Monday, December 26, 2011

Aku baru 22 tahun.

Assalamualaikum! lama x singgah blog sendiri, selamat x sesat. kalau dah lama x update blog orang kata dah berhabuk, tapi aku rasa kalau blog aku ni concrete, dah lama dah capai grade 35 coz curing lama sangat. x paham? xpe, abaikan. =p

first of all, thanx to everyone yang wish birthday aku hari ni! ikut facebook ada, ikut twitter ada, ikut SMS pun ada. selamat xda ikut surat-menyurat, kalau x kesian cik2 posmen nak rider motor malam2 nak hantar surat korang tuh. hehe

aku rasa ayat excuse ni memang familiar bagi orang yang x update blog. "aku busy". ya, memang aku busy gila. gila2 punya busy. busy pun x gila macam aku. memang busy ah dengan kerja2 student aku ni. sebab tu x sempat nak update blog. okay, aku ngaku kadang2 ada masa free pun memang aku malas nak update. coz masa free tu la aku nak lepak2. maksud aku, tidur nak merehatkan minda dan badan. logik kan? ha'a memang logik. siapa yang cakap x logik tu meh sini aku pukul pakai pembaris plastik 15cm ni. grrr!

dulu masa aku junior2 part 1, part 2, part 3 dulu, aku rasa macam apa lah sangat senior2 aku ni busy dengan FYP diorang ni. FYP je pun. oh ya, kepada siapa2 yang xtaw FYP stand for 'Final Year Project' okay. now aku dah masuk part 7, dah jadi brader2 senior, and dah pun merasa apa itu FYP. seriously, buat menatang ni memang penat. x tidur malam dibuatnya. xtually boleh je siap awal, cuma aku ni jek asik tangguh2 kerja. last2 baru gelabah. selamat la semua dah settle. itu baru FYP1, belum FYP2 lagi. xpe, itu next sem kita cerita. mmm, alang2 dah cerita FYP ni, kalau aku buat entry pasal FYP aku pun orait gak an? haa, nanti lah aku karang. nanti okay. nanti taw. nanti.

hari ni 27th December 2011. oh, aku bukan lagi 21 tahun. dah masuk 22 tahun dah. tua? xla. kalu aku cakap tua, nanti apa orang yang umur 23, 24, 25 apa tah lagi yg umur 60 tahun rasa? mesti diorang kecik hati kan coz lagi tua. haha xtually, dalam happy2 sambut birthday ni, aku rasa cam sedih jugak coz tahun ni last sambut birthday sebagai student. kalau nanti sambung master, ada la lagi title student tu, kalu dah kerja, kan da abis. hoih, x best! aku bajet tahun ni dapat sambut birthday dengan member2 batch kat rumah sewa, tapi apa nak buat, study week sem ni start awal sket. so, ramai la yang balik rumah. x sempat la nak merasa kena prank baling telur, baling tepung, sembur dengan kicap, air sabun n air stokin. haha xpe lah, tunggu tahun depan pulak.

kalau birthday mesti ada hadiah kan? hoho hadiah tahun ni xtaw la dapat apa. x mengharap pun, tapi kalau orang bagi tu ambil je lah kan. rezeki x baik tolak. xtually dapat wish dari korang pun dah cukup buat aku happy, buat aku senyum sorang2 depan laptop. thanx lagi sekali okay! haa, x lupa thanx to MANCHESTER UNITED coz awal2 lagi dah bagi birthday present malam ni dengan kemenangan bergaya 5-0 in the row ke atas Wigan. huhu Glory-glory Man United! ^^v


SH : harap2 da masuk umur 22 tahun ni, berakhirlah sumpahan 'forever alone' dari member2. ceh! =p

6 comments:

irfhad geiger said...

hepi besday :D

Schafiq Hasyriq said...

eh, smlm wish ari ni pon wish lg? ahha ok, tenkiu utk smlm n tenkiu utk ari ni jugak =)

cik_dee said...

hahaha....gediks giler xmo ngaku tua!!!sumpahan???pergh!dasat seyh!xpe2...nt aku sms kt ko mantera nk hilangkan sumpahan tuh,jgn lpe bce taw....insya'allah jika diamalkan 4 ke 5 tahun...mujarab..hahaha!!! =P

Schafiq Hasyriq said...

haha ok2, kalu x jd mantera tu, rasenye sumpahan tu akan pegi kt org yg bg mantera tuh. jeng3 =p

sweetroses said...

haha...terlupa nak wish...hepi belated besday!!! ak pun doakan sumpahan "forever alone" tue berakhir...hahahaha...

Schafiq Hasyriq said...

haha amin...terima kasih nik! =)