Wednesday, December 28, 2011

Sekolah Baru!

sempena tahun baru ni yang dah nak start ni, budak2 yang still bersekolah mesti rasa malas giler nak menapak masuk gate sekolah semula kan. tengok iklan "mari-mari, jom ke sekolah!" dan "back to school mega sale!" pun dah naik menyampah. memang la ada yang semangat, tapi berapa kerat je yang rajin tu. aku dan korang pun pernah bersekolah, so semua tahu rasa nak start sekolah balik tu macam mana kan. mane x nya, dah sedap makan tidur makan tidur tengok cerita kartun, cuti sekolah da lama giler, tetiba nak bangun pagi2, masuk kelas balik, tengok buku? leceh dow.

xtually pagi tadi aku temankan adik n mak aku pergi sekolah baru adik aku coz nak daftarkan adik aku ni. baru pindah Segamat, standard la rasa x best. aku sendiri pun pernah pindah banyak kali zaman sekolah rendah dulu. start darjah 1 sampai darjah 5 sekolah kat Terengganu, pastu darjah 6 pindah Johor Bahru, lepas 4 bulan pindah Muar pulak. sekolah menengah kira okay la coz 1 sekolah je sampai abis form 5. mak bapak polis, standard la kalau kena transfer tempat kerja ni. aku memang x suka duk hostel, so better ikut je family pindah memana. tadi masuk2 je area sekolah tu, tetiba rasa macam nak je balik zaman sekolah semula. lalu je gate depan, pak guard tu dah sound, ingat aku masuk nak merompak agaknya. lepas slow talk, baru la dia senyum2 tunjuk kat mana bilik guru, huh! masa on the way nak ke bilik guru tu, ada la budak2 form 5 tu jeling2. hallamak, ingat aku ni budak sekolah lagi ke apa, abang2 dah nak grade la adik2, x payah la nak buat muka kerek pulak hadoi. dah, lupakan, aku terus jalan dan 'pandang ke depan' bak kata Zoul. tapi kan, memang syok ah bila dapat masuk sekolah ni, feel dia still sama macam zaman sekolah dulu2.

pindah sekolah ni kadang2 ada bestnya jugak. nak2 kalau korang masuk time lambat2 sikit, maksud aku bila sesi persekolahan dah start, agak2 dalam seminggu 2 camtu. kalau dah sebulan 2 dah x best dah. sebabnya nanti korang masuk je sekolah, semua orang jeling2 usha2 korang coz diorang tahu korang budak baru. yela, kalau budak lama mestilah masuk sesame dengan diorang. so, peluang untuk awek2 usha line agak tinggi disitu. so secara tidak langsung awek2 nak kenal2 dengan korang coz diorang tahu korang sure xde kawan ramai lagi.  kalau masuk lambat sangat pun x best, semua dah ada partner, korang pulak yang rasa tersisih nanti.

second thing yang korang dapat ialah RESPECT. nak2 kalau korang dah memang star kat sekolah lama, pastu masuk sekolah baru yang x berapa nak star sangat ni, so korang dengan senangnya akan mendapat respect. budak star, siapa xnak kawan kan. x kisah la korang star dalam pelajaran ke, dalam sukan ke, apa2 lah. kalau korang star gaduh2 atau dah memang top gangster kat sekolah lama, so dengan senangnya korang boleh pegang title abang besar kat sekolah baru. dah nama pon otai pailang, apa nak takut, sure nama korang up kejap je.

biasanya, budak baru ni akan jadi student favourite cikgu kelas. mana2 pergi mesti kena aim. dengan cikgu kena aim, dengan student lain pun kena aim. bila jalan lalu kelas2 lain, semua pandang macam korang jalan x pakai pape. kalau dalam kelas, cikgu tanya soalan, mesti student baru yang kena jawab. apa celaka pun xtaw, asik2 budak baru je kena. maybe masa pendaftaran tu mak bapak dah pesan kat cikgu kelas agaknya, suruh tengok2 kan. nah ambik, memang setiap masa dia tengok! selamat x follow pergi tandas sekali. ingat2 balik, paling syok bila first time masuk kelas, kena diri kat depan kelas, perkenalkan diri. peh, sume ternganga jek dengar. kalau cakap klentong pun diorang percaya jek, bukannya diorang tahu.

kalau korang skema, so better pilih la kawan yang skema. kalau silap pilih member, memang senang nak rosak. dulu zaman aku tukar2 sekolah, selamat dapat member2 yang okay. mana x nya, hari first masuk sekolah dah ada member payung makan. aku x mintak, diorang yang sponsor, so takde hal lah kan. bukan nya dia bagi nasi kangkang ke, letak dadah ke apa. lagi best kalau korang dapat member yang loaded. aku x ajar korang memilih okay, aku cakap kalau je. haha ^^v. contoh macam aku dulu berkawan dengan anak tauke burger, so hari2 la bapak dia sponsor burger free. pastu ada member yang anak YB, so dapat la jugak benefit2 dia kan. haha =p tapi xde la aku berkawan dengan anak tauke kereta pastu aku dapat kereta free. gila lu!

masuk sekolah baru ni, korang boleh tambah kenalan korang. silapnya dulu xde lagi facebook twitter semua ni. kalau x sure dengan pak guard, mak guard aku add, aku follow. yang ada cuma buku biodata dan surat menyurat je lah. setiap kali pindah sekolah, setiap kali tu lah korang akan dapat member baru. so x rugi pun ada ramai kawan. ramai awek lagi bagus, scandal pon banyak. nak2 kalau korang star bab2 study, bonus muka pulak ala2 K-Pop, sure ada awek suruh ajar. x ke syok cenggitu...? haa.

bila tiba masa nak pindah sekolah lain, rasa sedih nak tinggal sekolah dan member lama tu perkara biasa lah. nak tinggal member sehati sejiwa, yang pergi balik sekolah sesama, yang makan pun cutting sesama, yang pergi tandas sesama, kantoi meniru dalam exam sesama, fly hostel sesama, cabut kelas sesama dan semua lah yang sesama tu, sure rasa sedih punya. kalau perempuan2 ni sure nangis punyalah. kalau lelaki okay sikit, cover  la, awek tengok nangis segan, jatuh la market. snap gambar kenang-kenangan tu biasa la, sekolah kan boleh bawa handset. bagi yang dah biasa pindah2 sekolah cam aku ni, rasa sedih tu xde la krikal sangat. ala, pindah sekolah je pun, bukan pindah ke alam lain. still boleh contact apa...

so, camtu lah antara pengalaman2 masuk dan keluar sekolah ni. rasanya yang buat pengalaman zaman sekolah ni best ke x, itu terpulang kepada diri sendiri la. mak bapak boleh hantar pergi the best school in the town, sekolah berasrama penuh semua, tapi yang penting sekali niat kita sendiri. kalau dah x suka, hantar kat mana2 pun x jadi. macam aku yang x suka tinggal kat hostel, better aku tolak je tawaran2 tu semua. lebih enjoy aku study kat sekolah biasa dan tinggal kat rumah. yang penting exam score. alah, sekolah berapa tahun jek, nanti dah sambung masuk kolej dan universiti pun sure berpisah jugak dengan parents. so, chill2 la okay. zaman sekolah sekejap je, dah habis nanti dah x boleh x patah balik. enjoy your school time, zaman sekolah best tahu x! =)


SH : esok nak sekolah, malam ni baru nak kapur kasut. 
nak cepat kering, letak kasut dalam spinner kat washer machine. =p

No comments: