Wednesday, August 31, 2011

Perihal SMS Raya


1st of all, Selamat Hari Raya diucapkan kepada sapa2 je yang menyambut hari raya ni.x lupa jugak Selamat Hari Merdeka yang ke-54 diucapkan kepada sume rakyat Malaysia.

okey, kalau hari raya, memang x sah kalau korang x terima SMS raye kan? nak terima kad raya, memang payah r. sape la yang rajin nak mengepos2 kad raya zaman skang ni kan. kalu ade pon stakat sekeping dua jek. itu pon dari kedai Jati Ah Meng sebab mak korang pelanggan setia yang beli perabot tiap2 tahun kat situ. xpon dari kedai Cermin Mata Melya Jandi, sebab korang pernah sekali beli spec kat situ dulu. kira orait la tu diorang still ingat nak hantar kat customer. kalu xde kad raya, xde hal la kan, macam la xleh raya...rilek suda, SMS kan ada. fesbuk lagi. twitter lagi. macam2 lagi lah.

kali ni aku nak story pasal SMS atau mesej raya. memang la x same feel dapat SMS raya ngan feel dapat kad raya. kalu dapat kad raya rasa cam orang2 terpilih jek. bukan senang orang nak ingatkan kita, rajin pulak nak menulis karangan bjela2 ,pastu nak naik moto gi pejabat pos lagi. time consuming sume tu. lagi 2-3 hari nak raya, posmen da ponnn2 pinnn2 kat depan gate umah, excited giler nak g ambik. sanggup tinggal remote Astro, x sabar nak buka sampul nye pasal. pastu gantung kat dinding, bru nampak cam ramai peminat. sekali bukak, tengok2 " From Ah Meng : Hepi Merdeka n Celamat Hali Laye!". haeh, da macam xde orang lain nak hantar. eh, bukan aku cakap nak story pasal SMS ke td? haha, sori2. k, sambung balik.

aku rase la kan, kalu hantar SMS raya ni, dia punya level atau tahap keikhlasan tu da macam rendah sket. sebab ape? bese nya kalu hantar SMS ni, mesti nak cari SMS paling lawak, paling panjang atau paling pelik, siap de bintang kelip2 lagi tu. da abis compare, baru send. yang x patut nya, sampai lupe nak tulis Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.so niat sebenar nak wish n mintak maaf tu macam x sampai jek. lagi 1, mesej2 raya ni kompem2 yang forward mesej punye kan? bukannya ikhlas dari hati. tunggu SMS dari member2, agak2 ada yang best, forward kat member lain pulak. last2 pusing2 situ jek. so, sejujurnya, kalu dapat mesej pantun yang panjang2 ni, aku juz baca part selamat hari raya n part minta maaf jek, mukadimah tu x bace sangat coz asik dapat yang same jek. haha

next, ni problem bila nak send mesej. da siap edit sume, tapi time nak pilih nombor, da mula pening. 1 name ade sampai 5-6 nombor. fuh, dia ni ade bape banyak enset? kalu pakai sume line maxis, celcom, digi, u mobile sekali gus pon, baru ade 4 nombor. xkan la dia ni kerek sangat sampai sume line nak pakai. banyak scandal ke pe? x kisah la kan tapi tolong la up-to-date kan nombor terkini korang tu kat member2. kesian kitorang, xkan sume skali nombor tu nak try-n-error. sorang 4 nombor, kali pulak 500++ member kat dalam phonebook, xke gile tu...

next, sume 5-6 nombor tadi da hantar SMS. kalu delivered tu kire okey la kan, sampai jugak hajat, tapi kalu 1 nombor pon x sangkut ape cer? rasenye la, 15.693% mesej raya yang aku send malam raya hari tu memang x delivered. nak salahkan diorang x bleh jugak. pikir positive. maybe salah aku jugak x up-to-date kan nombor diorang. tapi maybe jugak salah diorang dah tukar line baru x reti2 nak bitaw member2. taw la loaded nak pakai 4-5 enset, sume line ade. bese la tu, scandal ramai, mesti kena pandai cover ye dok? ahha

selain tu jugak, maybe diorang lepak kat kawasan low network coverage. susah nak contact, sebab tu mesej x delivered. hari ni send, lusa baru sampai coz lusa baru klua dari kawasan kampung tu. ok la tu, janji mesej sampai. tapi ade lagi 1 kes, aku hantar mesej raya kat member aku, Dani, tapi yang reply plak... "Thanx Shafiq, Sue pon nak wish Selamat Hari Raya jugak!". aik, bile mase pulak nama dia jadi Sue? sape Sue? kalau nak kata silap nombor, boleh pulak dia reply layankan mesej tu ek, siap ade name aku lagi. haha maybe member dia pon ade name Shafiq kot...

orang yang x dikenali reply mesej lagi okey dari orang yg dikenali tapi langsung x reply. ceh, penat2 aku mesej, ade yang wat dekkkk jek. ala, mesej awek2 bukannya tanda aku nak ngorat korang pon. ni kan hari raya, so nak wish raya pon salah ke pe? xyah la nak bajet hot sangat, tunggu orang lain mesej minta maaf dulu baru kita nak reply. kita ni patut nya ingatkan member2. pesalahnya rendah diri nak start dulu kan.

so, kepada yang x dapat contact ikut enset tu, kita contact je ikut fesbuk, senang sket. bila2 diorang nak online tu suke hati lah. lastly, nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir Batin kepada sume yang mengenali aku. yang x kenal pon same jugak. x kira la kat mana korang berada pon, ni ade 1 kad raye special untuk korang k. cekidaut!


