Friday, January 27, 2012

Bogel Menuju Tuhan


Jangan terpedaya dengan tajuk entry kali ni. sememangnya post ini untuk tatapan Umum (U) dan bukan 18SG, 18PL mahupun 18SX. Bogel Menuju Tuhan, saja letak tajuk tu coz itulah novel (novel ke? tak jugak) pertama yang aku beli (novel SPM tak kira okay) dengan rela hati. Diulangi, dengan RELA HATI. Terima kasih 'kerajaan' Malaysia yang sungguh baik hati menyumbang Baucar Buku 1 Malaysia secara percuma kepada penuntut IPT. Budak-budak sekolah dah dapat RM100 tunai, sila diam. Duit kerajaan mahupun 'duit rakyat' sendiri bak kata Akmal, terpulanglah. Itu hal politik, sila jangan berpolitik disini, maksud aku, di blog ini. Rezeki jangan ditolak, jangan banyak songeh. Ambil baucar dan habiskan sudah, settle. Percuma, sebab tu aku panggil shopping buku dengan rela hati dan senang hati.


Actually, dah banyak orang buat post pasal entry baucar ni. Ikutkan hati, aku pun dah boring nak buat. Tapi aku rasa patut jugak aku ceritakan dari sudut pandangan aku sendiri. RM200, bagi aku la, banyak tu. siapa nak kasi free-free banyak tu kan. Tak perlu kot aku cerita asal-usul baucar ni coz semua dah tahu. Mmm...okay, hari ni aku berjaya habiskan separuh dari tu. Kerajaan suruh beli buku-buku ilmiah, aku bantai buku komik, buku yang mengarut, jauh menyimpang dari buku pelajaran. Kira okay lah aku gunakan ikut cara yang sah dari aku gunakan cara yang salah. Dengar-dengar dah jadi kes polis bila baucar-baucar ni dah mula dijual dengan harga yang murah. 
Siap letak kat Mudah.my pon ada. 

Pada pandangan aku, maybe pelajar semester akhir ni dah tak banyak sangat buku nak dibeli. Bagi pelajar lelaki macam aku ni lagi lah, kalau boleh buku nota, buku rujukan semuanya nak fotostat je. Bukan apa, murah satu hal, pastu guna buku tu tak sampai satu semester. Itu aku la, korang aku tak tahu. Tapi tak semua buku macam tu, ada jugak yang boleh guna sampai dah kerja nanti. 
Ilmu kan tidak luput ditelan zaman... ceyyy, bermadah pulak. Heh! 

Dari beli buku rujukan yang mungkin jarang dipakai, lagi bagus kalau beli peralatan menulis. Beli highlight banyak-banyak contohnya. Woo...penuh berwarna-warni lah nota aku sem depan! Tapi orang gila pun tak la gila nak habiskan RM200 tu untuk beli highlight je. 
Itu kerja gila. Maksud aku, berpada-pada lah. 
Belilah benda lain jugak. Haeh... -.-'

Bila dengar cerita baucar ni boleh ditukar dengan wang tunai kat bank, aku pun teruja jugak sebenarnya. Yelah, RM200 kot, paling kuman pun boleh la angkat kasut futsal Joma sepasang, siap ada balance lagi. Tapi bila sendiri dah dapatkan kepastian dari pihak bank, sememang nya TAK BOLEH tukar baucar dengan cash. So, nak tak nak, terpaksa la habiskan voucher tu sebelum expired bulan Mac 2012 ni.


Memang jarang fenomena pelajar lelaki masuk kedai buku beli buku sampai RM200. Tapi baucar punya pasal, penuh MPH, Popular semua tu. Honestly, memang aku jarang beli buku, apatah lagi beli novel. Bagi perempuan memang heaven la kan boleh habiskan untuk beli novel. Aku dan novel? ibarat Pokemon dan Digimon, memang jarang sangat bertegur sapa. Tapi nak habiskan baucar punya pasal, saja aku try beli novel. Fikir punya fikir, tetiba terlintas novel Zahiril Adzim kat depan mata. Memang laku, tinggal satu je kat kedai ni. Memang rezeki aku kot, rembat saja lah. Dan memang aku minat beliau sejak kali pertama tengok lakonan beliau dalam KAMI. Pernah jugak dengar pasal buku ni sebelum ni, sebab tu aku ambil je lah sementara stok masih ada.

First novel, gotcha!

Masuk kedai seterusnya. Terang-terang ada notis kat kaunter, 'CD-Rama boleh ditebus dengan Baucar Buku 1Malaysia'. Wallaweh, terus aku usha cd-cd yang ada kat situ. Nak je aku rembat CD ori kat situ, alang-alang 'duit free' masih banyak. SNSD, Super Junior, semua K-Pop ada. Itu tak termasuk koleksi Pokemon, Naruto, Dragon Ball Z lagi. Tetiba terfikir pulak, kalau dah ada benda macam ni, memang ramai la yang tak beli buku untuk belajar. Lantaklah, nawaitu masing-masing. Aku terus blah ke tempat buku-buku, alat-alat tulis, beg, macam-macam lagi lah. Alat elektronik ada la sikit. Bak kata Mat Toit, 'kalau sini ada jual Digimon, dah lama aku beli!'. Memang dah bajet tak nak habiskan baucar hari ni sekali gus, aku cukupkan RM100 hari ni dengan komik-komik je. Komik memang hot stuff. Nak diikutkan pemerhatian, rak komik paling clear, out of stock. banyak buku dah habis compare dengan rak buku ilmiah, apatah lagi rak buku agama. Tak payah cakap, itu lumrah yang semua orang tahu. 

Siap menghabiskan RM100 dalam masa tak sampai sejam, aku blah, keluar dari kedai. 
Terima kasih 'kerajaan'!

SH : lama sangat baucar tu dalam wallet, 
sebab tu ada kedut-kedut sikit. 
walau kedut, nilainya tetap tak berkedut. 
jangan lupa bawa i.c. 
Akhir kata, happy shopping! =)


No comments: