Saturday, January 28, 2012

Perempuan dan Shawl


Banyak betul iklan pasal shawl kat timeline facebook ni. Disebabkan shawl ni asik lalu jek depan mata bila scroll timeline, teringat pulak pada seorang perempuan bershawl, duduk di sebelah aku time naik bas dari Shah Alam ke Segamat tempoh hari.

Last week, aku decide nak balik rumah jugak memandangkan agak boring stay kat rumah sewa Shah Alam tapi housemate semuanya balik kampung. Mati akal aku bila duduk sorang-sorang takde member ni. Tak lama, dalam 4 hari camtu je. Sekejap sangat balik, better naik bas dari drive kereta sendiri. Baru RM20.50 tiket. Kalau kereta, fikirlah sendiri kos minyak kereta, duit tol, pastu jammed sempena Tahun Baru Cina lagi. Sekali balik, paling kuman ada la dalam RM50 jugak. Okay, kita naik bas!

Ikutkan pengalaman kalau balik Johor naik bas dari Shah Alam, memang jarang bas penuh. Nak duduk mana-mana pun boleh, tak perlu ikut seat number kat tiket. Bila cuti panjang je ramai yang berebut nak naik bas. Bila bas penuh, terpaksa la duduk ikut seat yang betul. Time ni memang mengharap sangat tak dapat jiran sebelah yang gemuk, bawa banyak barang, mat indon, mat bangla atau mat-mat warganegara selain dari warganegara Malaysia. Kalau dapat seat sebelah awek, kira bagus lah. Untung-untung, boleh berkenalan. hehe

Jangan risau, berdasarkan pengalaman jugak, aku memang jarang bertegur dengan orang sebelah. Tak kisah la awek cun macam mana pun, aku buat hal sendiri je. Masuk bas, cari seat, duduk, pakai earphone, tidur. Sama jugak macam kes balik kampung hari tu. Ditakdirkan seat aku sebelah perempuan yang sesuai diberi panggilan awek dari panggilan wanita. Okay, awek ni ada iras-iras blogger Cik Tasha Merapu. Lagi satu persamaan diorang, awek ni pun pakai shawl yang pelik-pelik sama macam blogger ni jugak. Maksud aku, shawl pelik-pelik sebab bila pakai kena pusing belit-belit kepala. Aku tengok pun macam rimas.

Kisah dia macam ni. Bila masuk bas, check tiket, pastu aku duduk je la kat seat sebelah awek ni. Dah terpandang, senyum la sikit. Sikit je, tak banyak. 5 minit pertama, dia tengok skrin handset. Aku syak dia ni mesti nak betulkan mekap. Fine, perempuan kan, normal lah tu. 5 minit kedua, dia tengok skrin handset lagi. Kali ni betulkan shawl pulak. Aku syak pin shawl dia tercabut kot, sebab tu kena betulkan. Fine, perempuan kan, normal lah tu. 10 minit seterusnya, sekali lagi dia tengok skrin handset sambil bukak shawl pastu pasang balik. Aku dah syak semacam, apa hal minah ni? Bersangka baik itu perlu. So aku syak maybe dia tak selesa dia gaya shawl yang tadi kot, sebab tu nak tukar. Fine, perempuan kan, normal lah tu. Dah masuk PLUS Highway, aku pakai earphone, pasang MP3, pakai shades, bajet macam tidur. 15 minit selepas tu dia betulkan shawl lagi. Eh, dia ni biar betul. Aku syak, dia ni baru first time pakai shawl agaknya? Excited mungkin dapat shawl baru dari someone? Atau pun tengah cari idea nak buat video tutorial nak pakai shawl macam blogger-blogger sekarang? Fine, perempuan kan...tapi normal ke kalau dah sampai camtu sekali gayanya?? ahha itu korang sendiri nilaikan.

Apa pun, aku respect jugak kat dia coz tegar dan bersemangat membetulkan shawl. Rasanya, lebih 20 kali kot dia betulkan sepanjang 3 jam perjalanan hari tu.

SH : Persoalannya, perempuan memang macam ni heh?

4 comments:

Halimatun Sa'adiah said...

hahahaa...mist die 1st time pkai tu..x sedar yg die sedang diperhatikan..huhuuu

Schafiq Hasyriq said...

masih musykil memikirkan persoalan itu.mmm

Anisillani said...

ko ad tgk ak betul2 tudung ke shawl smpai 20 kali ke..? =_="

Schafiq Hasyriq said...

ini orang lain daa... -.-'