SH : kad raya tahun lepas tu same cam profile pic fesbuk aku tu hah ...Yoona tu beb! hehe 

Friday, August 26, 2011

Malaysia 2011 : Merdeka xde feel la


ramai yang buat entry pasal puasa, pasal raya kan. berapa kerat sangat la yang buat entry pasal Hari Merdeka tahun ni? standard la tu, semangat patriotik nak sambut merdeka tahun ni agak kureng skit coz ramai lagi syiok nak sambut raya. mana x nye, 31 Ogos jatuh pada 1 Syawal, memang la orang lagi nak sambut raya, nak wat cane kan.

sepanjang aku drive balik kampung kat highway PLUS petang semalam pon da nampak sangat semangat merdeka tu xde. seingat aku la, TAKDE sebijik pon kete yang letak bendera Malaysia kat cermin. xyah cakap orang, aku sendiri pon x letak. ntah ler, xde feel la tahun ni. x macam dulu2. mase kecik dulu, memang tiap2 tahun aku kompem letak bendera kat basikal BMX aku, g pusing town. agak2 x puas hati, malam aku ngan member2 g rembat bendera yang diorang letak kat sepanjang tiang lampu tu. sanggup panjat, janji bendera aku lagi besar. haha itu zaman skolah punye cite. time tu xde fikir salah x salah, janji merdeka meriah. semangat oh!

aku rasa la, kalu aku tanya korang ape tema Hari Kemerdekaan tahun ni tanpa korang search Google dlu, bleh jawab? sah2 x bleh. sebab ape, sebab aku sendiri pon search kat sane. haha ok, soalan simple sket, bleh jawab dalam masa kurang dari 3 saat, korang terer. da berapa tahun kita merdeka? 53! ya salah, tahun ni dah kali ke-54 la. okey, aku terer coz aku jawab dalam masa 1.385 saat. haha

okey, tahun ni punya tema ialah "1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera". apa yang transformasi, ape yang sejahtera, lu pikir la sendiri. sori, aku x minat cite bab2 politik. yang pasti, tema xde kena mengena dengan movie Transformers yang semakin ntah pape tu. ahha, ni ade 1 pengumuman :

KUALA LUMPUR — Sambutan Kemerdekaan ke-54 negara ditunda kepada 16 Sept, serentak dengan sambutan Hari Malaysia.
Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata keputusan itu dibuat berikutan tarikh kemerdekaan jatuh pada penghujung Ramadan.
“Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan membuat keputusan (16 Sept) sesuai berikutan ia adalah juga tarikh Hari Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2011 di sini, hari ini.
sumber : mynewshub
SH : merdeka2 jugak, misi kutip duit raya jangan lupa k! huhu MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tuesday, August 23, 2011

Bila Artis Luar Negara Nyanyi Lagu Raya

bosan nak tunggu buka puasa yang lama lagi ni? bagi yang tengah lepak kat ofis tu, tawu la big boss korang x masuk ofis hari ni kan, patut la lepak je...yang kat rumah plak, xkan still membuta kot? bawak2 la bangun tido, xkan puasa korang nak isi dengan tido je.nak makan minum x boleh, so layan2 lagu raya pon syok pe.. tambah2 pulak raya da nak dekat, lebih kurang seminggu jek lagi. so x salah rasanya kalu ada yang da ambik mood raya skang ni. kalu korang pegi shopping baju raya, kompem2 kat kedai sume tengah layan lagu raya, xkan lagu Peterpan pulak?

bagi aku la kan, lagu raya yang dulu2 lagi syok layan dari lagu baru atau lagu lama yg dibarukan semula skang ni. bukan apa, lagu lama ni best oh! dia nya feel tu lain macam. evergreen, x boring kalu dengar banyak2 kali. lagu baru pon ade yang best jugak tapi x se-catchy lagu lama r. lagu yang di-remix kan balik pon same, kadang2 tune dia lari trus dari lagu asal. so, aku fikir, lagi best layan lagu lama dari lagu baru. itu pendapat aku la kan, xtaw la korang macam mana pulak. xde salahnya pon. janji layan lagu raya. tapi, pernah ke korang bayangkan camne kalau lagu2 kita dinyanyikan balik oleh artis2 luar? kalu x pernah, jom kita bayangkan...

*kemahiran mengingat tune asal lagu raya dan kemahiran membayangkan suara penyanyi baru amat dititik beratkan untuk entry kali ni*

  1. Suasana Hari Raya (nyanyian asal Anuar Zain dan Ellina) - bayangkan Justin Bieber dan Selena Gomez. sorang pakai baju melayu cekak musang, sorang pakai baju kurung tengah kacau dodol. sweet n sweat kan?
  2. Dendang Perantau (nyanyian asal P.Ramlee) - bayangkan Usher dengan spec hitamnya dalam video klip hitam putih olskool. tengah nangis kat tepi tingkap coz x dapat balik raya kat Kampung Melayu Subang, tiket flight x sempat nak beli.
  3. Seloka Hari Raya (nyayian asal Uji Rashid dan Hail Amir) - bayangkan Eminem dan Rihanna wat video klip ni kat area pokok2 lampu kat I-City. wah, meriah kaler!
  4. Lebaran Ini (nyanyian asal Ajai, Raihan, Rem, Nowseeheart) - bayangkan kolaborasi boy band bergabung meletop zaman2 90-an iaitu Backstreet Boys, Westlife dan N'Sync. video klip macam yang asal, cuma tambah diorang tengah separate duit raya sesame sendiri, salam2 minta maaf sampai nangis2. mesti sadis kan?
  5. Bila Takbir Bergema (nyanyian asal Rafeah Buang) - bayangkan Lady Gaga nyanyi part ni..."bangunlah anakku, pakai baju baru, kawanmu semua telah pun menunggu~ dapatkan ayahanda,sujud di kakinya, serta jangan lupa, nendamu kedua~" sambil berkemban,pimpin tangan anak beliau, bawak gi mandi kat perigi belakang rumah kat kampung.
  6. Ku Pohon Restu Ayah Bonda (lagu asal Mamat Exist) - bayangkan Jay-Z yang ala2 hik-hok hik-hok tu tengah melutut nangis kat kaki mak beliau, minta ampun sebab derhaka  x kahwin dengan menantu pilihan mak nya. ish2, x ptut budak ni.
  7. Cahaya Aidil Fitri (nyanyian asal Black Dog Bone) - bayangkan versi orkestra, disampaikan oleh Black Eyed Peas. x jauh bezakan? black2 jugak pe. mmm cane lah rupa Fergie pakai shawl ek. macam Heliza Helmi agaknya... 
  8. Suatu Hari Di Hari Raya (nyanyian asal M.Nasir) - 1 jek nak bayang, cane la agaknya bila  Adam Lambert tarik part "ku gembiraaaaa~". mesti feel habis sampai nangis2. sob3
  9. Ayah dan Ibu (nyanyian asal Sudirman) - aku x sanggup nak bayangkan camne Chester Bennington, lead vocalis Linkin Park tu melukut di tepi gantang sambil nyanyi lagu ni. haha aku plak nak nangis mengenangkan nasib beliau.
  10. Dari Jauh Ku Pohon Maaf (nyanyian asal Sudirman) - kali ni Chris Daughtry plak mencuba. nasibnya sama seperti Usher. x dapat pulang ke Kokdiang disebabkan ade final exam. kejam betul tempat study dia ni.
  11. Balik Kampung (juga nyanyian Sudirman) - untuk lagu hepi2 ni, mari bayangkan Avril Lavigne melompat2 dalam kete, excited drive balik kampung nak jumpa ibunda dan ayahanda kat Pontian. oh, orang Johor rupanya! haha sekampung ngan member aku, Ismail Sanin. 

SH : 11 lagu hits, cukup untuk dimuatkan dalam 1 album kompilasi lagu raya tahun ni. kompem laris! kat atas ni cover album dia. maw beli? haha =)


Sunday, August 21, 2011

Interview Ramadhan bersama Lionel Messi


SH : haha... Messi pon puase!

Attention to budak FINAL year

sape dak final year kat sini, angkat tangan? 1,2,14,20,53,86...uih, ramai gak. da macam 1 batch aku dah. haha memang ramai pon coz tahun ni merupakan final year bagi budak2 batch aku kt UiTM Shah Alam ni. xtually entry kali ni aku lebih focuskan kat sesape jek yang berstatus student, x kira la kat mana pon korang study, yang penting tahun ni tahun akhir korang sebagai student. yang kira2 nak sambung further study tu lain cite lah. nak sambung master ke, PhD ke, ske hati. aku respect je kat korang yang still rajin n kuat semangat nak sambung memerah otak. kepada yang still study pon ok je nak usha entry ni...

ok, kepada budak final year, diulangi, kepada yang final year ye, sedarkah korang :

  • tahun ni tahun terakhir bagi korang memegang status sebagai student? pasni kad matrix / student card korang da x valid taw x? ye, memang betul 1 tahun = 2 sem. tapi setahun tu bukannya fully 365 hari korang jadi student. tolak cuti sem, tolak cuti raye, tolak MC sume? ade la dalam 9-10 gitu je kot. so, janganlah ponteng kelas. time is priceless dude, convert it as a nice memories! 
  • memori ini xkan berulang kembali bila anda da nekad nak stop study? feel makan cekedis sambil study  dalam kelas, tido bawah meja, twit2 bila study pon 1 ape x paham, meluahkan perasan dengan melukis kat meja study n whiteboard, snap gambar member yang kantoi tido atau tengah korek hidung, smoking kat atas bangunan faculty, lari2 dalam lecture hall, lepak online kat bilik study sampai ke pagi, lepak kat cafe sambil copy assignment, salin formula atau note kat casing calculator.
  • pasni da x dapat live under one roof. kalu pasni ade yang dapat kerja kat tempat yang same, maybe la kebarangkalian korang duk 1 rumah tu masih ada. tapi, ingat senang ke 10 orang housemate nak apply keje kat office yang same? sorang nak minta keje pon punya lah susah skang ni. so, ini lah tahun akhir korang bleh lepak same2 dalam 1 bilik kolej atau dalam 1 rumah sewa. bukan ape, duk same2 ni senang. senang nak study, senang nak g main futsal, senang nak g karok, senang nak lepak malam2. sumenya senang lah senang cite kalu compare duk asing2 kat tempat lain. pasni korang da x dapat nak main DOTA 1 rumah ramai2, x dapat nak main Counter sbelah2 ramai2, x dapat nak gelakkan member yang x score masa main PES, x dapat nak tolong rosak kan status update Facebook member yang tinggal laptop terbuka camtu jek, x dapat nak kantoikan mesej jiwang dalam handset member, x dapat nak tengok wayang ramai2 kat laptop, x dapat g kelas same2 merempit ngan moto pastu time balik kelas race sape sampai dulu. 
  • korang da x dapat nak wakil faculty dalam mana2 tournament kat dalam ni. nak kecik kan scope, korang da x dapat nak wakil kelas korang untuk join tournament anjuran faculty masing2. bayangkan, korang dalam final match untuk tournament futsal. penentuan sepakan penalty. anda orang terakhir yang mengambil sepakan. nasib pasukan di kaki anda. peluh menitis hingga ke dagu. sorakan awek2 di luar gelanggang menambah semangat, "come on Sapik, u can do it! go go go!" pastu "Sapik, we believe in u! make us proud!" pastu lagi "Sapik, please score it for me!!!" pastu tetibe "Sapik, u score, kita kapel! i lap u Sapik!" rrr?? dah2. berangan plak. sambung balik. dengan lafaz bismillah, mulakan langkah kanan, kemudian shoot dengan tenang. dup dap dup dap...*slow motion bola tu bergerak* dan...GOALLLLLLLLL!!! hoho heaven kan? kan kan? ahha 'market' tu beb! 
  • tahun ni merupakan Ramadhan terakhir korang sebagai student? tahun depannya Ramadhan korang da x bleh nak sahur ramai2 ngan roomate or housemate korang kat kolej or rumah sewa. xde lagi menu sahur nasi putih + telur mata + kicap n cili sos. xde lagi menu sahur dengan maggi cup. xde lagi sahur dengan air mineral jek. mungkin next time kat office plak atau pon kat kampung dengan family. atau mungkin dengan family anda sendiri?? sape taw kan kot2 da kawin kan... haha so, mase yang ade ni, jom la kita berbuka bersama kawan2. gi jalan kat bazar Ramadhan same2. wat BBQ kat tepi tasik seksyen 7 tu ke... bile lagi kan...kan kan
SH : "elleh, macam la lain kali xleh buat..." fine, memang la ada yang kita still bleh buat bila zaman da keje nanti. tapi, same ke feel dia macam zaman study? MEMANG X LAA.... study merupakan zaman yang best kot. jangan sia2 kan k...chill la, enjoy ur life! =)






Saturday, August 20, 2011

10 ciri blogger pilihan hati

1. stylo pkai shawl, siap wat demo cane nak pakainya skali
2. ade DSLR, snang nak shoot gambar lawa
3. semestinya comey, baru sedap mata memandang
4. follower x ramai xpe, janji aku minat dia
5. hati kena baik, snang nak bawa jumpa family nanti
6. entry dan penggunaan ayat yang sopan, bahasa jiwa bangsa kan??
7. banyak idea best, kang xde la boring bila dating
8. salu reply komen, xde la nampak kerek n bajet hot
9. blog simple2 suda, coz simple itu menarik dan x serabut otak
10. yang penting single, yang double,triple,quadruple xyah amek port.


SH : sori, saje2 tulis entry ni coz boring nak tunggu sahur... aku x memilih sangat pon, haha  =p
* gambar sekadar hiasan, xde kena mengena pon

Paw-mengePaw


tengah syok2 pekena ABC Fradoo setinggi jambul Joey Barton kat foodcourt seksyen 2, tetibe blakang aku dicuit. Ingatkan awek, skali pusing, memang awek...punya mak bapak. lalu...

"salam dik...pacik nak mintak derma sket dik..." , pacik tu mulakan dialog beliau yg familiar sambil hulurkan tisu. usha atas bawah, cam kesian plak tengok dia ngan bini dia. cek2 duit dalam poket sluar kiri kanan, ade la singgit. trus aku kasi. xkan aku nak kasi 10 hengget plak, kang niat ikhlas jadi x ikhlas coz aku asik terpikir pasal duit tadi sampai xleh tido malam. bukan ape, aku pon student beb. 10 hengget tu cukup untuk sara hidup slame 1 hari oh.. biar derma singgit, janji aku ikhlas, pastu da xde aku kisah pasal duit tu lagi. settle... oh,x lupe, aku dapat tisu sebungkus! mekaseh...

'Paw'. budaya mengepaw memang femes kalu kt KL ni. maybe tempat lain x banyak tp kalu kt Shah Alam tempat aku stay ni, memang blambak. macam2 gaya macam2 fesyen. ade yang ketuk2 pintu kete, ade yang tunggu kat pump station, ade yang buat2 buta, ade yang bawak partner, yang siap bawak anak2 pon ade. bukan apa, senang nak tukar shift, suruh anak2 plak sambung keje bila lunch hour. selain tu, ade jugak pak arab yang datang bawak pamphlet nak mintak derma bina surau, nak upgrade kelas agama, nak derma kt Palestine, bla3... tengok niat dia ni memang la cam bagus, cam mulia jek. tp persoalannya, sampai ke duit yang kita bagi tu kat tempat yang diorang sembang kencang td?

korang yang salu usha cite Indon petang2 kol 2 kol 3 tu mesti perasan cite pasal sindiket ni kan? diorang yang kepala2 sindiket ni hantar budak2 kecik suruh paw duit kat mane2, pastu last2 diorang jugak yg rembat sume duit ni. budak2 tu bukannya dapat gaji,dapat pelempang ade la kalu duit yang di collect tu x memenuhi piawaian. same jugak kat sini pon, kita sebagai orang awam maybe x nampak sangat. maybe sindiket kat sini kecik2 je kot. company sendirian berhad agaknya.

yang x tahannya, kadang2 diorang ni banyak cekadak. mula2 mintak derma ikhlas, bagi singgit xnak ambik, pastu cakap kalu nak derma at least 10 hengget. gilo apo? ade yang pancing jual surah Yassin la, jual surah Kursi dalam kertas kecik la, jual penanda buku la juz untuk kita bayar 10 hengget. memang x la kan...aku makan tom yam campur, nasi putih, telur dadar siap teh ais pon baru brape, x sampai 10 hengget pon. see?? kan aku da x ikhlas nk derma camni...haehhhh

kes seterusnya. yang ni 3 beradik plak datang kat meja. keling. foodcourt yang same, seksyen 2. time mintak duit muke punya la kesian, macam kuih tako cair pon ade. tapi memang aku x kasi pon coz memang hari2 diorang paw orang2 kat sini. kadang2 da boring, tukar port g foodcourt seksyen 7 plak. siap wat OT plak tu. nak belanja makan diorang xnak, aku da offer kot nak makan pape, order jek aku bayar. tapi still xnak makan, diorang nak duit jugak. macam2 soalan aku tanye sampai diorang fed up , last2 blah gitu jek... haha

xtually diorang ni memang pusing2 sni jek. xtaw la da brape puluh kali diorang tawaf foodcourt ni dari meja ke meja. kadang2 kantoi orang yang same datang kat meja yang same untuk 2nd round tp still pancing nak paw guna ayat same. brape banyak sameee da... maybe da penat tawaf kot, sampai muka pon da x cam. ade jugak yang demand lebih2. coz aku pernah tengok lepas diorang settle mengepaw orang2 kat foodcourt yang nak save bajet ni, bleh plak diorang eksen g makan KFC yang betul2 kat sebelah foodcourt. siap tapaw lagi untuk wat bekal kot2 lapar time tgh tawaf. bila lalu sbelah dak2 foodcourt wt muke kerek...pehhhh rase cam nak bagi flying-kick jek kat muka.

lagi 1 kes, malam tadi baru aku perasan. ade sorang pacik tua buta bawak tongkat, bini dia plak tolong pimpinkan tangan masa nak mintak derma. da settle paw kat kedai mamak kat belakang Unisel ni, diorang blah kluar. tiba jek kat luar kedai time nak lintas jalan, rilek jek pacik tu jalan laju2. kali ni pacik tu plak yang tolong pimpinkan tangan bini dia yang kat belakang untuk lintas jalan. aik, terbalik plak?? sape yang buta plak ni??

bila aku pikir2 balik, patut ke keje yang diorang wat ni? bukan niat nak kutuk, tapi macam la dah xde keje lain diorang bley buat selain paw orang ramai free2 camtu jek? orang lain pon susa jugak nak cari duit makan tapi at least cuba la usaha untuk buat keje. niaga kecil2an ke, cuci kete kt carwash ke, jaga tandas awam ke, jaga tol ke, kan bagus keje bergaji camtu dari xde usaha, juz tahu nak paw paw paw jek. haehh...ntah ler...hape pon x boleh.

SH : makan kuih paw lagi best dari layan kaki paw




Friday, August 19, 2011

Wednesday, August 17, 2011

Dilema Tengok Bola Kedai Mamak


skang aku baru jek balik dari usha game Real Madrid n Barcelona. siot giler Messi score last2 minit. cam bese la, game El Classico memang x sah kalu xde red card, xde gado2,n xde gol dari Messi. even kalah 3-2 n aggregate 5-4, tapi aku still support Real dari Barca...


ape dilemanya usha game bola yang stat pukul 5 pagi di bulan Ramadhan kat kedai mamak? haa..camni. aku sampai restoran Hakim awal sket dari kick-off pukul 5. da settle order makan minum sume, game pun stat cam bese. 1 half game = 45 minit. so, 1st half abes pukul 5.45 camtu r, ngam-ngam ho dengan waktu imsak,abisnya waktu saho. aku bajet restoran ni x tutup coz ramai giler kot usha game ni. dah le kat signboard tulis open 24 hours. tapi shilake btol, bley plak mapley ni tuka channel lain mase break 1st half tu coz da nak tutup kedai.pehhh, menirap sey...agak2 r kalu nak tutup pon, tggu r lagi 45 minit yg 2nd half tu abis. dah sume orang blah, xkan aku sorang nak stay. so, aku ngan member aku, Zarip pon blah r.

naek kete, round2 jap, terperasan plak ada kedai mamak kat sbelah tu still bukak lagi. trus kitorang parking kete. alang2 ade mapley tgh lepak kat luar kedai tu, slumber je la tanye kedai ni bukak lagi ke x. dia angguk jek sambil suruh kitorang duduk kat meja blah dalam.

"dey, apa maw minum?" tanye mapley lagi sorang kat dalam yang nak ambik order.

aku terkesima kejap. cane aku nak order, skang kan da abis waktu saho. xkan aku nak order air tapi x minum semata2 sebab nak stay kat dalam nak usha bola plak.

"rrr...xpe la ney, wa pose r...waktu saho da abis kan, ape maw bikin..." itu je la yang mampu wa explain.

tapi mapley tu bley wat muka terkesima jugak tengok aku.

"abis datang sini apa maw bikin kalau tarak order?" dia sound aku balik. shilake, dia x pose ke ape? ke dia x paham ape maksud waktu imsak?

"ney, wa pose laa...macam mana maw order...wa datang maw tengok bola jek!" aku sound la balik. lagi pun bukan aku sorang jek yang ada kat dalam time tu, ade lagi 2 orang mamat yang tengah tggu bola jugak. so, alang2 ade customer lain, ape salahnya aku usha skali. kalu dia nak suruh aku order jugak, bley jek saje2 order skyjuice tapi x minum r. baru nak order, mapley tu dah blah.

5 minit berlalu, game 2nd half baru nak stat. tibe2...

"dey, kita orang suda maw tutup ini kedai laa..." datang mapley lagi sorang. aku agak dia ni big boss kedai ni kot coz dressup dia lain macam sket. customer yang lagi 2 orang kat depan tu pon redha je la dengan mapley ni. so, xkan aku nak stay, terpaksa la aku blah. siot jek, tadi cakap bukak...skang tutup plak.

aku ngan Zarip da pening mana nak pegi. last2, singgah McD je laa...even kitorang x order pape, tapi kat situ lagi aman damai tenteram dan bahagia kot. xde sape larang nak stay lame2 kat sane. so, lupekan kedai mamak, McD jugak therbaek! pas kitorang duduk jek, makin ramai pulak yang baru sampai nak usha bola jugak. hoho... da le sejuk, bley tertido aku kat situ. slamat game best gile babeng, laju gile...so, xde la nantok layan game sampai abes. lepas seri 2-2 minit ke-81, kitorang dak2 Real kat situ sume dah hepi. tapi minit ke-89, Messi la puncanya kitorang senyap balik...haehhh


SH : konklusinya, McD lagi best!

Tuesday, August 16, 2011

Wordless Wednesday #2

tengok gambar A, tengok gambar B, tengok gambar A, tengok gambar B, tengok gambar A, tengok gambar B, tengok gambar A...
pastu ske hati la nak tengok mane pon.

in time korang nak switch tu, korang akan rase circle tu berpusing sket2. selamat mencuba! =p

SH : 17-8-2011, puasa yg ke-17, salam Nuzul Quran 1432 Hijrah.

Monday, August 15, 2011

Follower ke-100? Sape?


entry kali ni se-simple tajuk nya jugak, skali bace rasenye korang da bley agak pasal ape. 
dah, xyah cakap banyak, disebabkan blog ni dalam proses promotion lagi, ditambah pula dengan bulan baik Ramadhan kali ni, so aku nak buat GIVEAWAY lah untuk korang...aku cakap korang, bukan korang2 yek.  

simple, sape peng-follow BLOG yang  ke-100, akan dapat hadiah ikhlas dari aku. entry yang simple, so hadiah pon simple jugak la, topup RM10...x kisah la korang pkai Maxis ke, Celcom ke, Digi ke, U Mobile ke ape, nanti aku kasi laa...

"bang, kalu saye pakai line cane?"

haa, pepandai ko la nak kasi sape topup tu pon...xkan aku nak bayar bil tepon korang untuk sebulan plak... k ah, selamat menjadi yg ke-100! =)


SH : untuk Giveaway yg ke-1000 cane plak? ape patut aku kasi? 
mmm nanti aku pikir2 kan...

Friday, August 12, 2011

Plan 2


hidup kena ade plan, baru la teratur. nak gi wayang? kena ade plan nak tengok cte ape, kat mane, pukul bape. nak gi bazar Ramadhan? kena ade plan nak makan ape utk buke mlm ni, kalo main touch n go jek, mmg la bajet lari lagi laju dari guna smart tag. nak gi karok? kena ade plan jugak. dari umah da taw nak melalak lagu ape, save siap2 dalam enset. 3 jam bai, xkan starting da lagu Mus May? x gitu abang karok? tettt...

ape aku nk story pasal 'Plan 2' ni? xtually aku ade prasan sorang mamat ni post kt fesbuk pasal plan die lagi 2 tahun. so aku rase nak upgrade sket. buat je 2 jam, 2 hari, 2 minggu, 2 bulan pastu baru 2 tahun, orait? ehem2...

