Wednesday, August 31, 2011

Perihal SMS Raya


1st of all, Selamat Hari Raya diucapkan kepada sapa2 je yang menyambut hari raya ni.x lupa jugak Selamat Hari Merdeka yang ke-54 diucapkan kepada sume rakyat Malaysia.

okey, kalau hari raya, memang x sah kalau korang x terima SMS raye kan? nak terima kad raya, memang payah r. sape la yang rajin nak mengepos2 kad raya zaman skang ni kan. kalu ade pon stakat sekeping dua jek. itu pon dari kedai Jati Ah Meng sebab mak korang pelanggan setia yang beli perabot tiap2 tahun kat situ. xpon dari kedai Cermin Mata Melya Jandi, sebab korang pernah sekali beli spec kat situ dulu. kira orait la tu diorang still ingat nak hantar kat customer. kalu xde kad raya, xde hal la kan, macam la xleh raya...rilek suda, SMS kan ada. fesbuk lagi. twitter lagi. macam2 lagi lah.

kali ni aku nak story pasal SMS atau mesej raya. memang la x same feel dapat SMS raya ngan feel dapat kad raya. kalu dapat kad raya rasa cam orang2 terpilih jek. bukan senang orang nak ingatkan kita, rajin pulak nak menulis karangan bjela2 ,pastu nak naik moto gi pejabat pos lagi. time consuming sume tu. lagi 2-3 hari nak raya, posmen da ponnn2 pinnn2 kat depan gate umah, excited giler nak g ambik. sanggup tinggal remote Astro, x sabar nak buka sampul nye pasal. pastu gantung kat dinding, bru nampak cam ramai peminat. sekali bukak, tengok2 " From Ah Meng : Hepi Merdeka n Celamat Hali Laye!". haeh, da macam xde orang lain nak hantar. eh, bukan aku cakap nak story pasal SMS ke td? haha, sori2. k, sambung balik.

aku rase la kan, kalu hantar SMS raya ni, dia punya level atau tahap keikhlasan tu da macam rendah sket. sebab ape? bese nya kalu hantar SMS ni, mesti nak cari SMS paling lawak, paling panjang atau paling pelik, siap de bintang kelip2 lagi tu. da abis compare, baru send. yang x patut nya, sampai lupe nak tulis Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.so niat sebenar nak wish n mintak maaf tu macam x sampai jek. lagi 1, mesej2 raya ni kompem2 yang forward mesej punye kan? bukannya ikhlas dari hati. tunggu SMS dari member2, agak2 ada yang best, forward kat member lain pulak. last2 pusing2 situ jek. so, sejujurnya, kalu dapat mesej pantun yang panjang2 ni, aku juz baca part selamat hari raya n part minta maaf jek, mukadimah tu x bace sangat coz asik dapat yang same jek. haha

next, ni problem bila nak send mesej. da siap edit sume, tapi time nak pilih nombor, da mula pening. 1 name ade sampai 5-6 nombor. fuh, dia ni ade bape banyak enset? kalu pakai sume line maxis, celcom, digi, u mobile sekali gus pon, baru ade 4 nombor. xkan la dia ni kerek sangat sampai sume line nak pakai. banyak scandal ke pe? x kisah la kan tapi tolong la up-to-date kan nombor terkini korang tu kat member2. kesian kitorang, xkan sume skali nombor tu nak try-n-error. sorang 4 nombor, kali pulak 500++ member kat dalam phonebook, xke gile tu...

next, sume 5-6 nombor tadi da hantar SMS. kalu delivered tu kire okey la kan, sampai jugak hajat, tapi kalu 1 nombor pon x sangkut ape cer? rasenye la, 15.693% mesej raya yang aku send malam raya hari tu memang x delivered. nak salahkan diorang x bleh jugak. pikir positive. maybe salah aku jugak x up-to-date kan nombor diorang. tapi maybe jugak salah diorang dah tukar line baru x reti2 nak bitaw member2. taw la loaded nak pakai 4-5 enset, sume line ade. bese la tu, scandal ramai, mesti kena pandai cover ye dok? ahha

selain tu jugak, maybe diorang lepak kat kawasan low network coverage. susah nak contact, sebab tu mesej x delivered. hari ni send, lusa baru sampai coz lusa baru klua dari kawasan kampung tu. ok la tu, janji mesej sampai. tapi ade lagi 1 kes, aku hantar mesej raya kat member aku, Dani, tapi yang reply plak... "Thanx Shafiq, Sue pon nak wish Selamat Hari Raya jugak!". aik, bile mase pulak nama dia jadi Sue? sape Sue? kalau nak kata silap nombor, boleh pulak dia reply layankan mesej tu ek, siap ade name aku lagi. haha maybe member dia pon ade name Shafiq kot...

orang yang x dikenali reply mesej lagi okey dari orang yg dikenali tapi langsung x reply. ceh, penat2 aku mesej, ade yang wat dekkkk jek. ala, mesej awek2 bukannya tanda aku nak ngorat korang pon. ni kan hari raya, so nak wish raya pon salah ke pe? xyah la nak bajet hot sangat, tunggu orang lain mesej minta maaf dulu baru kita nak reply. kita ni patut nya ingatkan member2. pesalahnya rendah diri nak start dulu kan.

so, kepada yang x dapat contact ikut enset tu, kita contact je ikut fesbuk, senang sket. bila2 diorang nak online tu suke hati lah. lastly, nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir Batin kepada sume yang mengenali aku. yang x kenal pon same jugak. x kira la kat mana korang berada pon, ni ade 1 kad raye special untuk korang k. cekidaut!


SH : kad raya tahun lepas tu same cam profile pic fesbuk aku tu hah ...Yoona tu beb! hehe 

9 comments:

Dhiya Fariza said...

haha masalah saya, jgn kata kad raya, msg raya pun takda. yg ada kat fesbuk tag ramai2 macam hermm redha bersyukur LOL

selamat hari raya!

Schafiq Hasyriq said...

tag2 kt fesbuk, abes la penuh notification pasni...haha

Selamat Hari Raya too! =)

irfhad geiger said...

selamat hari raya ! :)

Schafiq Hasyriq said...

selamat! =p

nabilprime said...

Apa pun x boleh la zaman skrg.
Selamat Hari Raya gak bro. Nak dijadikan citer mesej ko hntr hr tu hilang dimakan virus dlm henpon aku. sob3x.

SMS aku tu tuk ko as SMF tu spesel tau. Penat gua edit tukar jd sahabat SMFKA. hahaha. =P

Schafiq Hasyriq said...

peh,sggup virus tu makan mesej aku...sob3
macam dah xde kuih raye lain dia nk makan kat uma ko kan...haha

Zul Fattah said...

haha..aku tak pernah dapat dapat kad raya pun.

Edy Fee said...

haha sempoi..print screen lagi jimat masa

Schafiq Hasyriq said...

@zul fattah : haha kesian...nah,ambek 1st kad raye ko aku kasi kt atas tuh =p

@edy fee : hehe simple2 sudey...