Thursday, December 29, 2011

Diari Konklusi-ku 2011 Part 2

...kesinambungan cerita dari Diari Konklusi-ku 2011 Part 1.

aku mulakan dengan cerita bola dulu. sorry coz Part 2 ni lebih kepada bola jek. lepas habis semua pasal bola baru sambung dengan cerita bukan bola pula. bola ni memang favourite aku sejak kecil lagi. tengok update status and tweet aku pun banyak pasal bola. kira okay apa update pasal bola dari update pasal skim pyramid , MLM haram jadah semua tu. okay, sambung balik,






kenangan 2011 x lengkap kalau x cerita pasal team bola Civil FC atau CFC ni. xtually aku join team ni sejak part 5 lagi tapi disebabkan masalah teknikal pihak pengurusan UiTM, banyak tournament ditunda. so yang ada hanyalah friendly2 dengan team lain. asik training tapi xda tournament pun boring jugak. masuk part 7 ni baru la ada official tournament. tercapai jugak la cita2 nak sarung jersey rasmi fakulti. main untuk team UiTM memang x la kan, ramai lagi star player kat Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi tu. dapat join team fakulti pun dah kira best dah. dan lagi best bila dapat sarung nombor keramat merangkap favourite number aku, #7. kenangan training sesama, kalah menang sesama memang sukar dilupakan. lepas ni aku still boleh main lagi 1 sem. itu pun kalau x busy and x injurd. InsyaAllah~ hehe


dalam karier futsal bersama-sama dengan team housemate atau lebih dikenali sebagai SNSD FC, rasanya tahun 2011 merupakan tahun paling kemuncak. highest-peak kitorang rasanya bila jadi Juara Futsal Terbuka Civil Edisi 2011. setelah 4 season mencuba, Alhamdulillah tahun ni milik kitorang. dah hampir 4 tahun bersama, masing2 pun dah tahu cara permainan masing2, chemistry makin kuat, so confident level tu agak okay la compare dengan dulu2. aku memang suka and salute team ni. korang memang best. walaupun kita bukan the best team, individual skill pun biasa2 je, tapi kita boleh ngam apa. pernah jadi champion untuk tournament2 lain tapi personally, tournament ni paling bermakna kot. futsal or football is about the team-work, it does't matter how skillful you  are. if there is no chemistry, its meaningless. tengok Messi kat Argentina sudah la, dia sorang power tapi xde chemistry dengan player lain pun payah jugak. kan beza bila dia main dengan Barca, semuanya sefahaman, semua ngam. sebab tu Barca power. anyway, i'm Manchester United tahu, GGMU! =p haa, promote sikit, jemput2 la like SNSD FC punya FAN PAGE kat facebook...hehe ^^v









2 tahun lepas Manchester United dah datang Malaysia untuk Asia Tour diorang, time tu aku join jugak tapi gambar x banyak sangat la. tahun ni Arsenal, Liverpool and Chelsea punya turn. tapi aku join yang Arsenal jek. x berbaloi rasanya aku spend duit untuk tengok 2 team yang aku menyampah tu. pengalaman tengok live Arsenal training and friendly dengan Malaysia XI memang best even Malaysia kena ayam-ayam time tu. tapi xpa, Malaysia Boleh! hopefully lepas ni dapat tengok Real Madrid pulak datang Malaysia. teringin sangat nak tengok Cristiano Ronaldo aku tu. dulu time ManU datang, dia pula yang blah awal2. hadoi... okay, untuk full album photo, boleh usha kat facebook aku. klik SINI untuk Day 1 dan SINI untuk Day 2.





support2 team EPL, x lupa jugak team negara sendiri. game Malaysia paling syok dan paling emo tengok bila lawan Singapore untuk Kelayakan Piala Dunia 2014. syok nya bila ramai giler supporter Malaysia plus Ultras2 Harimau Malaya semua turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil, bukan full-house,ni full-stadium terus. kalau filem ni, dah kira box-office dah. tapi emo nya pulak bila tengok player Singapore mengada2 kat tengah padang. kena sentuh sikit, guling2 dia kalah cerita keling. ikat kasut pun setengah jam. ada ke logik tengah2 game keeper diorang tiba2 pening kepala? huh, memang 1 stadium lah maki Singapore. standard la kalau nak lengahkan masa kalau dah leading tapi agak2 la kan...hadoi. aku dengan Akmal punya la semangat buat fesyen line kat rambut. ni semua sebab nak tiru Aidil Zafuan lah konon...haha CR pun buat la weh! =p haa, lagi 1 game yang best ialah game negeri aku sendiri, Terengganu lawan Selangor kat Stadium Shah Alam untuk suku akhir kempen Piala Malaysia. memang syok tengok Terengganu menang 2-0! hoho




banyak sangat dah ni cerita pasal bola, kang muntah pulak. okay, cukup lah tu. sekarang cerita pasal kahwin pulak. ni la sorang je abang aku, so ni la first time majlis perkahwinan dalam family aku. pengalaman jadi pengapit kepada abang sendiri memang x boleh lupa. best tapi segan gak sebenarnya, maklum la first time, semua orang tengok je kita kat atas pelamin tu. memang awal2 dah plan nak jadi pengapit time bersanding kat rumah pengantin perempuan jek. aku xnak duk atas stage masa bersanding belah pihak lelaki ni coz time ni ramai member aku datang. so aku lagi nak join diorang kat bawah. x lupa, terima kasih aku ucapkan kepada member2 yang sudi datang. terutamanya member2 batch aku dr UiTM Shah Alam yang sanggup drive dari sana. kepada photographer x rasmi, merangkap member matrikulasi aku dulu, Redzuan Aziz, terima kasih la jugak ya! nanti sesapa yang nak jadi model, boleh la contact dia. haha =p

SH : settle Part 2, nantikan bahagian terakhir Diari Konklusi-ku Part 3 kejap lagi okay! ^^v 

Wednesday, December 28, 2011

Sekolah Baru!

sempena tahun baru ni yang dah nak start ni, budak2 yang still bersekolah mesti rasa malas giler nak menapak masuk gate sekolah semula kan. tengok iklan "mari-mari, jom ke sekolah!" dan "back to school mega sale!" pun dah naik menyampah. memang la ada yang semangat, tapi berapa kerat je yang rajin tu. aku dan korang pun pernah bersekolah, so semua tahu rasa nak start sekolah balik tu macam mana kan. mane x nya, dah sedap makan tidur makan tidur tengok cerita kartun, cuti sekolah da lama giler, tetiba nak bangun pagi2, masuk kelas balik, tengok buku? leceh dow.

xtually pagi tadi aku temankan adik n mak aku pergi sekolah baru adik aku coz nak daftarkan adik aku ni. baru pindah Segamat, standard la rasa x best. aku sendiri pun pernah pindah banyak kali zaman sekolah rendah dulu. start darjah 1 sampai darjah 5 sekolah kat Terengganu, pastu darjah 6 pindah Johor Bahru, lepas 4 bulan pindah Muar pulak. sekolah menengah kira okay la coz 1 sekolah je sampai abis form 5. mak bapak polis, standard la kalau kena transfer tempat kerja ni. aku memang x suka duk hostel, so better ikut je family pindah memana. tadi masuk2 je area sekolah tu, tetiba rasa macam nak je balik zaman sekolah semula. lalu je gate depan, pak guard tu dah sound, ingat aku masuk nak merompak agaknya. lepas slow talk, baru la dia senyum2 tunjuk kat mana bilik guru, huh! masa on the way nak ke bilik guru tu, ada la budak2 form 5 tu jeling2. hallamak, ingat aku ni budak sekolah lagi ke apa, abang2 dah nak grade la adik2, x payah la nak buat muka kerek pulak hadoi. dah, lupakan, aku terus jalan dan 'pandang ke depan' bak kata Zoul. tapi kan, memang syok ah bila dapat masuk sekolah ni, feel dia still sama macam zaman sekolah dulu2.

pindah sekolah ni kadang2 ada bestnya jugak. nak2 kalau korang masuk time lambat2 sikit, maksud aku bila sesi persekolahan dah start, agak2 dalam seminggu 2 camtu. kalau dah sebulan 2 dah x best dah. sebabnya nanti korang masuk je sekolah, semua orang jeling2 usha2 korang coz diorang tahu korang budak baru. yela, kalau budak lama mestilah masuk sesame dengan diorang. so, peluang untuk awek2 usha line agak tinggi disitu. so secara tidak langsung awek2 nak kenal2 dengan korang coz diorang tahu korang sure xde kawan ramai lagi.  kalau masuk lambat sangat pun x best, semua dah ada partner, korang pulak yang rasa tersisih nanti.

second thing yang korang dapat ialah RESPECT. nak2 kalau korang dah memang star kat sekolah lama, pastu masuk sekolah baru yang x berapa nak star sangat ni, so korang dengan senangnya akan mendapat respect. budak star, siapa xnak kawan kan. x kisah la korang star dalam pelajaran ke, dalam sukan ke, apa2 lah. kalau korang star gaduh2 atau dah memang top gangster kat sekolah lama, so dengan senangnya korang boleh pegang title abang besar kat sekolah baru. dah nama pon otai pailang, apa nak takut, sure nama korang up kejap je.

biasanya, budak baru ni akan jadi student favourite cikgu kelas. mana2 pergi mesti kena aim. dengan cikgu kena aim, dengan student lain pun kena aim. bila jalan lalu kelas2 lain, semua pandang macam korang jalan x pakai pape. kalau dalam kelas, cikgu tanya soalan, mesti student baru yang kena jawab. apa celaka pun xtaw, asik2 budak baru je kena. maybe masa pendaftaran tu mak bapak dah pesan kat cikgu kelas agaknya, suruh tengok2 kan. nah ambik, memang setiap masa dia tengok! selamat x follow pergi tandas sekali. ingat2 balik, paling syok bila first time masuk kelas, kena diri kat depan kelas, perkenalkan diri. peh, sume ternganga jek dengar. kalau cakap klentong pun diorang percaya jek, bukannya diorang tahu.

kalau korang skema, so better pilih la kawan yang skema. kalau silap pilih member, memang senang nak rosak. dulu zaman aku tukar2 sekolah, selamat dapat member2 yang okay. mana x nya, hari first masuk sekolah dah ada member payung makan. aku x mintak, diorang yang sponsor, so takde hal lah kan. bukan nya dia bagi nasi kangkang ke, letak dadah ke apa. lagi best kalau korang dapat member yang loaded. aku x ajar korang memilih okay, aku cakap kalau je. haha ^^v. contoh macam aku dulu berkawan dengan anak tauke burger, so hari2 la bapak dia sponsor burger free. pastu ada member yang anak YB, so dapat la jugak benefit2 dia kan. haha =p tapi xde la aku berkawan dengan anak tauke kereta pastu aku dapat kereta free. gila lu!

masuk sekolah baru ni, korang boleh tambah kenalan korang. silapnya dulu xde lagi facebook twitter semua ni. kalau x sure dengan pak guard, mak guard aku add, aku follow. yang ada cuma buku biodata dan surat menyurat je lah. setiap kali pindah sekolah, setiap kali tu lah korang akan dapat member baru. so x rugi pun ada ramai kawan. ramai awek lagi bagus, scandal pon banyak. nak2 kalau korang star bab2 study, bonus muka pulak ala2 K-Pop, sure ada awek suruh ajar. x ke syok cenggitu...? haa.

bila tiba masa nak pindah sekolah lain, rasa sedih nak tinggal sekolah dan member lama tu perkara biasa lah. nak tinggal member sehati sejiwa, yang pergi balik sekolah sesama, yang makan pun cutting sesama, yang pergi tandas sesama, kantoi meniru dalam exam sesama, fly hostel sesama, cabut kelas sesama dan semua lah yang sesama tu, sure rasa sedih punya. kalau perempuan2 ni sure nangis punyalah. kalau lelaki okay sikit, cover  la, awek tengok nangis segan, jatuh la market. snap gambar kenang-kenangan tu biasa la, sekolah kan boleh bawa handset. bagi yang dah biasa pindah2 sekolah cam aku ni, rasa sedih tu xde la krikal sangat. ala, pindah sekolah je pun, bukan pindah ke alam lain. still boleh contact apa...

so, camtu lah antara pengalaman2 masuk dan keluar sekolah ni. rasanya yang buat pengalaman zaman sekolah ni best ke x, itu terpulang kepada diri sendiri la. mak bapak boleh hantar pergi the best school in the town, sekolah berasrama penuh semua, tapi yang penting sekali niat kita sendiri. kalau dah x suka, hantar kat mana2 pun x jadi. macam aku yang x suka tinggal kat hostel, better aku tolak je tawaran2 tu semua. lebih enjoy aku study kat sekolah biasa dan tinggal kat rumah. yang penting exam score. alah, sekolah berapa tahun jek, nanti dah sambung masuk kolej dan universiti pun sure berpisah jugak dengan parents. so, chill2 la okay. zaman sekolah sekejap je, dah habis nanti dah x boleh x patah balik. enjoy your school time, zaman sekolah best tahu x! =)


SH : esok nak sekolah, malam ni baru nak kapur kasut. 
nak cepat kering, letak kasut dalam spinner kat washer machine. =p

Monday, December 26, 2011

Diari Konklusi-ku 2011 Part 1

2011 dah nak melabuhkan tirainya lagi beberapa hari. rasa macam cepat sangat masa berlalu. lepas ni dah tahun 2012. personally bagi aku tahun 2011 ni rasanya tahun yang agak okay. kenangan memang banyak. sebagai student universiti, memang aku akui la life aku banyak dipengaruhi oleh member2 rapat yang hidup hari2 dengan aku. diorang lagi kenal aku compare dengan kau, kau dan kau. family tu memang la, dah nama pun family, itu special case. so, jangan la judge aku kalau setakat nampak aku kat facebook jek, tapi xtaw aku macam mana orangnya dalam life sebenar. facebook cumalah alam maya yang aku boleh post macam2, twitter pon sama, macam2 aku luahkan apa yang aku rasa. tapi sebenarnya aku banyak guna 'double-meaning'. so, jangan la percaya sangat dengan ayat2 aku tu. tulis camtu, tapi sebenarnya maksud dia camni.

2011 tahun yang busy. dah abis part 6 pastu sambung part 7. dah jadi budak final year ni memang standard lah kalau busy. xtually tahap busy ni start pada suku terakhir tahun ni. so, 3 suku pertama tu xde la busy mana.
kalau nak diceritakan aktiviti2 sepanjang tahun 2011, memang la sampai raya haji pun x habis. so, konklusi ni just highlight certain2 je, x semua. mmm, mana nak mula? entah la. ikut la mana2 pun yang aku ingat dulu. dimulakan dengan gambar ni...


sebesar posternya, begitu jugaklah besar calonnya. ini poster Nabil. time ni tengah Pilihan Raya untuk MPP setiap fakulti, so beliau pun join jadi salah sorang calon. sebagai member2 kelas dan jugak member terdekat, standard la kitorang semua tolong promote dia ni. pengalaman tolong dia dalam memanifestokan diri ni memang 'best' coz kitorang x cukup tidur tolong tampal poster keliling fac sampai 2-3 pagi. kalau x cukup lagi, kena fotostat pulak. xpe bil, kitorang berkhidmat untuk kau okay! personally la, aku rasa dia ni ada bagus nya jugak, yang kurang bagus tu xyah la nak cerita kat sini kan, x baik. confident pun ada walaupun kadang2 dia sendiri pun xtaw dia cakap apa. leadership ada pastu dia ni berani berdiri menyuarakan pendapat. so, kalau ada lecturer tanya soalan tapi semua senyap, memang time ni lah kita memerlukan Nabil. biar jawab salah janji dia dah tolong kitorang jawab soalan lecturer tu. dia ni semangat lebih, selalu stay kat fac. kalau bab bercakap mahupun speaking, dia nya pungpangpungpang tu memang power. sebab tu orang yang vote dia rasa cam best je dia ni. english dia memang tip top, so kalau exam tu pasal explain2 ni, memang selamba dia goreng. kalau bab kira2 tu standard la, aku sendiri pun kantoi... and finally, kau menang jugak bil, congrates! ^^v


ini time aku lepak kat Putrajaya tengok belon udara panas. Presint berapa aku x ingat. syok oh coz aku memang jakun x pernah tengok benda ni live depan mata. ni first time. tapi xde la jakun sampai nangis2 minta diorang turun ambil aku kat bawah ni. besar jugak benda ni kalau tengok live. macam2 jenis ada, ada yang kepala Darth Vader, ada yang macam jumbo jet, macam2 colour. ada yang kepala kucing cam dalam cerita Pokemon tu! okay, yang tu aku tipu. ^^v






okay, yang ni special bagi aku. bagi peminat wrestling, peluang dapat pegang belt wrestling secara live tu memang sangat2 best. mana x nya, mahal kot sebiji benda tu, boleh cecah ribu2 ringgit, bukan ribu rupiah. lagi 1 benda ni mana ada jual kat shopping2 complex, uptown downtown, semuanya online dari oversea. hari ni aku join event gathering fan2 wrestling dalam facebook bertempat di Mid Valley Megamall. xtually ni first time punya gathering. so far okay la, ramai jugak yang turun, berkongsi minat sesama. event ni just untuk suka2 je, tapi suka2 pun bukan free, bayar oh... tapi xpa, bukan selalu. dapat makan2, ambil2 gambar ramai2 pastu dapat main game tembak2 ngan laser kat Galactic Laser, memang syok. berbaloi la. memang puas dapat main laser ni, rasa macam main Counter Strike secara live. game ni pun first time try. not bad...oh ya, event ni berlangsung pada bulan April sempena dengan event WrestleMania XXVII yang berlangsung keesokkan harinya. untuk full album photo, boleh refer kat album facebook aku k! =)







korang ada family angkat? xde? haa, aku ada. ini semua sebab join event SPORA anjuran fakulti. event ni berlangsung kat Kijal, Terengganu selama 3 hari 2 malam. kat sana setiap orang secara partner akan dapat family angkat masing2 dan aku punya partner ialah Akmal. disebabkan aku boleh speaking Terengganu, so xda lah rasa janggal sangat bila dapat family baru kat sini. event ni best coz kitorang semua dapat join macam2 aktiviti. antaranya gotong-royong bersihkan kampung. group aku ditugaskan untuk pasang atap baru kat rumah sorang nenek ni. mentang2 kitorang belajar civil engineering, nenek ni ingat kitorang dah expert nak renovate rumah dia. selamat la ada sorang brader tu yang tolong kitorang pasang2 sampai siap. sorry la nek, dalam BS kitorang x ajar cara nak design atap pakai zinc asbestos. sorry juga kami patahkan atap nenek hari tu. ni semua sebab Zharif! so, nek suruh dia la ganti balik. haha =p

selain tu, ada aktiviti korban lembu, masak2, makan2 sampai kenyang. pastu ada jugak hari dimana kitorang join sebuah sekolah dan jadi facilitator untuk budak2 asrama. x sangka ada juga bakat aku jadi cikgu, lead budak2 ni! hehe tapi xpa lah, aku x minat jadi tukang mengajar. kang ajaran sesat semua budak2 ni karang. kat sini juga kitorang ade site visit kat kilang apa nama entah, lupa. coz time tu dah last2 minit punya aktiviti, ngantuk, so x ambil port sangat. segar balik bila kitorang singgah zoo. syok apa, ada burung...burung...burung... haa, Akmal suka main dengan beruk kat sana! =p

berbalik kepada family angkat, yang kat dalam gambar last tu la mak angkat dan adik angkat aku dan Akmal. xtually ada lagi family member yang lain tapi x sempat datang coz ada hal. terima kasih banyak2 aku ucapkan coz sudi jaga makan minum kami secara percuma selama 3 hari kat rumah. siap dapat hadiah lagi tu. hoho thanx!

SH : cukup la dulu, nanti jap lagi aku sambung 
Diari Konklusi-ku 2011 Part 2 pula okay! =)

Aku baru 22 tahun.

Assalamualaikum! lama x singgah blog sendiri, selamat x sesat. kalau dah lama x update blog orang kata dah berhabuk, tapi aku rasa kalau blog aku ni concrete, dah lama dah capai grade 35 coz curing lama sangat. x paham? xpe, abaikan. =p

first of all, thanx to everyone yang wish birthday aku hari ni! ikut facebook ada, ikut twitter ada, ikut SMS pun ada. selamat xda ikut surat-menyurat, kalau x kesian cik2 posmen nak rider motor malam2 nak hantar surat korang tuh. hehe

aku rasa ayat excuse ni memang familiar bagi orang yang x update blog. "aku busy". ya, memang aku busy gila. gila2 punya busy. busy pun x gila macam aku. memang busy ah dengan kerja2 student aku ni. sebab tu x sempat nak update blog. okay, aku ngaku kadang2 ada masa free pun memang aku malas nak update. coz masa free tu la aku nak lepak2. maksud aku, tidur nak merehatkan minda dan badan. logik kan? ha'a memang logik. siapa yang cakap x logik tu meh sini aku pukul pakai pembaris plastik 15cm ni. grrr!

dulu masa aku junior2 part 1, part 2, part 3 dulu, aku rasa macam apa lah sangat senior2 aku ni busy dengan FYP diorang ni. FYP je pun. oh ya, kepada siapa2 yang xtaw FYP stand for 'Final Year Project' okay. now aku dah masuk part 7, dah jadi brader2 senior, and dah pun merasa apa itu FYP. seriously, buat menatang ni memang penat. x tidur malam dibuatnya. xtually boleh je siap awal, cuma aku ni jek asik tangguh2 kerja. last2 baru gelabah. selamat la semua dah settle. itu baru FYP1, belum FYP2 lagi. xpe, itu next sem kita cerita. mmm, alang2 dah cerita FYP ni, kalau aku buat entry pasal FYP aku pun orait gak an? haa, nanti lah aku karang. nanti okay. nanti taw. nanti.

hari ni 27th December 2011. oh, aku bukan lagi 21 tahun. dah masuk 22 tahun dah. tua? xla. kalu aku cakap tua, nanti apa orang yang umur 23, 24, 25 apa tah lagi yg umur 60 tahun rasa? mesti diorang kecik hati kan coz lagi tua. haha xtually, dalam happy2 sambut birthday ni, aku rasa cam sedih jugak coz tahun ni last sambut birthday sebagai student. kalau nanti sambung master, ada la lagi title student tu, kalu dah kerja, kan da abis. hoih, x best! aku bajet tahun ni dapat sambut birthday dengan member2 batch kat rumah sewa, tapi apa nak buat, study week sem ni start awal sket. so, ramai la yang balik rumah. x sempat la nak merasa kena prank baling telur, baling tepung, sembur dengan kicap, air sabun n air stokin. haha xpe lah, tunggu tahun depan pulak.

kalau birthday mesti ada hadiah kan? hoho hadiah tahun ni xtaw la dapat apa. x mengharap pun, tapi kalau orang bagi tu ambil je lah kan. rezeki x baik tolak. xtually dapat wish dari korang pun dah cukup buat aku happy, buat aku senyum sorang2 depan laptop. thanx lagi sekali okay! haa, x lupa thanx to MANCHESTER UNITED coz awal2 lagi dah bagi birthday present malam ni dengan kemenangan bergaya 5-0 in the row ke atas Wigan. huhu Glory-glory Man United! ^^v


SH : harap2 da masuk umur 22 tahun ni, berakhirlah sumpahan 'forever alone' dari member2. ceh! =p