Monday, August 1, 2011

Anak polis dan mercun free



"boom boom kebaboommm...!!!"

"opocot mak kau, oi budak, nak main mercun pegi laa dalam zoo sane! heart attack laki aku kang engko nak tanggung ke!!!"

"weh weh blah weh...bini cik Abas datang doe! blah blah blah..."

zassssss.... berdesup lari Samad n the gang menyelamatkan diri n mercun memasing. fiuhhh fiuhhh fiuhhh....

korang pena alami situasi camni? best kan. bagi aku, tak lengkap zaman budak-budak n zaman pra-matang kita kalu takde pengalaman main mercun. bulan puasa ni laa time paling best, feel, masyuk n syok untuk main mercun. bukan bulan lain tak boleh main, tapi tak se-excited bulan puasa la kan. mercun ni sememangnya salah disisi undang-undang tapi...apa lah sangat undang-undang tu kalau nak dibandingkan dengan harga sesebuah pengalaman tu kan. setakat kita yang beli ni takde hal la, dun wurry, memang jarang sangat dengar kes budak kena tangkap polis sebab beli mercun, kalau tokan yang simpan stok sampai gudang pun boleh meletup tu ada la.

bagi anak-anak polis cam aku ni, mendapatkan stok mercun tu memang takde hal. setiap tahun kompem ada stok baru. cakap je mercun apa, semua ada. namun agak terkilan jugak la coz makin lama stok semakin berkurangan dan payah nak cari. dulu singgah je kedai runcit mana-mana, mesti ada punya...7E tu memang la takde, x wujud pun lagi time tu. selari dengan usia yang semakin meningkat, feel nak enjoy main mercun macam zaman budak-budak tu dah makin berkurangan. makin matang orang kata. so tak kisah sangat la, zaman budak-budak aku dulu dah tepu dengan kenangan-kenangan main mercun ni. anak polis dengan stok mercun memang tak dapat dipisahkan. boleh pulak bawa gi sekolah, jual kat member-member. acane dapat stok free?? itu korang pikir lah sendri. aku senyum jek. =p




okay, dalam banyak-banyak jenis mercun kat luar sana, mercun bola n mercun ketupat merupakan stok paling banyak aku rembat dari locker bapak aku setiap kali musim raya hampir tiba. n dalam banyak-banyak mercun tu jugak, mercun mancis adalah mercun fevret aku. apsal? sebab mercun mancis ni ibarat silent-killer. korang gesel jek @ bako jek kat hujung dia, pastu korang boleh relax sekejap. tapi kejap jek, jangan lelama sangat. sementara tengah berasap tu, korang pilih la port mana atau siapa mangsa yang sesuai untuk korang fire. biasanya kalau balik dari solat tarawikh, member-member yang pakai kain pelekat memang sesalu di aim. nak pacak dalam tahi lembu pon orait gak, takde salah pun dalam akta main mercun ni. impossible is nothing orang Kedah habaq.

bagi budak-budak bandar zaman sekarang maybe susah nak dapat stok. n maybe ada yang langsung tak pernah kenal mercun-mercun yang rare ni. setakat mercun bawang memang berlambak jual kt uptown serta kedai bawang. tapi nak open table jual mercun yang overdose ni memang tak la. meh nak review sikit. oh ya, kepada budak KL n yang sewaktu dengannya, kat belah-belah Pantai Timur especially kat Kelantan diorang call mende alah ni sebagai 'bedil'. bedil tahu, jangan main bedal jek.


 
yang ni mesti familiar, kat port-port Cina memang banyak stok yang ni. selalunya diorang main yang size besar punya, tapi kitorang lagi prefer yang kecik tu. mercun padi a.k.a mercun raya cina. boleh dibakar one-shoot terus tapi harus diingatkan, duit korang pun memang one-shoot la abis. so atas dasar ekonomi pandang ke timur, better cabut dulu tali dia ni n bakar satu-satu, lambat sikit habis.



mercun telur, mirip-mirip mercun bola. sepupu barangkali. mula-mula aku ingat mende ni ada kat dalam mesin tikam yang jual kat kedai apek tu. masukkan syiling 2 posen, pusing-pusing, keluar telur. ceh, bukan rupanya. tapi takpe, bunyi dia pun agak memuaskan jugak. lagi 1 mercun telur, yang ni telur naga pulak. agak familiar. bakar sekali, meletup 6-7 kali. okey lettew...


thunder-clap. suku kerabat kaum roket. takde kena-mengena dengan Team Rocket dari siri animasi Pokemon. agak best n mahal sikit kalau compare dengan mercun roket yang lidi kecik tu. agak sesuai digunakan untuk pertempuran jarak jauh. tahap bunyi dan jarak penerbangan pun boleh tahan. 



thunder-king. yang ni mahal sikit dari mercun tadi. tak silap aku boleh capai harga 2 ringgit sebatang. sebab tu takleh bazir sangat nak main yang ni. kalau nak bakar pun kena cari port yang landai sikit, kang silap-silap, rumah n kereta jiran pulak yang terbakar. oh ya, yang ni meletup sekali dulu kat bawah pastu lagi skali kat atas. bunyi agak gempak. siap ada version yang keluar bunga api kaler-kaler. alaaa.. yang macam dalam tv tu...


mercun gasing. seindah namanya, begitulah aksinya. dah bakar, berpusinglah ia...


mercun das. agak sempoi coz korang boleh hala je arah mana korang nak fire. dalam sebatang tu maybe boleh keluar berbelas-belas shoot...bergantung kepada luck serta info ramalan kaji cuaca jugak, kalau beli yang dah masuk angin tu, memang bunyi kentut korang lagi kuat dari bunyi mercun ni.




mercun versi binatang. macam-macam ada. kreatif jugak kaum yang buat mercun ni. ada mercun ayam, mercun katak, mercun ular, mercun cipan, tenuk, lembu, kambing dan sebagainya. tapi aku jarang beli, coz semua tak best pun. cuma mercun lebah macam ok sikit, sekali bakar, dia kejar je sesiapa dia nak. watch out!


banyak lagi mercun dulu-dulu, malas nak cerita. mercun botol, mercun kereta kebal, mercun tali. bla bla bla... cuma aku agak kesian dengan adik-adik yang injurd time main mercun ni. sampai putus jari putus urat saraf semua. halamak, tu laa...nak main tapi taknak menuntut ilmu serta restu abang-abang ni dulu, tunjuk pro konon. dah beraya kat hospital, baru padan muka. tapi boleh buat, dah jodoh beliau sudah ditetapkan sebegitu rupa, kita redha aje laa...mmm ni last review, untuk tahap abang-abang, memang tak cukup macho dan matang la kalau korang tak pernah try meriam buluh. sediakan carbide, minyak tanah, tin n buluh secukup rase, pandai-pandai la korang design, tak payah ikut standard SIRIM pon takpe. janji bunyi, janji korang happy bile dapat mengalahkan bunyi meriam dari kampung sebelah. fuh, itu syok! aku rindu weh zaman budak-budak dulu....waaaaaa

SH : sekarang tak dapat main mercun cam dulu lagi, hanya bunga api  n mercun bawang ni je lah untuk dilayan bersama sanak saudara...okay lettew





2 comments:

Muwaffaq said...

adoih,sakit perut aku dengan ayat ko ni...best giler..

Schafiq Hasyriq said...

main mercun lg best bro... =p