Plan  2 Jam

dalam mase 2 jam dari skang, 99.73% kompem aku x tido lagi n still kt depan laptop, bukak fesbuk, usha2 gambar awek jap, dengar lagu Najwa Latiff sampai saho. haha dok eh, yg tu aku tipu. xkan la sampai 2 jam non-stop nak dengar lagu tu jek. kalu tido, kompem2 bangun jek jam da 5.20 pagi sambil tengok roomate aku Paan dah tbongkang kt bawah katil, penat main LOL lettew. sebaiknya, baik xyah tido

Plan 2 Hari

minggu ni mat2 bola mesti hepi sebab game EPL da nk stat, plus ade lagi game Real Madrid n Barcelona utk Super Cup 2011, show x? hoho so, pastinya aku x sabar nk tunggu lagi 2 hari coz  Manchester United akan mulakan road to glory beliau menentang West Brom...alah, ayam jek tu

Plan 2 Minggu

eh, dah 12 ari ek kita puasa...mmm aku rase cam baru 2 ari gi terawih ..haha tettt...so lagi 2 minggu dr ari ni maknanya 12 + 14 = 26 haribulan Ogos. wohhoo...lg 4 ari puasa pastu kita sume raye!! yippi...rayo oh, sape x xcited. tp bile nk shopping baju raye? ari2 asik bz jek ngan FYP kt fac, bile mase laa nk gi shopping baju raye ek. jom shopping jom? teman aku...aku nak beli baju melayu kaler purple! yaaa...tahun ni tema kita kaler purple okeh, baru la Pasha Ungu...hoho 

Plan 2 Bulan

bulan 10. time tu kompem2 aku da masuk sem 7. study, study,studzzz...zzzz...huh,boring! elleh, stress2 ni, mcm la aku ni study kuat sgt. last2, malam nk exam jugak bru nk abis kan lecture utk 1 sem. maybe time tu rambut aku da panjang, n aku plan utk sem ni nk simpan rambut K-Pop balik. bukan ape, da boring rambut pendek ala2 Aidil Zafwan ni. aku nak serabai plak. ahhh...lantak

Plan 2 Tahun

haaa...yang ni kene pikir jauh sket.mmm 2 tahun ek....lame uh. mmm harap2 nye, time tu aku da dapat keje kt private company mane2 r. keje contractor kt tempat praktikal aku yg ari tu pon orait gak, dapat la chance aku tackle adik boss tu balik.keh3... lagi 2 tahun, Lisa da kawin ngan Yusri, Scha da kawin ngan Awal. abes aku?? sape yg sudi, jom la jadi awek aku. time tu aku dah x sengkek cam skang da. kan da keje, mesti ade duit sendiri. so baby cakap je, baby nak ape, nak Ferrari, nak naik kapal Titanic, nak g tgk bola kt Old Trafford, nak candle light dinner kt Paris, huh...taadehal! 

SH : dah2, aku da start mengarut. k, bye. Plan 2 minit?? aku nak publish post ni lah!

Wednesday, August 10, 2011

Saya Suka Dia Tapi...



"Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa. Jikalau Allah berkehendak, gunung pun boleh hancur lebur, kalaupun gunung boleh hancur lebur, bagaimana tidak dengan hati manusia yang lembut?" - Cik Tasya Merapu


fine...aku x bitaw die pon. aku juz tulis je entry ni pasal aku suke die. ala, aku pon xtaw apsal. orang femes, xkan la dia nak pandang aku ni. kenal die pon x, tetibe nak cakap, eh jom kapel? hang gilo ko apo? ape kes tetibe nk propose camtu?  


ibarat die pkai i-Phone 4, aku pkai Nokia 3310 jek. kan jauh bezanye tu...tawu la i-Phone lagi mahal, lagi maju, lagi latest dan banyak lagi2 nya lagi lah, x sume mampu beli...tp, Nokia 3310 lg sempoi ye dok? senang nak jage, main baling2 pon xpa. 


orang kata, dari mata turun ke hati. pas turun dari hati, dia turun pi mana plak? ntah la...aku pon xtaw. memang betul jugak kata orang tu, kalu kita x tengok ngan mata kita ni dulu, macam mana mata hati kita nak nampak. aku bukan nya golongan2 terpilih yg bleh dapat petunjuk dr Allah melalui mimpi2 ni. semayang pon tunggang langgang, ini kan pulak nak jadi orang2 terpilih camtu.jauh lagi ehh...tapi Tuhan tu Maha Kaya, Maha Pengasihani. mintak2 la Dia kesian kat aku ni. aku mohon sangat2 diberikan petunjuk, hidayah ke jalan yg benar. amin...


so secara realitinya, manusia skang ni akan nampak ngan mata dulu, part hati tu diorang letak tepi sat. contoh, kt facebook, ade friend suggestion. sume yg diorang suggest tu sume nya awek2 hot, free-hair, muka sume stok2 K-Pop. so laki yg tengah boring xdak keje ni pon saje2 la add, boring2 orang kata. wat cuci mata, usha 3-4 gambar, boring2 pastu delete r.  ada diorang pikir pasal hati dulu? ada pikir awek ni keje apa, mak bapak dah pegi naik haji ke belum, adik bradik ada brapa ramai sume sebelum add kt facebook? xdenye...


x dinafikan, facebook merupakan tempat orang jumpa jodoh. Zed Zaidi yg artis tu pon jumpa bini dia kt sini jugak. siap buat wedding card ikut tema facebook lg, smart dow. tp tu jodoh diorang, nk wat camne kan. mane taw aku pon jumpa jodoh ngan facebook-er gak ke, twitter-er ke, blogg-er ke, sapa taw kan. tp kan, aku nak bitaw yg aku suka tgk sorang blogger ni, comey oh! pkai tudung,muke innocence je. muda sket dr aku. memang ada ciri2 gadis idaman la kiranya. kalau x silap, asal dia ni dari Jitra...uihhhhhh lagu tu no! tp xpa la...biar la dia xtaw.kalu dia ade prasan pasal entry aku ni pon dah kira orait dah tu...heee


k ah, angau lame2 pon x syok gak. boleh tuju lagu? lagu Najwa Latif ni aku tujukan untuk dia, S _ _ _ _  M _ _ _ _. dapat teka? nah singget!



SH : kadang2 Allah x makbulkan apa yg kita idam2 kan sebab Dia dah simpan yg lebih baik dari yg kita jangkakan. so kepada yg still single, maybe jodoh anda bukan dengan si dia, maybe jodoh anda dengan Nora Danish ke? Fasha Sandha ke? Lisa Surihani ke? Scha pon orait pe... =p

Tuesday, August 9, 2011

Cara Kejutkan Orang Bangun Sahur

Masa puasa ni mesti ramai yang liat nak bangun sahur kan? tapi yang kesiannya yang tukang kejut tu lah..kejut bagai nak rak tapi tak bangun-bangun gak..tapi takpa untuk yang kaki kejut orang tu bleh cuba tips ni..

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. Sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia manja2…
3. Renjis air kat muka dia…sambil panggil nama dia manja2…
4. Tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia…
5. Picit hidung sampai dia sedar.

Tapi kalau still tak ada effect
1. 
Tutup kipas/air cond.
2. Gigit ibu jari kaki dia..cam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi…kalau boleh air clorox rendaman stokin futsal korang. pastu ketuk skali kepala dengan baldi2 tu.
4. Sembur shieltox kt rambut dia ibarat semburan wax di saloon, nyalakan lighter.

4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam double decker
5. Jerit kt telinga pkai loudspeaker..."oi helmi, laptop hang da xdak, hilang dow!"

6. Sapukan ubat gigi atau minyak angin Cap Kapak kt 'bebird' beliau. tunggu effect yg serta merta.
7. Flying-kick kepala dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami!tsunami! api! api!
8. Letak KFC ke McD ke kt sebelah hidung dia..kasi ambik bau sikit

Still tak ada effect gak
1. Pergi kat telinga dia…then sebut "maa rabbuka!" sambil seru nama dia byk kali…
2. Pergi kat dia, baca je surah yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak…ni je la cara terakhir
1. Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan…kerana tuhan lebih menyayanginya
 


SH : xnak saho jugak? lantak kau lah! 

Monday, August 8, 2011

20-an? ini lah masanya


masa itu emas. bunyi macam berharga sangat je kan. tapi emas boleh je nak beli, masa x boleh. masa juga x tunggu kita. kalu die nak blah, die blah gitu jek. xdenye nak rilek2 jap tunggu kita tido, maen fesbuk, twit2, text msj, bla3...

xtually aku saje tulis entry pasal masa coz skang ni memang aku tengah free n xtaw nak buat ape sementara nak tunggu saho. saje nak bazirkan sket. kang kalu tido, memang terlajak plak sampai x saho cam pagi td. so better stay up. xtually banyak je keje yang lagi berfaedah aku bleh buat selain merapu mlm2 buta ni. tapi aku boring coz roomate aku pon xde, balik umah plak ari ni. boring dow duk bilik sorang2 ni.

ok, 7 minit berlalu untuk aku tulis 2 perenggan intro kat atas ni, membazir masa x? haha lantak.

maybe ada antara korang pernah buat xtvt2 mengarut camni bile boring2 kan. contoh :

1. update status fesbuk,5 minit skali. " hepi nya hari ni dapat lepak ngan korang. korang memang terbaek!". xpon tweet, 2 minit skali. "caye tgh cuci mukew, nak tito dah, hee..." .  atau snap pic ngn enset pastu upload serta merta kat fesbuk. "cwit x pic caye dlm ketew? terasye mcm Najwa Latif plak..hikhikhik komen taw... <3"

2. bukak fesbuk, nampak friend suggestion awek comey, trus add even langsung x pernah kenal. usha gambar 2-3 album, da boring. delete trus dr fesbuk. nak lagi effective, trus tegur jek kt chat bawah tu.

3. gi karok, gi gig sampai suara dah mengalahkan Ramli Sarip.

4. lepak CC, maen DOTA, maen CS, Mafia Wars, Farmville n segala jadah online games sampai x balik umah. x makan pon xpe, janji bley focus kat game.

5. lepak kat shopping complex, maybe tengah tunggu timing utk midnight show. tgkt 2-3, area lobby, bersidai tepi tiang, usha awek lalu kt bawah pastu swit2. kalu awek muke cun tp muke balak plak cam ci, mula la nak mengutuk.shilakee...

6. tido lewat, bangun lewat. kira jam 5 pagi sampai 12 tgh hari tu memang x pernah wujud la dalam hidup korang. tido jek, alih2 sedar da 3 ptg.

7. lepak maen futsal sampai pkl 2 pg, abis game lepak mamak, pekene shisha, minum2 sampai pkl 4 pg, blk umah, membuta.

8. petang2 bawak kete ngan member2, lampu merah, stop kete kt traffic light, tetibe awek lalu sebelah naik scoot. lampu hijau, kejar awek td sampai dapat. kalu awek tu naik kete, bawak kete kte same laju ngan kete awek tu, muka melekat kat tingkap sambil tersengih tengok muka awek tu.

9. lepak McD, bawak assignment, bawak laptop, selerak kan sume atas meja bajet cam study giler2, tp mata melilau tgk orang lalu lalang. study bape minit la sgt, makan2 gelak2 dah berjam2.


berbaloi xtvt2 mcm ni kalu nak dibandingkan dgn masa yg korang spend utk semua ni?

bagi aku, kalau korang rase korang ni remaja, so, OK jek! xde la salah mane pon. membazir memang la membazir. tp kalau korang pikir blk, ini lah mase korang utk buat keje gila2. korang yg aku maksudkan ialah korang yg lebih kurang sebaya dgn aku. ala2 20-an camtu. kalu da 30-an keatas tu da macam x relevan sangat. apsal? sebab usia remaja ni lah mase untuk kita buat benda2 mengarut camtu. contoh :

1. dah tua bangka baru nak blaja maen Fifa, maen PES?

2. lepak usha awek tgk lampu kt I-City? dah2 la...gi lepak surau lg seswai. sejuk hati mak bapak kalu die taw

3. snooker se-frame, kalah bayar?

3. umur da 40-an still nk swit2 awek tgh jogging kt tepi tasik kot??

4. umur da nk monopause still ade hati nak add awek skola n awek u yg comey2? bru blaja maen Friendster ke bang?? dah lapuk laa...

5. muke da bapak2 baru nk test market kt fesbuk?? bajet muke K-POP lagi ker??

konklusi nye, usia 20-an ni adalah usia utk GILA-GILA. time ni la kalu korang nak try sume bende pon. aku x ajar pon korang buat benda mengarut. n aku x suruh pon korang buat keje bodo g cucuk bintang kat clubbing, wat party buih ala2 Paris Hilton, g hisap dadah cam mat pet kt bawah jambatan tu. jangan la  pulak korang buat jenayah, buat keje yg dilarang...juz maksud aku kt sni, gunakan la masa muda korang sebaik2 nya. apsal?

sebab kita muda hanya sekali. umur sekali dah naik, die da xnak turun da. hidup zaman remaja ni best coz x banyak komitmen macam da kahwin nanti. freedom lebih la sket...nanti korang da dewasa pangkat bapak2, kompem korang akan teringat balik zaman remaja korang. so, same2 lah kita bina kenangan hari ini untuk kita kenang pada hari esok. hidup ni macam aiskrim, feel la puas2 sebelum die cair...


SH : spend la masa sebaik2nya dan sebanyak2nya dengan FAMILY. sebab ape? 
sebab akan tiba masa kita akan berpisah dengan family untuk kita bina family kita sendiri nanti.
 renung2 kan dan selamat beramal ye =)





Sunday, August 7, 2011

King of Comeback


We're the famous Man United and we're going to Wembley~
and now...we won that Community Shield!

haha...3-2. nice comeback. great goals from Nani. pape pon, Glory glory Man United! 
dah. tu je nak cakap. bye.

SH : opsss, mama, saye tarawih kt restoran Hakim la mlm ni... =p

Friday, August 5, 2011

FANTASY PREMIER LEAGUE 2011/12 da bermula!


adakah anda sehebat Sir Alex Ferguson dgn piala2 nya? adakah ada seistimewa Jose Mourinho? atau anda setia menanti seperti Arsene Wenger? atau mungkin anda seboros manager Man City yg duitnya makan x abis selama 7 keturunan?

ahha! berita baek kepada mat2 Fantasy, season bru EPL da nk stat. so, pdaftaran utk team anda telah pon dibuka...meh2 join meh. juz click website FANTASY PREMIER LEAGUE ni n daftar la team korang.

"Fantasy tu ape bang?"

oh,ini bukan teater Siti Di Alam Fantasi lakonan Liyana Jasmay tu dik, bukan juga game PS Final Fantasy dan jauh sekali ade kene mengena dgn program realiti Akademi Fantasia. Fantasy Premier League ni merupakan game bola ala2 manager secara online yg x asing lg bg brada2 bola kt luar sne. juz guna £100m yg diorang kasi, pick-up 15 player dr EPL yg korang nak, susun strategi dan jadilah KoKo CRuNcH! senang? eh x jugak...

setiap minggu korang bley tuka2 player dr team korang tu, nak switch dgn player yg baru bli pon boley. so pepandai korang la spend duit tu. setiap kali game EPL, player yg korang bli tu akan dpt point mngikut nasib jgk. kalo die score jek memanjang, mmg kayo la korang, harga diorg pon bley up. tp kalo tiap2 mggu memanjang jek dpt free kad topup Digi, mmg la kne tolak point, nk lg cepat, mintak la kad Hotlink ngn reff. peranan 'captain' pulak juz nk double point yg korang dpt tu jek. jgn la pulak korang letak player yg name pon x pena dgr sbg captain, kang sia2 jek jd player subs. pilih la key-player yg ade potensi nk score point baek punye. sape ek?? haa...itu pandai2 la korang bajet tiap mggu. alah, simple jek, dak2 bola mesti taw sape nk pilih...sbb tu la setiap mggu ramai jek yg klua tgk bola kt kedai mamak, even game yg x bape best pon kadang2 ade yg tgk coz player diorg tu tgh main.

xtually game ni tgk nasib gak. itu strategi memasing la kan. pandai korang susun player, point tggi, boley la korang joget kt atas meja kedai mamak nnt. nak2 bile captain korang score hatrik, pehhhh....terasa diri ini lebih macho seketika dr Aaron Aziz! syok mmg syok. tp ini juz game jek, xyah la poyo sgt plak. Fantasy Premier League ni xtually game online yg dpt hadiah yg agak shilake gak r, itu pon kalo korang bley maintain point smpai abes season nnt. bese nye mmg korang xkan menang punye lah. cayo la cakap den ni hah. coz yg lawan korang bkn dak2 dr Kokdiang jek, bkn dr Bagan Serai mahupun Batang Berjuntai, tp 1 dunia der...so, maen game ni juz utk hepi2 jek...relax2...nk lg best, korang wt la league sendri, nnt bley la korang bahan2 geng korang yg dpt point rendah setiap mggu...syok oh!

SH : ni ade code kalo korang nk join 'MALAYSIA RED DEVILS public league', itu pon kalo korang nk join same kipasusamati Man United laa kan. juz key-in jek : 391646-136316. team aku pon da join, mne 1? cari lah sendri...see ya! =p


Fadhilat dan Kelebihan Tarawih

Ada pun fadhilat dan kelebihan bagi orang-orang 

yang mengerjakan sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :-

Malam                                                      Kelebihan

  1. Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya.
  2. Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.
  3. Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.
  4. Di beri pahala yang sama dengan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
  5. Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.
  6. Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama 
    memohonkan ampun baginya.
  7. Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.
  8. Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam.
  9. Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
  10. Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat.
  11. Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa.
  12. Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.
  13. Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.
  14. Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
  15. Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.
  16. Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.
  17. Di beri pahala seperti pahala para Nabi.
  18. Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
  19. Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
  20. Di beri pahala para syuhada dan salihen.
  21. Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.
  22. Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
  23. Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga.
  24. Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan.
  25. Di hapuskan dari seksaan kubur.
  26. Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.
  27. Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.
  28. Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga.
  29. Diberi pahala seribu haji yang mabrur.
  30. Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.

sumber : Jablai



SH : malas tu standard laa...manusia kan...aku pon sme...so, push ur self k.