Thursday, August 2, 2012

Cheat To Win!

WARNING : ENTRY PANJANG. KALAU LARAT, BACA LA SAMPAI HABIS. KALAU TAK, SAMBUNG BACA ESOK PULAK. KEHKEH


Korang pernah meniru dalam exam? Kalau langsung tak pernah, tahniah diucapkan. Kalau pernah terkantoi, takziah diucapkan. Sempena dah habis study dan musim exam pun dah habis ni, rasanya best kalau cerita pasal trick-trick meniru dalam exam. Diingatkan disini, post entry kali ni bukanlah aku nak mengajar korang cara untuk meniru mahupun menyuruh korang untuk meniru. Sekadar pandangan dan renungan untuk dikongsi bersama...Kalau sendiri kantoi tu, pandai-pandai la korang settle dengan lecturer atau orang yang jaga exam tu. Pepatah pun ada menyebut, "Pandai-pandai la nak hidup". So, sendiri buat sendiri tanggung. Sebelum korang terlanjur cinta lebih jauh dengan entry kali ni, aku nak bagitau sikit, actually entry ni dah berkurun lama dah siap, saja aku hold tak nak post dulu sampai la aku dapat result sem 8. Bukan apa, kot-kot ada yang tersangkut, kena repeat, segan pulak ye dak. ahha papehal, syukur Alhamdulillah. aku pass.

Personally, bagi aku, tak susah pun nak meniru ni. Semuanya bermula dengan nawaitu korang sendiri nak jujur atau tak. Biasanya trick dilakukan bila dah terdesak, terutamanya bila masa dah suntuk untuk study. Mana sempat nak hafal semua dalam masa yang singkatkan. Tapi salah korang jugak, suruh study prepare awal-awal tak nak, last-last minit baru gelabah sampai tak nak tidur. Fine, itu peringatan untuk diri aku sendiri jugak okay. Actually ada banyak trick atau cara nak meniru dalam exam hall ni. Lelaki, perempuan, masing-masing ada advantages diorang sendiri. Disini aku just nak highlight berdasarkan pengalaman sendiri je la. Ye la kan, study dari zaman tadika sampai dah masuk U, dari exam UPSR, PMR sampai SPM, tak kan la tak reti-reti lagi ye dak?

First thing yang paling penting ialah perfect-timing. Kalau tak kena dengan masanya, macam mana nak buat projek ye dak? Second thing is self-preparation. Korang ingat orang yang buat kerja camni tak prepare langsung ke? BE SMART. Buat benda negatif ni la sebenarnya perlukan preparation yang lagi lebih dari buat benda yang positif tahu. Nak rompak bank, korang tak boleh main masuk je ikut pintu depan pastu minta duit 1M dengan kakak yang jaga kaunter tu. Silap-silap korang yang kena gelak nanti. Nak rompak bank lagilah memerlukan perfect plan. Sini aku bukan nak cerita cara nak rompak bank. Rasanya better korang usha movie Taken, lagi mujarab aku rasa.

Berbalik kepada isu perfect-timing dan self-preparation kita semula. Aku cite perfect-timing dulu lah ye. Biasanya waktu yang afdal dan tawada' untuk buat project ni adalah pada minit-minit awal dan bukanlah di minit-minit akhir. Banyak kesalahan student disini ialah tertukar antara dua time ni. Ramai yang anggap minit awal ni tak selamat. Tengok rezeki masing-masing jugak lah kan. Back to basic sebelum masuk exam hall, untuk langkah awal, student patut datang paling awal waktu exam untuk pilih port yang paling sesuai. Biar muka korang selalu dicop sebagai student yang hari-hari datang lewat ke kelas, tapi cuba hari exam ni, korang yang paling awal. Beratur paling depan sekali, kalau boleh depan pintu exam yang masih tertutup tu. Bukak je pintu, pilihlah tempat yang paling selamat. Aku rasa paling best duduk area tepi tingkap atau tepi dinding. Sebabnya, kita hanya perlu protect 1 angle sahaja iaitu side tepi. Kalau duk tengah kan payah sikit nak cover dua-dua belah angle kiri kanan. Tidak pula aku syorkan duduk barisan paling belakang. Sebabnya, kebiasaannya pengawas bertugas selalu lepak kat situ. better pilih meja 2 atau 3 baris dari belakang. PENTING, PILIH PORT DISEBELAH MEMBER YANG BOLEH MEMBANTU, BUKAN DIA PULAK BANTU MENYUSAHKAN KORANG.

Kebiasaannya, paper exam dah siap diatur atas meja sebelum korang masuk hall tu lagi. So, kat situ korang dah boleh grab beberapa soalan kemudian tanya member sebelah. Semasa pengawas briefing pasal peraturan exam, time tu korang still ada time nak tanya orang sebelah tapi cover-cover la. Contohnya buat-buat tanya siapa nama lecturer? bila tarikh hari ni? mak sihat? siapa score game Man U lawan Kelantan semalam? contoh la tu. Selepas pengawas briefing, diorang akan kutip attendance slip kat meja-meja student. Lepas je lalu kat meja korang, sure dia tak pandang belakang sebab busy check slip student lain pulak. see? banyak kan masa? Dilarang untuk buat project selepas diorang abis kutip slip tu, sebab time tu mata diorang baru start nak melilau tengok student. Korang hold dulu, hold dulu, buat rilek je, jawab yang mana boleh dulu. Takkan selamanya pengawas nak tengok student, exam 3 jam, confirm ada time untuk korang. Pandai-pandailah kan. Untuk minit-minit akhir pulak aku rasa jangan la buat projek ni sebab kebiasaannya time ni pengawas paling berjaga-jaga. Risiko untuk kantoi tu lebih tinggi time ni. Tambah pulak kalau muka korang nampak gelabah sebab masa dah nak habis. Kalau tak pro, better jangan buat.

Untuk bab self-preparation pulak, seperti yang aku highlight kan kat atas tu, kena la solid. Jangan sampai kantoi. Seboleh-bolehnya korang study lah sikit, biar ada basic untuk subjek paper exam tu. Jangan gamble langsung tak tahu. Paling tidak pun korang tahu soalan tu tanya dalam chapter berapa, sub topic yang mana. Bukan apa, senang untuk korang cari kat area mana korang simpan note untuk soalan tu. Short note atau small note yang korang tulis dengan tulisan Times New Roman size berapa kecik pon aku tak tahu, dah la takde spacing, perlu disimpan di tempat yang selamat. Sebab tu pemakaian jacket, sweater mahu pun baju lengan panjang amat famous dikalangan candidates. Sejuk katanya aircond dalam exam hall...ceh, padahal penuh khazanah alam dalam baju. Bagi aku la, tak berapa selamat sebenarnya simpan note dalam baju sebab kalau pengawas rasa curiga (sori, aku takde word nak ganti word 'curiga' yang skema ni), confirm diorang aim dalam baju. So, better simpan dalam pocket belakang seluar jeans, pastu keluar kan letak kat seat bila dah duduk atau pun bila keadaan kembali aman. Sebaik-baiknya, keluarkan yang mana perlu sahaja. Sebab tu penting awal-awal lagi dah check soalan atas meja, lepas tu korang boleh set note mana yang perlu dikeluarkan. Oh ya, JANGAN LUPA STUDY SHORT NOTE yang korang buat tu, jangan pandai tulis je. Korang mesti tahu flow note tu ikut susunan korang sendiri.

Selain tu, untuk subjek yang pakai calculator jugak ada advantage. Biasanya pengawas akan arahkan korang untuk letak cover belakang calculator kat tepi meja, korang layankan aje lah. Takde hal untuk itu sebab korang sebenarnya boleh salin note kat belakang calculator dan jugak kat celah-celah button. Penggunaan mechanical pencil atau shaker bermata kecik dan lead yang sesuai amat penting untuk memastikan tulisan senang dibaca dan sukar terpadam bila bergesel. Nak tulis apa? Jangan la buat essei pulak. Cukup lah sekadar formula atau keyword yang penting-penting je. Lepas dah guna formula atau keyword ni, terus padam untuk langkah keselamatan. Kiranya macam hapuskan barang bukti lah kan. hehe...Selain calculator, boleh jugak tulis kat slip exam. Tapi aku x syorkan sangat la, mudah kantoi. Mail Sanen selalu la buat. opss..haha. Korang jugak boleh try pergi ke tandas untuk checking note yang korang dah buat atau korang simpan dalam tandas, mungkin. Tapi pantang larangnya korang hanya boleh guna talian hayat ni sekali je, kalau da berkali-kali ulang-alik ke tandas, confirm la kantoi.

Teringat pulak kat member aku sorang, Ali Sadiq namanya. Beliau ni selalu bawa makanan dan minuman masuk exam hall. Bukan kecik-kecik punya makanan macam coklat atau gula-gula, tapi terus bawa KFC! 1 plastic penuh dengan burger, roti, air siap. Advantage? mungkin...macam-macam beliau boleh buat. hehe Okay, last, apa guna ada handset mahal-mahal tapi tak guna kan. Nama smart phone, so kena la gunakan secara smart. Setakat application dan widget untuk baca PDF file tu memang senang untuk didownload. Tak perlulah korang nak snap gambar note lepas tu scroll satu-satu. Dengan adanya PDF reader, modus operandi anda akan menjadi lebih smooth dan pantas. Prepare file siap-siap kat rumah sebelum dibawa ke medan pertempuran okay! hehe

Actually, banyak lagi trick lain, tapi just ini je aku sempat highlight kan. Kang lagi panjang entry pulak (ya, actually aku dah malas nak menaip). Kalau korang ada trick yang lagi best (dari pandangan seorang perempuan mungkin?), boleh la share-share sekali. hehe Oh ya, untuk rekod, so far, tak pernah lagi kantoi. syukur gila baq hang. hehe. Hopefully lepas-lepas ni pon okay lah kan. Diingatkan sekali lagi, aku tak ajar korang untuk tiru trick-trick ni. Just suka-suka je. Aku sendiri pon bukan selalu sangat buat, kadang-kadang je. Selebihnya aku usaha sendiri, struggle dalam study sampai tak cukup tidur untuk jawab exam dengan sebaik-baiknya. Semasa exam, jangan lupa doa kepada tuhan, perah otak habis-habis, keluarkan semua idea yang ada. Lepas tu, redha dan tawakal je la. Sejujurnya aku rasa lebih puas hati jawab exam dengan usaha sendiri. Tapi...trick ni pun usaha jugak kan? eh? =p

SH: kalau tak reti, jangan buat. kang kantoi, sendiri menjawab lah. Good luck kepada yang mengambil exam! =D

No comments: