsor burger free. pastu ada member yang anak YB, so dapat la jugak benefit2 dia kan. haha =p tapi xde la aku berkawan dengan anak tauke kereta pastu aku dapat kereta free. gila lu!

masuk sekolah baru ni, korang boleh tambah kenalan korang. silapnya dulu xde lagi facebook twitter semua ni. kalau x sure dengan pak guard, mak guard aku add, aku follow. yang ada cuma buku biodata dan surat menyurat je lah. setiap kali pindah sekolah, setiap kali tu lah korang akan dapat member baru. so x rugi pun ada ramai kawan. ramai awek lagi bagus, scandal pon banyak. nak2 kalau korang star bab2 study, bonus muka pulak ala2 K-Pop, sure ada awek suruh ajar. x ke syok cenggitu...? haa.

bila tiba masa nak pindah sekolah lain, rasa sedih nak tinggal sekolah dan member lama tu perkara biasa lah. nak tinggal member sehati sejiwa, yang pergi balik sekolah sesama, yang makan pun cutting sesama, yang pergi tandas sesama, kantoi meniru dalam exam sesama, fly hostel sesama, cabut kelas sesama dan semua lah yang sesama tu, sure rasa sedih punya. kalau perempuan2 ni sure nangis punyalah. kalau lelaki okay sikit, cover  la, awek tengok nangis segan, jatuh la market. snap gambar kenang-kenangan tu biasa la, sekolah kan boleh bawa handset. bagi yang dah biasa pindah2 sekolah cam aku ni, rasa sedih tu xde la krikal sangat. ala, pindah sekolah je pun, bukan pindah ke alam lain. still boleh contact apa...

so, camtu lah antara pengalaman2 masuk dan keluar sekolah ni. rasanya yang buat pengalaman zaman sekolah ni best ke x, itu terpulang kepada diri sendiri la. mak bapak boleh hantar pergi the best school in the town, sekolah berasrama penuh semua, tapi yang penting sekali niat kita sendiri. kalau dah x suka, hantar kat mana2 pun x jadi. macam aku yang x suka tinggal kat hostel, better aku tolak je tawaran2 tu semua. lebih enjoy aku study kat sekolah biasa dan tinggal kat rumah. yang penting exam score. alah, sekolah berapa tahun jek, nanti dah sambung masuk kolej dan universiti pun sure berpisah jugak dengan parents. so, chill2 la okay. zaman sekolah sekejap je, dah habis nanti dah x boleh x patah balik. enjoy your school time, zaman sekolah best tahu x! =)


SH : esok nak sekolah, malam ni baru nak kapur kasut. 
nak cepat kering, letak kasut dalam spinner kat washer machine. =p

Monday, December 26, 2011

Diari Konklusi-ku 2011 Part 1

2011 dah nak melabuhkan tirainya lagi beberapa hari. rasa macam cepat sangat masa berlalu. lepas ni dah tahun 2012. personally bagi aku tahun 2011 ni rasanya tahun yang agak okay. kenangan memang banyak. sebagai student universiti, memang aku akui la life aku banyak dipengaruhi oleh member2 rapat yang hidup hari2 dengan aku. diorang lagi kenal aku compare dengan kau, kau dan kau. family tu memang la, dah nama pun family, itu special case. so, jangan la judge aku kalau setakat nampak aku kat facebook jek, tapi xtaw aku macam mana orangnya dalam life sebenar. facebook cumalah alam maya yang aku boleh post macam2, twitter pon sama, macam2 aku luahkan apa yang aku rasa. tapi sebenarnya aku banyak guna 'double-meaning'. so, jangan la percaya sangat dengan ayat2 aku tu. tulis camtu, tapi sebenarnya maksud dia camni.

2011 tahun yang busy. dah abis part 6 pastu sambung part 7. dah jadi budak final year ni memang standard lah kalau busy. xtually tahap busy ni start pada suku terakhir tahun ni. so, 3 suku pertama tu xde la busy mana.
kalau nak diceritakan aktiviti2 sepanjang tahun 2011, memang la sampai raya haji pun x habis. so, konklusi ni just highlight certain2 je, x semua. mmm, mana nak mula? entah la. ikut la mana2 pun yang aku ingat dulu. dimulakan dengan gambar ni...


sebesar posternya, begitu jugaklah besar calonnya. ini poster Nabil. time ni tengah Pilihan Raya untuk MPP setiap fakulti, so beliau pun join jadi salah sorang calon. sebagai member2 kelas dan jugak member terdekat, standard la kitorang semua tolong promote dia ni. pengalaman tolong dia dalam memanifestokan diri ni memang 'best' coz kitorang x cukup tidur tolong tampal poster keliling fac sampai 2-3 pagi. kalau x cukup lagi, kena fotostat pulak. xpe bil, kitorang berkhidmat untuk kau okay! personally la, aku rasa dia ni ada bagus nya jugak, yang kurang bagus tu xyah la nak cerita kat sini kan, x baik. confident pun ada walaupun kadang2 dia sendiri pun xtaw dia cakap apa. leadership ada pastu dia ni berani berdiri menyuarakan pendapat. so, kalau ada lecturer tanya soalan tapi semua senyap, memang time ni lah kita memerlukan Nabil. biar jawab salah janji dia dah tolong kitorang jawab soalan lecturer tu. dia ni semangat lebih, selalu stay kat fac. kalau bab bercakap mahupun speaking, dia nya pungpangpungpang tu memang power. sebab tu orang yang vote dia rasa cam best je dia ni. english dia memang tip top, so kalau exam tu pasal explain2 ni, memang selamba dia goreng. kalau bab kira2 tu standard la, aku sendiri pun kantoi... and finally, kau menang jugak bil, congrates! ^^v


ini time aku lepak kat Putrajaya tengok belon udara panas. Presint berapa aku x ingat. syok oh coz aku memang jakun x pernah tengok benda ni live depan mata. ni first time. tapi xde la jakun sampai nangis2 minta diorang turun ambil aku kat bawah ni. besar jugak benda ni kalau tengok live. macam2 jenis ada, ada yang kepala Darth Vader, ada yang macam jumbo jet, macam2 colour. ada yang kepala kucing cam dalam cerita Pokemon tu! okay, yang tu aku tipu. ^^v






okay, yang ni special bagi aku. bagi peminat wrestling, peluang dapat pegang belt wrestling secara live tu memang sangat2 best. mana x nya, mahal kot sebiji benda tu, boleh cecah ribu2 ringgit, bukan ribu rupiah. lagi 1 benda ni mana ada jual kat shopping2 complex, uptown downtown, semuanya online dari oversea. hari ni aku join event gathering fan2 wrestling dalam facebook bertempat di Mid Valley Megamall. xtually ni first time punya gathering. so far okay la, ramai jugak yang turun, berkongsi minat sesama. event ni just untuk suka2 je, tapi suka2 pun bukan free, bayar oh... tapi xpa, bukan selalu. dapat makan2, ambil2 gambar ramai2 pastu dapat main game tembak2 ngan laser kat Galactic Laser, memang syok. berbaloi la. memang puas dapat main laser ni, rasa macam main Counter Strike secara live. game ni pun first time try. not bad...oh ya, event ni berlangsung pada bulan April sempena dengan event WrestleMania XXVII yang berlangsung keesokkan harinya. untuk full album photo, boleh refer kat album facebook aku k! =)







korang ada family angkat? xde? haa, aku ada. ini semua sebab join event SPORA anjuran fakulti. event ni berlangsung kat Kijal, Terengganu selama 3 hari 2 malam. kat sana setiap orang secara partner akan dapat family angkat masing2 dan aku punya partner ialah Akmal. disebabkan aku boleh speaking Terengganu, so xda lah rasa janggal sangat bila dapat family baru kat sini. event ni best coz kitorang semua dapat join macam2 aktiviti. antaranya gotong-royong bersihkan kampung. group aku ditugaskan untuk pasang atap baru kat rumah sorang nenek ni. mentang2 kitorang belajar civil engineering, nenek ni ingat kitorang dah expert nak renovate rumah dia. selamat la ada sorang brader tu yang tolong kitorang pasang2 sampai siap. sorry la nek, dalam BS kitorang x ajar cara nak design atap pakai zinc asbestos. sorry juga kami patahkan atap nenek hari tu. ni semua sebab Zharif! so, nek suruh dia la ganti balik. haha =p

selain tu, ada aktiviti korban lembu, masak2, makan2 sampai kenyang. pastu ada jugak hari dimana kitorang join sebuah sekolah dan jadi facilitator untuk budak2 asrama. x sangka ada juga bakat aku jadi cikgu, lead budak2 ni! hehe tapi xpa lah, aku x minat jadi tukang mengajar. kang ajaran sesat semua budak2 ni karang. kat sini juga kitorang ade site visit kat kilang apa nama entah, lupa. coz time tu dah last2 minit punya aktiviti, ngantuk, so x ambil port sangat. segar balik bila kitorang singgah zoo. syok apa, ada burung...burung...burung... haa, Akmal suka main dengan beruk kat sana! =p

berbalik kepada family angkat, yang kat dalam gambar last tu la mak angkat dan adik angkat aku dan Akmal. xtually ada lagi family member yang lain tapi x sempat datang coz ada hal. terima kasih banyak2 aku ucapkan coz sudi jaga makan minum kami secara percuma selama 3 hari kat rumah. siap dapat hadiah lagi tu. hoho thanx!

SH : cukup la dulu, nanti jap lagi aku sambung 
Diari Konklusi-ku 2011 Part 2 pula okay! =)

Aku baru 22 tahun.

Assalamualaikum! lama x singgah blog sendiri, selamat x sesat. kalau dah lama x update blog orang kata dah berhabuk, tapi aku rasa kalau blog aku ni concrete, dah lama dah capai grade 35 coz curing lama sangat. x paham? xpe, abaikan. =p

first of all, thanx to everyone yang wish birthday aku hari ni! ikut facebook ada, ikut twitter ada, ikut SMS pun ada. selamat xda ikut surat-menyurat, kalau x kesian cik2 posmen nak rider motor malam2 nak hantar surat korang tuh. hehe

aku rasa ayat excuse ni memang familiar bagi orang yang x update blog. "aku busy". ya, memang aku busy gila. gila2 punya busy. busy pun x gila macam aku. memang busy ah dengan kerja2 student aku ni. sebab tu x sempat nak update blog. okay, aku ngaku kadang2 ada masa free pun memang aku malas nak update. coz masa free tu la aku nak lepak2. maksud aku, tidur nak merehatkan minda dan badan. logik kan? ha'a memang logik. siapa yang cakap x logik tu meh sini aku pukul pakai pembaris plastik 15cm ni. grrr!

dulu masa aku junior2 part 1, part 2, part 3 dulu, aku rasa macam apa lah sangat senior2 aku ni busy dengan FYP diorang ni. FYP je pun. oh ya, kepada siapa2 yang xtaw FYP stand for 'Final Year Project' okay. now aku dah masuk part 7, dah jadi brader2 senior, and dah pun merasa apa itu FYP. seriously, buat menatang ni memang penat. x tidur malam dibuatnya. xtually boleh je siap awal, cuma aku ni jek asik tangguh2 kerja. last2 baru gelabah. selamat la semua dah settle. itu baru FYP1, belum FYP2 lagi. xpe, itu next sem kita cerita. mmm, alang2 dah cerita FYP ni, kalau aku buat entry pasal FYP aku pun orait gak an? haa, nanti lah aku karang. nanti okay. nanti taw. nanti.

hari ni 27th December 2011. oh, aku bukan lagi 21 tahun. dah masuk 22 tahun dah. tua? xla. kalu aku cakap tua, nanti apa orang yang umur 23, 24, 25 apa tah lagi yg umur 60 tahun rasa? mesti diorang kecik hati kan coz lagi tua. haha xtually, dalam happy2 sambut birthday ni, aku rasa cam sedih jugak coz tahun ni last sambut birthday sebagai student. kalau nanti sambung master, ada la lagi title student tu, kalu dah kerja, kan da abis. hoih, x best! aku bajet tahun ni dapat sambut birthday dengan member2 batch kat rumah sewa, tapi apa nak buat, study week sem ni start awal sket. so, ramai la yang balik rumah. x sempat la nak merasa kena prank baling telur, baling tepung, sembur dengan kicap, air sabun n air stokin. haha xpe lah, tunggu tahun depan pulak.

kalau birthday mesti ada hadiah kan? hoho hadiah tahun ni xtaw la dapat apa. x mengharap pun, tapi kalau orang bagi tu ambil je lah kan. rezeki x baik tolak. xtually dapat wish dari korang pun dah cukup buat aku happy, buat aku senyum sorang2 depan laptop. thanx lagi sekali okay! haa, x lupa thanx to MANCHESTER UNITED coz awal2 lagi dah bagi birthday present malam ni dengan kemenangan bergaya 5-0 in the row ke atas Wigan. huhu Glory-glory Man United! ^^v


SH : harap2 da masuk umur 22 tahun ni, berakhirlah sumpahan 'forever alone' dari member2. ceh! =p

Sunday, November 20, 2011

Siapa SNSD FC?


3.33 AM, 21-11-11, aku baru jek sampai rumah dari Trip Environment ngan budak2 fakulti aku kt Pulau Langkawi. nama je trip study tp aku rasa 80% nya trip melancong. 3 hari kat sana, hari last baru kitorang melawat treatment plant. balance lagi 2 hari tu g shopping2, g happy2 kat sane. syok oh Langkawi~

sampai2 je kat rumah ni, member serumah aku Akmal Persie (manusia paling kanan dalam gambar ni, pakai baju Arsenal) dah update blog dia pasal team futsal kitorang. xtually aku memang ada plan nak story2 pasal team aku ni, juz x sempat nak buat lagi. so, alang2 dia ni da update dlu, apa kata korang usha je kat blog dia ok. ni hah blog beliau >>> http://akmalsuhaimi.blogspot.com/2011/11/kawan-sefutsalan-ku-di-uitm-shah-alam.html?showComment=1321817511384#c5393203618394884015

oke, time kasih aku ucapkan kat beliau coz yo yo o jek bukak story tu. haaa, sebelum terlupa, korang jugak boleh like page SNSD FC kitorang ni kat fesbuk. ini link dia >>> https://www.facebook.com/pages/SNSD-FC/186288868057075 . kalu x dapat, korang search je type 'SNSD FC' k. itu saja update kali ni yang x sampai 10 minit pon. aku da letih naik bus dekat 7-8 jam tadi, so selamat malam lah ye! Zzz...

SH :  tp ada ke patut Akmal call aku Ramli?? dem u Mal...haha =p



Sunday, November 13, 2011

11 Tentang Aku



Mowning! kalu korang bace post ni time petang or malam, good evening aku ucap kan yeh. ok, xtually skang aku kt LCCT, bru tiba dari Kota Bharu, menunggu member aku Si Zharip Jandi yg ade kelas pagi ni utk dtg amek aku kt sni. selamat hari Isnin aku xde kelas, sebab tu la aku lambat dtg KL. so, dari boring2 lepak sorang2 kt cni, bek update je blog. xtually entry yg ni aku bajet nk post mase tarikh 11-11-11 hari tu tp x sempat pulak. xpela kan, hari ni da 14-11-11, still ade lg no 11 kt tarikh ni. 

ok, 11 tentang aku ni adalah fact yg maybe korang xtaw n maybe sesetengah dr korang yg rapat ngan aku da lame taw. xpe lah, taw ke xtaw ke, aku nk bagitaw jugak. tarraaa...

  1. aku ske layan cite masak2, cte jalan2 cari makan n cite make over rumah, alaaa cam Casa Impian uh... bagi aku, (bagi aku la kan, korang aku xtaw) cite camni kalu tgk cam layan~ jek...sedar2 mase da berlalu. cam cite masak2 tu, kalu tgk diorang prepare menu tu, fuh..macam nk try jek (macam laa, wat nye belum tentu). cam cte jalan2 cari makan pon sme, tgk host tu makan, peh... terliuq gila kot. sume yg diorg makan diorang tunjuk best pastu wat muke stim. haha ntah2 xde la sedap mane pon kan. cte cam Casa Impian tu pulak aku ske tengok something yg x lawa jadi lawa n something yg x kemas jd kemas. sebab tu bilik aku kemas, x caye tanya roomate aku. =p
  2. dlu mase kecik2, aku pena ade cite2 nak jadi chef. maybe sebab tu la kot aku cam tertarik tgk cte masak2 ni. aku pon ske masak n try resepi sendiri. mase masak tu, main masuk je la ape2 yg aku rasakan sesuai. besenye aku masak untuk diri sendiri jek, bukan utk promote kt orang lain pon. hihi
  3. past zaman matrix dlu, aku pena keje kat carwash bapak aku. time tu bapak aku de wat bisnes carwash, so dr aku boring2 duk umah mase cuti, nk gak try keje. ala, anak boss, ape ade hal. aku dtg pon da kol 10. haha bab2 management duit, mmg aku yg jage. so, dapat la gaji lebih sket...hihi keje ctu agak penat la, nak2 time org da balik keje kol 5, time tu la diorg nk basuh. yg bestnya bleh la test drive kete2 kt situ n yg x bestnya bila dpt customer yg cerewet giler. kete buruk je pon, tp dia punya demand...Ya Allah...macam dia pkai Enzo Ferrari!
  4. rasenye yg ni sume taw kot, aku ske tgk pempuan cam amoi2 sket, coz comey la. cam Korea. huuuu..Yoona SNSD lawa kan? kan?  =D
  5. aku ske tengok wrestling. yee...aku tawu itu sume hanyalah lakonan jek. memang diorg da plan awal2 pon jalan cite tu. tp tu kan entertainment name pon WWE, E stand for Entertainment oke adik2... jangan la nak siyes sangat time tgk tu, sume mende nk complain psl diorg, tgk suda la kan. maybe sebab aku da tdedah kt cte2 wrestling ni pd usia tadika2 kot, sebab tu la aku cam excited bile tgk. zaman da berubah, wrestling dlu zaman2 90-an n awal 2000-an lg best dr skang ni. tambah pulak da msuk U, memang limited sgt la aku tgk. just amek taw gitu2 je la update pasal wrestling ni ikut internet.oke lettew! 
  6. kalu kt bilik aku kt rumah sendiri, aku ske kumpul poster. penuh kt dinding tu dengan poster. parents aku pon da paham minat aku terhadap kumpul2 poster ni dr kecik, so diorg x kesah mane pon. penuh kt dinding aku (dulu laa, skang da xde) poster2  bola n wrestling. poster cartoon2 yg aku rasekan agak nais pon aku letak jugak. sebelum tido, mula lah mengelamun tgk poster kiri kanan sampai tlelap. dlu mane ade facebook twitter weh...hadoi
  7. aku ske mainan! haha dulu kalu g shopping complex, x dapat beli mainan, aku nangis. haha teruk gile aku ni kan...haehhh kalu klua dr shopping complex dengan mata merah, tu tandanya mak aku x belikan aku mainan. so, aku redha aje lah...oi, xde la sampai aku guling2 atas escalator tuh...teruk benor dah tuh
  8. cite pasal mainan, aku ske main kete Tamiya. xtually Tamiya ni brand yg agak mahal, so dlu kitorg main kete Auldey jek, murah sket tp laju bley tahan la kalu pandai cari spare part n enjin yg best. seingat aku la kan, rasenye da lebih 30 kete aku ada. Tamiya ade 1. dlu cite Dash Yonkuro pasal kete ni memang femes n 1st kete dalam hidup aku adalah kete Dash 3 Shooting Star. dalam cite tu diorg pakai stick utk kawal kete tp aku ngn member pakai stick hoki. ok la, same jugak pe. kalu x pon, kitorang race kt dlm longkang, snang sket. ade jugak kedai yg sewakan track, rasenye rm3 sejam kot time tu. tp last2 aku beli jugak track aku sendiri, bru puas. skang da x main, track tu aku simpan dlm stor jek, still lawa lg kot..
  9. kalu bab lagu pulak, aku ske dengar lagu Indon. bukan aku x support lagu Malaysia, support jugak. lagu Indon bukannya sume best pon tp sesetengah yg best tu je la yg aku layan. lagu Malaysia yg rock2 kapak pon best ape. besenye aku tawu lagu tu tp x ingat tajuk la pulak...hehe sejak masuk zaman U ni, aku makin kerap pulak g karok. tp xde pempuan pon, ini aku ngn member2 laki yg rapat jek...nyanyi depan org ramai mmg aku segan uh! haha
  10. aku right-footed tp dalam team bola sepak aku men left-back. ntah le, lagi selesa men belah kiri dr men belah kanan. pena jugak coach try letak belah kanan, tp rase cam terabur sket laa. haha tp kalu dalam team futsal ngan housemate aku, aku byk jd centre-back selain left-back...itu sume x penting, yg penting chemistry dalam team. da 3 tahun men sesame, so masing2 da paham role n cara men masing2...ok lettew!
  11. mmm...ape lagi ek. haa, ramai yg confuse aku ni asal mane xtually? kate orang pantai timur tp cakap xde bunyik pon. gini la cite nye, aku lahir kt Besut, Terengganu , sebab tu la IC aku no 11 kt tengah2 tu. mak aku Kelantan n bapak aku Johor. dlu aku stay kt Terengganu sampai darjah 5, pastu darjah 6 aku pindah JB n x lame pastu aku pindah Muar...so, skang kt Terengganu tu tinggal sejarah je la. kalu raya pon aku balik Kota Bharu, kampung mak aku. tp nak balik sane memang kena lalu Besut pon n aku pon ske singgah hometown aku coz banyak lagi member2 lame aku ade kt sane. so, sebab tu la bley je aku speaking Klate ke, Tganu ke, Johor ke..same jek. kalu bahasa2 Utara n Sabah bha n Saghawak pulak, aku blaja jek dr dak2 batch aku, baru 1 Malaysia namanya...haa, camtu la lebih kurang citenye. ada paham?
SH : 12-12-12 nanti kena cite 12 tentang sape pulak?

Friday, November 11, 2011

I'M BACK!

11.11.11, santek tarikh ni, bukan salu ade pon kan, so sebab tu rasenya santek sangat untuk aku wat comeback pada tarikh ni. ceh, poyo jek nak come2 back. haha dah, ske hati aku lah, blog aku.kau ada? post pada pukul 11.11 malam, bermakna aku da tunaikan permintaan roomate aku, si panjang yg x habeh2 tanye aku bile nak update blog, bile nak update blog. ye2, aku tawu ko rindu aku kan, xpe2...nanti aku balik dr holiday ni, kte makan kepek kentang mak kau same2 sambil nonton Running Man sesame oke. by the way, kepek kentang mak kau beli tu sedap lah, mane die dapat, ce tanye die jap?

xtually, aku da lame x update blog sebab blog aku kne block. blog n block tinggal x jauh kan? haa..sebab tu lah kot si google mongok ni gi suspend aku nye account. ade ke patut die suspect aku ni spammer?? oh, mungkin jugak suspend n suspect tu tinggal x jauh, sebab tu die confuse kot. confuse x confuse, 1-2 bulan jugak die suspend aku nye blog, mane x geram weh. ikut kan hati, memang aku nk saman jek cik google ni. dapat 3-4 million cukup lah, buleh aku hantar mak bapak aku g haji. tahun ni x sempat dah, nex year lah kot. ok, selamat die mintak maaf balik. even raye aidilfitri da lame lepas, tp aku maafkan jugak laa kan, kang nangis dak google tuh, sape nak jawab? haa...ni die email dari diorg tempoh hari




kalu x nampak, pepandai la korang kopipes, pastu zoom dalam2. k ah, aku pon xde modal sangat nak update blog skang ni, maklum la mood holiday, mesti la aku nk relak2 kat hotel ni...uhui, best jugak mandi2 kat Lost World Tambun nih, tp xde la best sangat, Sunway lg best...hoho k2, hope pasni aku lg rajin nk update2 blog. orait, gerak dlu...ASSALAMUALAIKUM!

SH : aku rindu nak menaip sambil pekena Nescafe Gold =D

Monday, September 12, 2011

Perihal 1st Day Semester Baru



1st of all, nak wish selamat kembali ke skolah kat sume. Selamat masuk kelas n selamat start study balik cam sem2 lepas. Aku pon da masuk part 7, masuk final year suda. Rase cam baru kejap, tapi skang da pegang title senior. Sebagai seorang senior, mesti la nak gak kan usha junior2 baru ni, mane taw ade jodoh ke kan. Keh3 macam bese la bile masuk 1st day ni, standard la kalu ade yang ponteng. Alasan standard, x jumpe kelas, silap tengok jadual, atau memang awal2 lagi dah niat xnak masuk 1st kelas. Nak bagi alasan tertido,alasan moto rosak, tertinggal Rapid, cam awal lagi, tunggu r dlu, simpan stok tu untuk ponteng tengah2 sem sket.

Nak cam dak part 1 n junior ni xde la payah mane. Tengok dressup da taw.kalu laki tu tengok r yang pakai baju kemeja lengan panjang, siap tie skali. Kasut kena la berkilat. Baru la skema. Rambut kena la pendek coz da kena sound masa minggu orientasi kat kolej. Haha kesian plak. Xpe2, bagus la tu, bila lagi nak jadi budak nerd. Kalu da pangkat2 senior ni baru la dressup sempoi2 jek. Xyah nak up sangat lah kan. Lagi 1, dak2 baru ni biasanya jalan grouping2. Bese la, 1st time masuk fac, cari kelas x jumpa, terpaksa la calling2 jap sambil pegang jadual yang baru print semalam, checking 3-4 kali nak tengok kelas kat mana. Besenya junior baru ni diorang naik bas jek. Muka semangat jek bila datang kelas pepagi, bila balik kelas petang plak muka excited coz da berjaya abiskan hari pertama kat u. Sambil pandang2 luar tingkap Rapid tengok permandangan dengan muka jakun, ada jugak yang siap snap gambar ngan handphone. Haha xpe2, x salah pon, standard la tu...macam la korang2 dulu x camtu kan.

Ok, itu part junior, skang part aku plak sebagai senior. Private story je ni, bukan kisah umum. Xtually ari ni ibarat lagu Taylor Swift, today was a fairytale. Sebab salah 1 "WISHLIST AKU SEBELUM GRADE DARI UITM" dah tercapai. Salah 1 jek, bukan sume okey. Wishlist yang lain2 tu nanti2 la aku cite. Xtually, ari ni aku hepi, xcited, teruja, gile sikit, coz aku dapat jumpa live dengan blogger yang agak femes n agak cun (bagi aku la) iaitu Amirah Filzah. Peh, bertentang mata selama 4 saat je pon, tapi dia nya feel tu macam hape ntah. Time aku nak klua ngan kete, kat area gate kolej Mawar, time tu lah dia lalu tepi n nak lintas depan kete. Fuh, terkesima seketika.teanjat boboy. cam x caya pon ade. Tapi bila mata dah bertentang mata, aku tengok dia, dia tengok aku, kompem! Kompem itu blogger budak law tu! Aku still ingat muka dia dalam header blog dia tu, camtu la muka dia live2 ni pon. Dia nak lintas ngan member dia lagi sorang, so aku bagi la diorang lalu depan kete aku. Walaupun ari ni dia x pakai shawl macam video pakai shawl yang selalu dia buat dalam blog dia tu, tp xpe, dia tetap comey oh! Even pakai slipper, baju kurung n tudung bese jek, dia tetap cun. Fuhhhh...niat hati memang nak tegur dah. Tapi baru bukak tingkap, dia da jalan sampai ke depan dah, ini sume salah traffic jam tu lah. Apebende ntah event ada kat DC tu sampai jem teruk hari ni. Haehhh...xpelah, dapat jumpa kejap pon jadi la. Ade gak point nak jelez kan member blogger aku yang lain. tanpa lengah2 masa, aku trus mesej Si Panjang.  bila sampai umah, dia cakap aku gila bayang coz duk sengih sorang2 dalam bilik. Haha lantak lah. Aku peduli ape. X salah nak angau kejap. Even jumpa blogger jek, tapi aku rase cam jumpa artis kot. Haha dah2, aku nak tido. Zzz

SH : wishlist nak jumpa Amirah Filzah depan mata sebelum abis UiTM da tercapai tapi x sangka plak wish tercapai seawal hari pertama sem baru. Haha OMG OMG  =p

Thursday, September 1, 2011

Tanda-tanda Korang OVERDOSE Makan Ketika Beraya

orang kata berhenti makan sebelum kenyang, kan lebih afdal camtu. tapi kalu dah sendawa pon still upload lagi 3-4 pinggan, tuan umah kompem da serik nak ajak korang gi open house beliau lagi season depan. patutnya isi perut time beraya ni jangan la nak full tank sangat, ingat2 la sikit mereka2 yang memerlukan kat Palestine, Africa, Uganda, Madagascar sume tu. diorang kat sane ade sampai meninggal sebab x cukup makan. so, jangan la korang meninggal sebab terlebih makan plak ye. xmo xmo xmo... orait, ini lah tanda2 bahawa korang ni sebenarnya dah overdose ketika melantak di hari raya. cekidaut!

  1. tetibe jek kerusi patah time tengah syiok korek sisa2 almond london dalam balang raya.
  2. tetamu lain x jadi makan.juz minum air jek coz syiok tengok korang melantak dalam dulang.
  3. tengah2 kunyah begedil dalam mee soto,tali pinggang korang tetibe putus.magic!
  4. tuan rumah dah habis kemas meja, korang still konpius xtaw nak tapaw biskut raya yang mana satu.
  5. orang lain sibuk tanya mane duit raya, korang sibuk tanye ade tupperware lebih x?
  6. pakai baju melayu, tetapi terasa seperti memakai baju excercise.
  7. usha cermin, nampak badan saling x tumpah macam Big Show.
  8. kurang mendapat jemputan untuk jamuan openhouse member2 tetapi sering mendapat jemputan untuk jamuan buffet. diorang dah cop korang ni memang mesin pengisar!
  9. penimbang berat tetibe pusing outmeter sebelum springnya terjojol keluar.
  10. mendapat call dari Dr.Rozmey, ditawarkan menjadi model untuk produk Jus Mate 5.
  11. ketika lalu kat depan kedai Digi, ramai yang menyangka korang ni maskot berwarna kuning yang sebenar.
  12. ketika lalu kat depan kedai excercise, tuan kedai yakin korang adalah pelanggannya yang tepat.
  13. anda semakin biasa mendengar dialog "wah, makin 'sihat' nampak!"
  14. guna keypad enset ngan ibu jari, nak tekan button 5, tetiba tertekan button 6,8, dan 9 sekaligus.  
  15. even puasa 6 da abis, korang still rase kenyang dengan menu 1 Syawal korang tempoh hari.
  16. korang terlantar kat wad hospital dan apabila sedar dari pitam,perkara terakhir yang korang ingat ialah 4 pinggan nasi ayam lemon.

SH : mari bersukan untuk kesihatan bersama. futsal jom futsal!!! hoho

Wednesday, August 31, 2011

Perihal SMS Raya


1st of all, Selamat Hari Raya diucapkan kepada sapa2 je yang menyambut hari raya ni.x lupa jugak Selamat Hari Merdeka yang ke-54 diucapkan kepada sume rakyat Malaysia.

okey, kalau hari raya, memang x sah kalau korang x terima SMS raye kan? nak terima kad raya, memang payah r. sape la yang rajin nak mengepos2 kad raya zaman skang ni kan. kalu ade pon stakat sekeping dua jek. itu pon dari kedai Jati Ah Meng sebab mak korang pelanggan setia yang beli perabot tiap2 tahun kat situ. xpon dari kedai Cermin Mata Melya Jandi, sebab korang pernah sekali beli spec kat situ dulu. kira orait la tu diorang still ingat nak hantar kat customer. kalu xde kad raya, xde hal la kan, macam la xleh raya...rilek suda, SMS kan ada. fesbuk lagi. twitter lagi. macam2 lagi lah.

kali ni aku nak story pasal SMS atau mesej raya. memang la x same feel dapat SMS raya ngan feel dapat kad raya. kalu dapat kad raya rasa cam orang2 terpilih jek. bukan senang orang nak ingatkan kita, rajin pulak nak menulis karangan bjela2 ,pastu nak naik moto gi pejabat pos lagi. time consuming sume tu. lagi 2-3 hari nak raya, posmen da ponnn2 pinnn2 kat depan gate umah, excited giler nak g ambik. sanggup tinggal remote Astro, x sabar nak buka sampul nye pasal. pastu gantung kat dinding, bru nampak cam ramai peminat. sekali bukak, tengok2 " From Ah Meng : Hepi Merdeka n Celamat Hali Laye!". haeh, da macam xde orang lain nak hantar. eh, bukan aku cakap nak story pasal SMS ke td? haha, sori2. k, sambung balik.

aku rase la kan, kalu hantar SMS raya ni, dia punya level atau tahap keikhlasan tu da macam rendah sket. sebab ape? bese nya kalu hantar SMS ni, mesti nak cari SMS paling lawak, paling panjang atau paling pelik, siap de bintang kelip2 lagi tu. da abis compare, baru send. yang x patut nya, sampai lupe nak tulis Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.so niat sebenar nak wish n mintak maaf tu macam x sampai jek. lagi 1, mesej2 raya ni kompem2 yang forward mesej punye kan? bukannya ikhlas dari hati. tunggu SMS dari member2, agak2 ada yang best, forward kat member lain pulak. last2 pusing2 situ jek. so, sejujurnya, kalu dapat mesej pantun yang panjang2 ni, aku juz baca part selamat hari raya n part minta maaf jek, mukadimah tu x bace sangat coz asik dapat yang same jek. haha

next, ni problem bila nak send mesej. da siap edit sume, tapi time nak pilih nombor, da mula pening. 1 name ade sampai 5-6 nombor. fuh, dia ni ade bape banyak enset? kalu pakai sume line maxis, celcom, digi, u mobile sekali gus pon, baru ade 4 nombor. xkan la dia ni kerek sangat sampai sume line nak pakai. banyak scandal ke pe? x kisah la kan tapi tolong la up-to-date kan nombor terkini korang tu kat member2. kesian kitorang, xkan sume skali nombor tu nak try-n-error. sorang 4 nombor, kali pulak 500++ member kat dalam phonebook, xke gile tu...

next, sume 5-6 nombor tadi da hantar SMS. kalu delivered tu kire okey la kan, sampai jugak hajat, tapi kalu 1 nombor pon x sangkut ape cer? rasenye la, 15.693% mesej raya yang aku send malam raya hari tu memang x delivered. nak salahkan diorang x bleh jugak. pikir positive. maybe salah aku jugak x up-to-date kan nombor diorang. tapi maybe jugak salah diorang dah tukar line baru x reti2 nak bitaw member2. taw la loaded nak pakai 4-5 enset, sume line ade. bese la tu, scandal ramai, mesti kena pandai cover ye dok? ahha

selain tu jugak, maybe diorang lepak kat kawasan low network coverage. susah nak contact, sebab tu mesej x delivered. hari ni send, lusa baru sampai coz lusa baru klua dari kawasan kampung tu. ok la tu, janji mesej sampai. tapi ade lagi 1 kes, aku hantar mesej raya kat member aku, Dani, tapi yang reply plak... "Thanx Shafiq, Sue pon nak wish Selamat Hari Raya jugak!". aik, bile mase pulak nama dia jadi Sue? sape Sue? kalau nak kata silap nombor, boleh pulak dia reply layankan mesej tu ek, siap ade name aku lagi. haha maybe member dia pon ade name Shafiq kot...

orang yang x dikenali reply mesej lagi okey dari orang yg dikenali tapi langsung x reply. ceh, penat2 aku mesej, ade yang wat dekkkk jek. ala, mesej awek2 bukannya tanda aku nak ngorat korang pon. ni kan hari raya, so nak wish raya pon salah ke pe? xyah la nak bajet hot sangat, tunggu orang lain mesej minta maaf dulu baru kita nak reply. kita ni patut nya ingatkan member2. pesalahnya rendah diri nak start dulu kan.

so, kepada yang x dapat contact ikut enset tu, kita contact je ikut fesbuk, senang sket. bila2 diorang nak online tu suke hati lah. lastly, nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir Batin kepada sume yang mengenali aku. yang x kenal pon same jugak. x kira la kat mana korang berada pon, ni ade 1 kad raye special untuk korang k. cekidaut!


SH : kad raya tahun lepas tu same cam profile pic fesbuk aku tu hah ...Yoona tu beb! hehe 

Friday, August 26, 2011

Malaysia 2011 : Merdeka xde feel la


ramai yang buat entry pasal puasa, pasal raya kan. berapa kerat sangat la yang buat entry pasal Hari Merdeka tahun ni? standard la tu, semangat patriotik nak sambut merdeka tahun ni agak kureng skit coz ramai lagi syiok nak sambut raya. mana x nye, 31 Ogos jatuh pada 1 Syawal, memang la orang lagi nak sambut raya, nak wat cane kan.

sepanjang aku drive balik kampung kat highway PLUS petang semalam pon da nampak sangat semangat merdeka tu xde. seingat aku la, TAKDE sebijik pon kete yang letak bendera Malaysia kat cermin. xyah cakap orang, aku sendiri pon x letak. ntah ler, xde feel la tahun ni. x macam dulu2. mase kecik dulu, memang tiap2 tahun aku kompem letak bendera kat basikal BMX aku, g pusing town. agak2 x puas hati, malam aku ngan member2 g rembat bendera yang diorang letak kat sepanjang tiang lampu tu. sanggup panjat, janji bendera aku lagi besar. haha itu zaman skolah punye cite. time tu xde fikir salah x salah, janji merdeka meriah. semangat oh!

aku rasa la, kalu aku tanya korang ape tema Hari Kemerdekaan tahun ni tanpa korang search Google dlu, bleh jawab? sah2 x bleh. sebab ape, sebab aku sendiri pon search kat sane. haha ok, soalan simple sket, bleh jawab dalam masa kurang dari 3 saat, korang terer. da berapa tahun kita merdeka? 53! ya salah, tahun ni dah kali ke-54 la. okey, aku terer coz aku jawab dalam masa 1.385 saat. haha

okey, tahun ni punya tema ialah "1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera". apa yang transformasi, ape yang sejahtera, lu pikir la sendiri. sori, aku x minat cite bab2 politik. yang pasti, tema xde kena mengena dengan movie Transformers yang semakin ntah pape tu. ahha, ni ade 1 pengumuman :

KUALA LUMPUR — Sambutan Kemerdekaan ke-54 negara ditunda kepada 16 Sept, serentak dengan sambutan Hari Malaysia.
Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata keputusan itu dibuat berikutan tarikh kemerdekaan jatuh pada penghujung Ramadan.
“Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan membuat keputusan (16 Sept) sesuai berikutan ia adalah juga tarikh Hari Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2011 di sini, hari ini.
sumber : mynewshub
SH : merdeka2 jugak, misi kutip duit raya jangan lupa k! huhu MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tuesday, August 23, 2011

Bila Artis Luar Negara Nyanyi Lagu Raya

bosan nak tunggu buka puasa yang lama lagi ni? bagi yang tengah lepak kat ofis tu, tawu la big boss korang x masuk ofis hari ni kan, patut la lepak je...yang kat rumah plak, xkan still membuta kot? bawak2 la bangun tido, xkan puasa korang nak isi dengan tido je.nak makan minum x boleh, so layan2 lagu raya pon syok pe.. tambah2 pulak raya da nak dekat, lebih kurang seminggu jek lagi. so x salah rasanya kalu ada yang da ambik mood raya skang ni. kalu korang pegi shopping baju raya, kompem2 kat kedai sume tengah layan lagu raya, xkan lagu Peterpan pulak?

bagi aku la kan, lagu raya yang dulu2 lagi syok layan dari lagu baru atau lagu lama yg dibarukan semula skang ni. bukan apa, lagu lama ni best oh! dia nya feel tu lain macam. evergreen, x boring kalu dengar banyak2 kali. lagu baru pon ade yang best jugak tapi x se-catchy lagu lama r. lagu yang di-remix kan balik pon same, kadang2 tune dia lari trus dari lagu asal. so, aku fikir, lagi best layan lagu lama dari lagu baru. itu pendapat aku la kan, xtaw la korang macam mana pulak. xde salahnya pon. janji layan lagu raya. tapi, pernah ke korang bayangkan camne kalau lagu2 kita dinyanyikan balik oleh artis2 luar? kalu x pernah, jom kita bayangkan...

*kemahiran mengingat tune asal lagu raya dan kemahiran membayangkan suara penyanyi baru amat dititik beratkan untuk entry kali ni*

  1. Suasana Hari Raya (nyanyian asal Anuar Zain dan Ellina) - bayangkan Justin Bieber dan Selena Gomez. sorang pakai baju melayu cekak musang, sorang pakai baju kurung tengah kacau dodol. sweet n sweat kan?
  2. Dendang Perantau (nyanyian asal P.Ramlee) - bayangkan Usher dengan spec hitamnya dalam video klip hitam putih olskool. tengah nangis kat tepi tingkap coz x dapat balik raya kat Kampung Melayu Subang, tiket flight x sempat nak beli.
  3. Seloka Hari Raya (nyayian asal Uji Rashid dan Hail Amir) - bayangkan Eminem dan Rihanna wat video klip ni kat area pokok2 lampu kat I-City. wah, meriah kaler!
  4. Lebaran Ini (nyanyian asal Ajai, Raihan, Rem, Nowseeheart) - bayangkan kolaborasi boy band bergabung meletop zaman2 90-an iaitu Backstreet Boys, Westlife dan N'Sync. video klip macam yang asal, cuma tambah diorang tengah separate duit raya sesame sendiri, salam2 minta maaf sampai nangis2. mesti sadis kan?
  5. Bila Takbir Bergema (nyanyian asal Rafeah Buang) - bayangkan Lady Gaga nyanyi part ni..."bangunlah anakku, pakai baju baru, kawanmu semua telah pun menunggu~ dapatkan ayahanda,sujud di kakinya, serta jangan lupa, nendamu kedua~" sambil berkemban,pimpin tangan anak beliau, bawak gi mandi kat perigi belakang rumah kat kampung.
  6. Ku Pohon Restu Ayah Bonda (lagu asal Mamat Exist) - bayangkan Jay-Z yang ala2 hik-hok hik-hok tu tengah melutut nangis kat kaki mak beliau, minta ampun sebab derhaka  x kahwin dengan menantu pilihan mak nya. ish2, x ptut budak ni.
  7. Cahaya Aidil Fitri (nyanyian asal Black Dog Bone) - bayangkan versi orkestra, disampaikan oleh Black Eyed Peas. x jauh bezakan? black2 jugak pe. mmm cane lah rupa Fergie pakai shawl ek. macam Heliza Helmi agaknya... 
  8. Suatu Hari Di Hari Raya (nyanyian asal M.Nasir) - 1 jek nak bayang, cane la agaknya bila  Adam Lambert tarik part "ku gembiraaaaa~". mesti feel habis sampai nangis2. sob3
  9. Ayah dan Ibu (nyanyian asal Sudirman) - aku x sanggup nak bayangkan camne Chester Bennington, lead vocalis Linkin Park tu melukut di tepi gantang sambil nyanyi lagu ni. haha aku plak nak nangis mengenangkan nasib beliau.
  10. Dari Jauh Ku Pohon Maaf (nyanyian asal Sudirman) - kali ni Chris Daughtry plak mencuba. nasibnya sama seperti Usher. x dapat pulang ke Kokdiang disebabkan ade final exam. kejam betul tempat study dia ni.
  11. Balik Kampung (juga nyanyian Sudirman) - untuk lagu hepi2 ni, mari bayangkan Avril Lavigne melompat2 dalam kete, excited drive balik kampung nak jumpa ibunda dan ayahanda kat Pontian. oh, orang Johor rupanya! haha sekampung ngan member aku, Ismail Sanin. 

SH : 11 lagu hits, cukup untuk dimuatkan dalam 1 album kompilasi lagu raya tahun ni. kompem laris! kat atas ni cover album dia. maw beli? haha =)


Sunday, August 21, 2011

Interview Ramadhan bersama Lionel Messi


SH : haha... Messi pon puase!

Attention to budak FINAL year

sape dak final year kat sini, angkat tangan? 1,2,14,20,53,86...uih, ramai gak. da macam 1 batch aku dah. haha memang ramai pon coz tahun ni merupakan final year bagi budak2 batch aku kt UiTM Shah Alam ni. xtually entry kali ni aku lebih focuskan kat sesape jek yang berstatus student, x kira la kat mana pon korang study, yang penting tahun ni tahun akhir korang sebagai student. yang kira2 nak sambung further study tu lain cite lah. nak sambung master ke, PhD ke, ske hati. aku respect je kat korang yang still rajin n kuat semangat nak sambung memerah otak. kepada yang still study pon ok je nak usha entry ni...

ok, kepada budak final year, diulangi, kepada yang final year ye, sedarkah korang :

  • tahun ni tahun terakhir bagi korang memegang status sebagai student? pasni kad matrix / student card korang da x valid taw x? ye, memang betul 1 tahun = 2 sem. tapi setahun tu bukannya fully 365 hari korang jadi student. tolak cuti sem, tolak cuti raye, tolak MC sume? ade la dalam 9-10 gitu je kot. so, janganlah ponteng kelas. time is priceless dude, convert it as a nice memories! 
  • memori ini xkan berulang kembali bila anda da nekad nak stop study? feel makan cekedis sambil study  dalam kelas, tido bawah meja, twit2 bila study pon 1 ape x paham, meluahkan perasan dengan melukis kat meja study n whiteboard, snap gambar member yang kantoi tido atau tengah korek hidung, smoking kat atas bangunan faculty, lari2 dalam lecture hall, lepak online kat bilik study sampai ke pagi, lepak kat cafe sambil copy assignment, salin formula atau note kat casing calculator.
  • pasni da x dapat live under one roof. kalu pasni ade yang dapat kerja kat tempat yang same, maybe la kebarangkalian korang duk 1 rumah tu masih ada. tapi, ingat senang ke 10 orang housemate nak apply keje kat office yang same? sorang nak minta keje pon punya lah susah skang ni. so, ini lah tahun akhir korang bleh lepak same2 dalam 1 bilik kolej atau dalam 1 rumah sewa. bukan ape, duk same2 ni senang. senang nak study, senang nak g main futsal, senang nak g karok, senang nak lepak malam2. sumenya senang lah senang cite kalu compare duk asing2 kat tempat lain. pasni korang da x dapat nak main DOTA 1 rumah ramai2, x dapat nak main Counter sbelah2 ramai2, x dapat nak gelakkan member yang x score masa main PES, x dapat nak tolong rosak kan status update Facebook member yang tinggal laptop terbuka camtu jek, x dapat nak kantoikan mesej jiwang dalam handset member, x dapat nak tengok wayang ramai2 kat laptop, x dapat g kelas same2 merempit ngan moto pastu time balik kelas race sape sampai dulu. 
  • korang da x dapat nak wakil faculty dalam mana2 tournament kat dalam ni. nak kecik kan scope, korang da x dapat nak wakil kelas korang untuk join tournament anjuran faculty masing2. bayangkan, korang dalam final match untuk tournament futsal. penentuan sepakan penalty. anda orang terakhir yang mengambil sepakan. nasib pasukan di kaki anda. peluh menitis hingga ke dagu. sorakan awek2 di luar gelanggang menambah semangat, "come on Sapik, u can do it! go go go!" pastu "Sapik, we believe in u! make us proud!" pastu lagi "Sapik, please score it for me!!!" pastu tetibe "Sapik, u score, kita kapel! i lap u Sapik!" rrr?? dah2. berangan plak. sambung balik. dengan lafaz bismillah, mulakan langkah kanan, kemudian shoot dengan tenang. dup dap dup dap...*slow motion bola tu bergerak* dan...GOALLLLLLLLL!!! hoho heaven kan? kan kan? ahha 'market' tu beb! 
  • tahun ni merupakan Ramadhan terakhir korang sebagai student? tahun depannya Ramadhan korang da x bleh nak sahur ramai2 ngan roomate or housemate korang kat kolej or rumah sewa. xde lagi menu sahur nasi putih + telur mata + kicap n cili sos. xde lagi menu sahur dengan maggi cup. xde lagi sahur dengan air mineral jek. mungkin next time kat office plak atau pon kat kampung dengan family. atau mungkin dengan family anda sendiri?? sape taw kan kot2 da kawin kan... haha so, mase yang ade ni, jom la kita berbuka bersama kawan2. gi jalan kat bazar Ramadhan same2. wat BBQ kat tepi tasik seksyen 7 tu ke... bile lagi kan...kan kan
SH : "elleh, macam la lain kali xleh buat..." fine, memang la ada yang kita still bleh buat bila zaman da keje nanti. tapi, same ke feel dia macam zaman study? MEMANG X LAA.... study merupakan zaman yang best kot. jangan sia2 kan k...chill la, enjoy ur life! =)