Friday, August 26, 2011

Malaysia 2011 : Merdeka xde feel la


ramai yang buat entry pasal puasa, pasal raya kan. berapa kerat sangat la yang buat entry pasal Hari Merdeka tahun ni? standard la tu, semangat patriotik nak sambut merdeka tahun ni agak kureng skit coz ramai lagi syiok nak sambut raya. mana x nye, 31 Ogos jatuh pada 1 Syawal, memang la orang lagi nak sambut raya, nak wat cane kan.

sepanjang aku drive balik kampung kat highway PLUS petang semalam pon da nampak sangat semangat merdeka tu xde. seingat aku la, TAKDE sebijik pon kete yang letak bendera Malaysia kat cermin. xyah cakap orang, aku sendiri pon x letak. ntah ler, xde feel la tahun ni. x macam dulu2. mase kecik dulu, memang tiap2 tahun aku kompem letak bendera kat basikal BMX aku, g pusing town. agak2 x puas hati, malam aku ngan member2 g rembat bendera yang diorang letak kat sepanjang tiang lampu tu. sanggup panjat, janji bendera aku lagi besar. haha itu zaman skolah punye cite. time tu xde fikir salah x salah, janji merdeka meriah. semangat oh!

aku rasa la, kalu aku tanya korang ape tema Hari Kemerdekaan tahun ni tanpa korang search Google dlu, bleh jawab? sah2 x bleh. sebab ape, sebab aku sendiri pon search kat sane. haha ok, soalan simple sket, bleh jawab dalam masa kurang dari 3 saat, korang terer. da berapa tahun kita merdeka? 53! ya salah, tahun ni dah kali ke-54 la. okey, aku terer coz aku jawab dalam masa 1.385 saat. haha

okey, tahun ni punya tema ialah "1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera". apa yang transformasi, ape yang sejahtera, lu pikir la sendiri. sori, aku x minat cite bab2 politik. yang pasti, tema xde kena mengena dengan movie Transformers yang semakin ntah pape tu. ahha, ni ade 1 pengumuman :

KUALA LUMPUR — Sambutan Kemerdekaan ke-54 negara ditunda kepada 16 Sept, serentak dengan sambutan Hari Malaysia.
Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata keputusan itu dibuat berikutan tarikh kemerdekaan jatuh pada penghujung Ramadan.
“Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan membuat keputusan (16 Sept) sesuai berikutan ia adalah juga tarikh Hari Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2011 di sini, hari ini.
sumber : mynewshub
SH : merdeka2 jugak, misi kutip duit raya jangan lupa k! huhu MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

2 comments:

syasya said...

huhu baru tau ditunda hehe selamat raye!

Schafiq Hasyriq said...

selamat raye jgk! hehe